Gelombang Rakyat

Jika Begitu Najib Kerajaan BN Mesti Lah Adakan Standard Supaya Semua Pemimpin UMNO Begitu Tidak Dibenarkan Pegang Jawatan..!

Cakap sahaja tidak berguna. Budaya buruk UMNO dan Barisan Nasional bukan boleh diselesaikan dalam tempoh 100 tahun. Tabiat buruk memakan masa yang lama untuk dipatahkan. Berapa lama, bergantung kepada berapa cepat seseorang pemimpin boleh mengubah keburukannya.

Kelihatan tiada kajian dijalankan dan Mohd Najib Abdul Razak telahpun menyatakan bahawa...

Malaysia's ruling party

blames unfriendly image

for defeat: Najib

Agence France-Presse | 01/20/2009 7:38 PM

Printer-friendly versionPrinter-friendly version | Send to friendSend to friend

KUALA LUMPUR - Malaysia's deputy prime minister Najib Razak Tuesday said the ruling party's negative image and the perception that its leaders were unfriendly caused its defeat in a key by-election last week.

Bersambung di sini...

http://www.abs-cbnnews.com/world/01/20/09/malaysias-ruling-party-blames-unfriendly-image-defeat-najib

Kenyataan sedemikian membolehkan Mohd Najib Abdul Razak terus menduduki kerusinya sekarang dan berkemungkinan duduk di kerusi di persada politik yang lebih tinggi.

Melainkan Mohd Najib Abdul Razak mengakui bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu, dan meletak jawatan.

Pun bagaimana, tentu Lah Mohd Najib Abdul Razak tahu siapa pemimpin ini. Lakukan Lah sesuatu yang bermakna.

Supaya Rakyat Malaysia mendapat khidmat terbaik dari kalangan Rakyat Malaysia juga yang kami undi menjadi pemimpin kami, kemudian bila berkuasa mereka jadi sombong, bongkak, takabbur, riak, cakap lepas-lepas, maka mereka semoleknya diberhentikan mengikut peraturan, atau dinasihatkan bersara awal.

Mereka tidak layak menjadi pemimpin Rakyat Malaysia.

Out!

Kami Rakyat Malaysia tahu siapa setiap orang daripada mereka.

Jika Mohd Najib Abdul Razak tidak tahu, maka dia pun gagal juga, dan hanya cakap sahaja, tiada tindakan bermakna, dan tidak layak menduduki kerusi kepimpinan tertinggi parti, gabungan dan kerajaan.

InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa tindakan susulan kerajaan Barisan Nasional...

1 comments:

Tok Uban said...

Masaalahnya dalam umno sekarang ni tak ada pemimpin yang ikhlas berjuang untuk agama,bangsa dan negara.

Pemimpin umno dulu, sanggup mengorbankan harta benda untuk agama,bangsa dan negara...tetapi...pemimpin umno sekarang ini, sanggup mengorbankan agama,bangsa dan negara untuk harta benda...

Jadi..ahli umno yang sayangkan umno...lu fikir lah sendiri...