BLOW - Perubahan? UMNO Cakap Saja Pakatan Rakyat Buat Dah..!
Berapa pemimpin, berapa kali, cakap cakap cakap...
UMN dan Perubahan!
Terkini pemimpinnya ada yang menyebut perihal perubahan drastik.
Pulak?
Setakat ini adakah perubahan? Apa yang telah diubah? Apa pula yang drastiknya?
Tak ada!
Wow pun dah tak ada!
Entah Lah, sejak PRU 12, UMN sudah buruk semakin teruk.
Nafi Lah sepuas-puasnya.
Selagi macam itu, macam itu Lah.
Mahathir Mohamad pun sudah keluar, dan beberapa lagi pemimpin sudah berada di luar. Entah berapa ramai lagi perlu keluar, dan UMN tidak akan juga berubah.
Lagi mahu dibubar sayap Putera UMNO dan Puteri UMNO. Kesian mereka. Timbul pula kisah nyamok okay, kelambu pun nak bakar? Betul, pemimpin tua bangka UMN tidak menghargai Putera UMNO dan Puteri UMNO. Mungkin mereka ramai-ramai pula keluar UMN.
Sertai Pakatan Rakyat.
Jadi, siapa nak ubah UMN..? Bila perubahan UMN dimulakan..?
Tidor!
Leka!
Entah Lah.
Sebelum PRU 12, kita sudah dihidangkan pemimpin Pakatan Rakyat untuk perubahan menyeluruh...
DAP - Democratic Action Party sudah mula meramaikan ahli dari kalangan Rakyat Malaysia. Tiada akan ketara kelak ini parti untuk yang tertentu sahaja. Semua Rakyat Malaysia boleh menyertai. Rakan Blogger yang saya temui rata-rata hormat kepada keterbukaan DAP. Malah ada yang mahu menyertai DAP.
PKR - Parti KeADILan Rakyat, juga begitu. Perubahan baik dilakukan dan berlaku. Teguran kepemimpinan di Pulau Pinang, diubah demi kebaikan. Terkini, teguran perihal di Bota pula. Kita saksikan...
Dalam semua parti politik di Malaysia, PAS paling ke hadapan dalam aspek perubahan. Sekaligus kita lihat di Kelantan, di Kedah, dan semakin menyerlah di Perak. Pun begitu, di Terengganu perubahan di P 36 Kuala Terengganu amat manis.
Perubahan?
UMN bagaimana?
Lantak Lah...