Gelombang Rakyat

BLOW - Soalan Pemuda Besut - BN & PR Kuasa Pengundi Ibu Negeri..!

Pemuda Besut kemukakan soalan menarik perihal Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sehubungan kuasa pengundi Ibu Negeri.

Ini petikannya:

P02 KANGAR : Dato’ Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN)

P09 ALOR SETAR : Gooi Hsiao Leung (PKR)

P21 KOTA BHARU : Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (PAS)

P036 KUALA TERENGGANU : Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)

P049 TANJUNG : Chow Kon Yeow (DAP)

P064 IPOH TIMUR : Lim Kit Siang (DAP)

P065 IPOH BARAT : M. Kulasegaran (DAP)

P083 KUANTAN : Fuziah Salleh (PKR)

P108 SHAH ALAM : Khalid Abd. Samad (PAS)

P128 SEREMBAN : John Fernandez (DAP)

P138 KOTA MELAKA : Sim Tong Him (DAP)

P160 JOHOR BAHRU : Datuk Sharil @ Shahril Abd. Samad (BN)

P172 KOTA KINABALU : Hiew King Chiew (DAP)

P195 BANDAR KUCHING : Chong Chieng Jen (DAP)
Suasana kehidupan di Ibu Negeri ada persamaan namun banyak perbezaannya dengan setiap kawasan lain di sesebuah negeri.

Sejarah penawanan menunjukkan kelazatan luarbiasa dapat ibu negeri.

Berkaitan gabungan parti politik pun begitu juga.

Satu phenomenon yang nyata di ibu negeri ialah speed. Cepat dan segera. Lantaran para pengundi di sini, tiada masa menunggu. Ini hal you kasi settle cepat. Lantaran, mereka akan mengundi calon yang boleh settle cepat sesuatu yang tidak kena dalam sistem berkaitan kehidupan mereka.

Contohnya jika paip bocor di tengah bandar, calon mengambil masa sebulan nak mesyuarat, dan lapan bulan mengemukakan penyelesaian, maka, calon ini tidak akan diundi lagi.

Setakat ini, kecuali beberapa, rata-rata pengundi nampak dan setuju calon dari Pakatan Rakyat lebih segera menangani permasalahan berkaitan kehidupan mereka.

Tambahan pula, bandar dan keseluruhan ibu negeri, telah dipinggirkan semasa Barisan Nasional berkuasa.

Para pengundi tidak mahukan mereka lagi, selagi mereka tidak berubah.

Saya sentuh sedikit...

P160 JOHOR BAHRU : Datuk Sharil @ Shahril Abd. Samad (BN)

Jika saya di ibu negeri ini, besar kemungkinan satu undi untuknya. Dia dilihat lain dari para pemimpin UMNO. Sejak dulu, chap Kunci, dan seterusnya.

Tetapi, selepas PRU 12, entah apa silapnya, dia bukan sahaja terbenam dalam senarai pemimpin paling teruk dan buruk pernah dikabinetkan oleh Abdullah Ahmad Badawi, namun bersaing dengan Syed Hamid Albar, Shahril abd Samad di antara top 5 terburuk dan paling teruk.

PRU 13, Johor Bahru molek dikembalikan kepada Pakatan Rakyat.

0 comments: