Gelombang Rakyat

BLOW - Zahidi Kata Rakyat Dah Muak - Pemimpin UMNO Sedar Tak..?

Ini Blower Satu Blog Total sudah tahu.

Tak apa Lah, bukan pemimpin PAS, PKR, DAP yang cakap.

Ini pemimpin UMNO yang cakap...

Apa dia cakap?

Dia cakap...

Zahidi: Rakyat muak dengan Umno...
Muda Mohd Noor | Jan 21, 09 5:10pm
Rakyat, khususnya orang Melayu,
kini muak dengan Umno kerana
parti itu gagal menyelesaikan masalah
dalamannya sehingga gagal memainkan
peranan membantu orang Melayu,
kata Timbalan Pengerusi Umno Perlis,
Datuk Zahidi Zainul Abdin.

Katanya, keadaan itu mendorong orang
Melayu mengalihkan sokongan kepada
pembangkang, terutama PAS dan PKR.

"Orang ramai kini melihat Umno sedang
menghadapi pelbagai masalah,mahathir subang airport 220706 zahidi zainal abidinbukan
sahaja di peringkat bahagian, tetapi juga di peringkat badan perhubungan.

"Berbanding dengan parti pembangkang, mereka bertindak menyelesaikan masalah mereka dengan segera.

"Oleh kerana itu, mereka lebih percaya kepada pembangkang sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu Sabtu lalu," katanya.

Zahidi berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.

Lagi di sini:

http://www.malaysiakini.com/
Apa macam?

0 comments: