Gelombang Rakyat

BLOW - Fokus Kepada InfoPsyBer War - Fahami Bezanya

Info = Maklumat

Psychology = Saikologi

CyBer = Siber

War = Perang

Ketua Pusat ini sahabat saya. Kami telah berbual perihal ini. Saya tanya dia gelak. Saya tedas dia gelak. Gelaknya itu, kami faham erti dan maknanya, kerana telah lama bersahabat.

Penegak kebenaran berbeza dengan Penegak Benang Basah.

Dia tahu sayapun tahu.

Sememangnya berlaku dalam Dunia Siber. Asal usul teknologi inipun begitu.

Di Malaysia ketaranya ialah sejak pilihanraya terkini.

Walaupun ada kepelbagaian, namun ternyata telahpun wujud dan berlangsung 2 pihak. Warriors Penyokong Pakatan Rakyat dan Warriors Penyokong Barisan Nasional.

Kedua-dua pihak ini diperhatikan sangat berbeza.

Terutama dari aspek didikan.

Dari didikan itu, mudah sangat melihat nur cahaya kebaikan sedang berlawanan dengan forsa gelap keburukan.

Di satu pihak mengutarakan hujjah, disertakan fakta, dengan cara berhemah, lahir dari kebijaksanaan.

Di pihak lawan menselatankan rekaan fantasi, dipenuhi ayat tiada asas, dengan cara hentam kromo, lahir dari budaya yang ternoda.

Rakyat Malaysia terutama pengguna internet yang minat perihal media baru dan bagaimana pemimpin dan pengikut ini mencorakkan landskap politik negara molek melihat perbezaan ini.

It is so obvious.

Ada yang membela negaranya. Sedangkan ada yang memimpin supaya Rakyat Malaysia dimajukan dan Negara Malaysia dimakmorkan.

Membela negara, rakyat di dalam belum tentu selamat. Mengutamakan Rakyat selamat terlebih dahulu, barulah negara boleh diaskari waja.

Jika orang dewasa susur galur perjuangan sahabat saya sebagai ketua mereka, sudah tidak lagi prihatin dalam mendidik anak buah berperanan warriors dalam aspek ini, tanpa falsafah nan tepat dan kaedah yang betul, sukar untuk mereka melahirkan generasi yang benar-benar dapat membela negaranya.

Pun bagaimana tentu ada lain-lain orang dewasa yang akan mendidik anak buahnya sendiri, di samping turut mendidik anak buah dari khemah sahabat saya itu, yang mana pelaksana dan anak buah berperanan warriors ini sedang menganggap diri mereka hebat dengan menterjemahkan sifat di bawah paras dan norma manusiawi.

InsyaAllah, bersambung...

7 comments:

LESONGINDEK said...

Salam Sdra Zubli,

Itu lah dianya keadaan masa sekarang. Lebih banyak penegak benang basah daripada penegak kebenaran. Realitinya, Persepsi boleh menjadi fakta dan diterima pula sebagai kebenaran.Lebih - lebih lagi kalau persepsi tu di ulang - ulang. Itu sebab Hitler menubuhkan kementerian khusus mengenai DISINFORMASI yang diketuai oleh Joseph Goebel, Pria flamboyan- UNTUK MEMUTAR BELIT PERSEPSI SEOLAH KENYATAN DAN FAKTA. Antaranya roket U1 dan U2 di katakan jet pejuang semasa Nazi serang London.

2. Apa nak di hairan kan teknologi sekarang boleh mengubah pasir silika menjadi intan. Pedooh nampak benar. Benar nampak pedooh. Tepuk Dada tanya tembolok dan perut. Tadak peduli punyia.


TK

ISA said...

Insyallah "Kebenaran akan mengatasi kebatilan" walaupun ianya mengambil masa yang panjang...

Gelombang Rakyat said...

M.SEPIAL

Salam...

Memang benar, bila manusia putuh taliannya dengan Allah.

Sesekali, kerap, atau sentiasa.

Ilusi dan Realiti jauh bezanya.

Benar dan Bathil jauh bezanya.

Menarik perihal Hitler menubuhkan kementerian khusus mengenai DISINFORMASI yang diketuai oleh Joseph Goebel, Pria flamboyan- UNTUK MEMUTAR BELIT PERSEPSI SEOLAH KENYATAN DAN FAKTA.

Ini tidak saya ketahui dahulu.

Namun, apa bahagianpun ditepuk, kita molek ingat-Nya.

Dunia hanya sementara, di hadrat-Nya jua kekal abadi selamanya.

Gelombang Rakyat said...

ISA

InsyaAllah, lambat laun bakal tercapai juga.

muadzam_pejuang Islam Paka said...

biasanya penegak kebenaran ni memang banyak dugaannya.....kalau penegak benang basah senang je....pakai air liur je....realiti pun sama je....yang nak memutar belit pun pakai air liur jugak.....itulah pengkhianat bangsa.malas la nk tuduh sape2...tapi kalau terasa tu biasanya penegak benang basah la....benda dah lembik pun nak bg tegak....ha ha ha

muadzam_pejuang Islam Paka said...

biasanya penegak kebenaran ni memang banyak dugaannya.....kalau penegak benang basah senang je....pakai air liur je....realiti pun sama je....yang nak memutar belit pun pakai air liur jugak.....itulah pengkhianat bangsa.malas la nk tuduh sape2...tapi kalau terasa tu biasanya penegak benang basah la....benda dah lembik pun nak bg tegak....ha ha ha

Gelombang Rakyat said...

Muadzam

Memang betoi daa.

air lior je kan bang..?