Gelombang Rakyat

BLOW - Soalan TopengPerak - Perubahan UMNO Sekarang Atau April Atau Tunda Terus

Abdullah Ahmad Badawi menyatakan perubahan UMNO dilakukan selepas pemilihan pemimpin di Perhimpunan Agong UMNO 9 Mac 2009.

Bukan sekarang?

Selepas kenyataan itu, Muhyiddin Yassin yang berada di Dubai, turut di tanya, dan respons nya ialah perubahan itu sebaiknya dilakukan segera.

Demikian jauh bezanya kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Muhyiddin Yassin perihal perubahan UMNO.

Pada saya, perubahan UMNO semoleknya semasa 9 Mac 2008, dan pemukiman segera. Namun tidak terjadi begitu, dan pemukiman berlaku kemudian, dan tiadapun kedengaran hasilnya sehubungan perubahan UMNO. Jika ada, tiada nampak hasilnya.

Sehingga Lah kesedaran Mohd Najib Abdul Razak selepas P 36 Kuala Terengganu.

Tidak juga segera. Tidak seperti mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada 5 Jun 2008 lalu. Kesilapan paling besar Abdullah Ahmad Badawi.

Ini satu lagi kesilapan Abdullah Ahmad Badawi yakni melambat, melengah...tunda.

Apakah seperti seorang petani melihat nangka busuk, dan terus busuk, lalu menyimpan pendapat agar biar Lah nangka ini benar-benar busuk dan gugur ke tanah juga.

Bercakap perihal perubahan UMNO, dengan mengambilkira mereka yang masih menyayangi UMNO, TopengPerak bertanya kepada saya,

Kenapakah kenyataan itu dibuat oleh Abdullah Ahmad Badawi dan bukan Mohd Najib Abdul Razak..?

Termenung saya seketika.

Pos TopengPerak di Blog nya Perisik Rakyat:

Saturday, January 24, 2009

Lepas Pemilihan Baru Ubah, Sekarang Enjoy...!!! - malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata...

Bersambung di sini:

http://perisik-rakyat.com/
Biasanya, pemimpin yang berjanji akan bersara awal, dia telahpun melakukan perubahan UMNO, dan apa juga perubahan berikutnya ditentukan oleh pemimpin pengganti.

Jikalau benar Mohd Najib Abdul Razak pengganti Abdullah Ahmad Badawi, jikalau betul Abdullah Ahmad Badawi betul-betul bersara awal sebagaimana dijanjikan.

Sedangkan sememangnya ada individu dan kumpulan di luar UMNO amat mengharap agar Abdullah Ahmad Badawi terus kekal di kerusi Perdana Menteri.

Kelebihannya ialah, Abdullah Ahmad Badawi dijangka tidak berbuat apa yang sepatutnya dia buat, dan mungkin membuat apa yang tidak sepatutnya di buatnya. Dengan itu Pakatan Rakyat terus boleh menang pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil, dan InsyaAllah menang besar PRU 13.

Jika usaha ini sedang berlaku, tidak hairan Lah, pos terkini Mahathir Mohamad, kecaman terhadap Abdullah Ahmad Badawi berkaitan kekalahan Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu.

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

| | Comments (316) | TrackBacks (0)

7. UMNO dibawah pemimpin Dato Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan UMNO yang sebenar.


Pos sepenuhnya di sini:

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/01/pilihanraya-kecil-kuala-tereng.html#more

Adeh!

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Sebaiknya tuan, kita menjauhi diri dari mencampuri urusan orang orang yang sudah tidak relevan dan PERSONA NON GRATA di bumi nyata.


Hati jadi sakit, jantung jadi berlubang bila bercakap pasal Pak Pandir dan Mak Andeh.

Dah tak ada bahasa,

LESONGINDEK said...

Salam Saudara Zubli,

Macam kisah sang ular yang tertelan ekor sendiri. Sedor - sedor setengah badan dah ditelan. Nak diluah balik , tak leh. Nak terus telan tak leh , takut eye patah tulang belakang. Akhir - akhir nya koluhum beragan.

TK dan Maaf andai tak tepat.