Gelombang Rakyat

BLOW - Pemimpin UMNO Yang Sedar Dan Sertai PR - Wira Ini Kita Sebut Hijrah

Bukan Lompat
Tapi Hijrah

Lompat adalah istilah penghinaan digunakan oleh ahli dan pemimpin UMN sendiri kepada ahli dan pemimpin UMN yang keluar parti UMN dan menyertai mana-mana parti politik dalam Pakatan Rakyat - PAS Parti Islam SeMalaysia, PKR Parti KeADILan Rakyat dan DAP Democratic Action Party.

Begitu Lah.

Istilah Lompat ini juga digunakan oleh ahli dan pemimpin UMN sendiri untuk menyekat ahli dan pemimpin lain dalam UMN supaya tidak keluar parti untuk menyertai parti politik dalam Pakatan Rakyat.

UMNO telah hilang Wow. Ini disebut oleh pemimpin UMN sendiri.

Sedangkan parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai Wow, Wow Factor dan lebih dari itu, jelas berdasarkan perjuangan suci, pemimpin yang hebat, parti yang bersih, pakatan yang semakin terus mantap.

Sudah hilang Wow, UMN tidak menarik lagi. Orang muda seperti Puteri dan Putera UMNO yang mula berjasa dan berkhidmat mahu dinafikan tempat untuk menimba pengalaman, dilihat sebagai bakal pemain politik wang dan mungkin rasuah, mahu dibubarkan platform mereka.

Begitu juga dalam Pemuda UMN dan Wanita UMN. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Biar Lah nila setitik itu berapa titik pun kekal dalam UMN. Senang kita cam mereka bila mereka di baris atas kepemimpinan parti.

Namun susu sebelanga itu perlu di pulihara dan pelihara. Kita ada teknologinya.

Bila mereka ini mahu keluar parti dan menyertai sayap parti Pakatan Rakyat, mereka akan dicap Lompat. Satu istilah menghina.

Rakan yang letak komen di Satu Blog Total mencadangkan perkataan Hijrah.

Ini bukan pandangan calang-calang orang. Setiap seorang adalah Bloggawan dan Bloggawanita hebat. Sudah macam ahli keluarga saya. Setiap mereka kata...

My Photo

Harimau-Menaip said...

Salam Tuan;

Dari dahulu lagi saya tidak berapa gemar istilah-istilah selain "Hijrah". Itupun jika Tuan mempunyai keyakinan bahawa per"ubah"an atau per"tukar"an itu dari jahat kepada baik.

Jika tidak, gunakanlah istilah apapun secara bebas.


My Photo

Isa said...

Saya sokong pendapat Harimau, Hijrah adalah perkatan yang sopan dan sesuai.

yang ini tak boleh ketawa, kena serius....



Zubli Zainordin said...

Haraimau-Menaip

Saya setuju



Zubli Zainordin said...

ISA

Kita sama dalam hal ini.

InsyaAllah nanti saya usulkan...



My Photo

pokcu said...

sama sama hijrah



Perisik Rakyat

Topengperak_Xinwugi® said...

Salam...

Saya suka pada penggunaan perkataan Hijrah untuk sesuatu seperti C kepada A manakala "beralih" untuk sesuatu seperti B kepada A manakala "berubah" untuk sesuatau seperti A kepada C.

ikutlah pemahaman masing-masing.

sebenarnya yang melompat itu bukan pelaku, tetapi yang memerhati...

contoh :

presiden UMNO ter"lompat" setelah mendapat tahu ADUN Bota berhijrah dari UMNO kepada Parti KeADILan Rakyat.

ahli-ahli UMNO ter"lompat" sakan kerana tidak menyangka ada pemimpinnya yang mengambil tindakan berhijrah kepada perjuangan Pakatan Rakyat.


My Photo

A Mum of Three Mohd said...

Dear Zubli,

Salam semua.Mommy pun setuju sangat.
Hijrah.....
Tenang jiwa dan otak mendengar bunyinya.


Pendek kata, panjang pun kata, dari kanak-kanak, orang muda, bertopeng atau tidak bertopeng, dan Mak pun setuju.

Buang Lah semua budaya UMN yang tak elok. Itu yang hina. Bukan ahli dan pemimpin yang insaf dan telah dan mahu keluar untuk mencari keredhaan-Nya, merdeka dan mensuci diri dengan hijrah.

Selain kita, orang lain tahu membezakan, siapa yang mengaku sesuatu pegangan baik tetapi tidak baik. Berbeza dengan orang yang mengaku pegangan baik tetapi memang baik.

Rakan Blogger saya ini berkata:

My Photo

bokjae said...

Hey zubli, I can see Barisan and UMNO falling apart!!! Hope they wake-up and stop lying to themselves!!!! Waht the people need is a real caring, just and clean Govenment!!! Give us all the money thro corrupt means is sick!!! I find it hard to reconciled their belief in God and yet doing the things they do!!!

"Gong Xi Fa Cai" to you! Drop by to let U know that my new blog is now at http://www.jangbokjae.com Thanks and have a wonderful start to the Year of The Golden Ox!


Rasanya istilah Hijrah ini sesuai ketika kita di Pakatan Rakyat mula mendepang kedua tangan menyambut Rakyat Malaysia yang insaf tidak mahu lagi bersekongkol dengan pemimpin yang tidak baik dalam UMN.

Apatah lagi pemimpin UMN sendiri mengaku wujud amalan politik wang dalam parti ini dan tiada usaha berkesan untuk membanterasnya. Malu duduk dalam parti begini. Ramai sepatutnya keluar UMN. Sertai parti politik Pakatan Rakyat. Setelah sertai, lazimkanlah berbudaya sepertimana amalan dan budaya bersih Pakatan Rakyat.

Mereka ini telah melakukan hijrah. Kita sepertimana Ansar dan Muhajirin.

Hijrah!

Jom Hijrah!!

Jom Hijrah sekarang!!!

Borang?

6 comments:

LESONGINDEK said...

Salam Sdra Zubli,

Bukan lompat tapi hijrah = bukan bohong tapi pedooh.


TK

tepet said...

saya setuju dan sokong dongan yb ghimau

Gelombang Rakyat said...

M.SEPIAL

pedooh itu apa?

Gelombang Rakyat said...

Tepet,

Sememangnya Harimau Menaip, insan yang bijaksana.

Syukur Lah, ada lagi yang bijaksana juga, bagai jauhari kenal maknikam.

LESONGINDEK said...

Salam Sdra Zubli,


Pedooh itu Temberang atau kelentong atau pembohong atau nawok .


tk

Gelombang Rakyat said...

M.SEPIAL

Terima kasih. Itu P Ramlee dalam filem ada kata:

Auta

Ada juga kata, Chong.

Gitu ye?

Faham dah.