Gelombang Rakyat

Akibat Meminggirkan Mahathir Dan Tidak Melayan Baik Tengku Razaleigh

Setiap pemimpin politik ada kekuatan tersendiri. Fahami Pemimpin dan Pengaruh. Dalam konteks ini khususnya Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Pemimpin tertinggi UMNO masih rendah. Terutama aqal budi mereka. Perhatikan bagaimana Abdullah Ahmad Badawi sehubungan Mahathir Mohamad. Kuasa dan kedudukan Abdullah Ahmad Badawi tidak bermakna jika dia memusuhi Mahathir Mohamad.

Begitu juga Mohd Najib Abdul Razak sehubungan Tengku Razaleigh Hamzah. Belum nampak kedua-duanya duduk semeja dan sama-sama memulihkan parti UMNO.

Sampai kini Mahathir Mohamad masih bukan ahli UMNO. Bayangkan!

Tengku Razaleigh Hamzah masih dalam UMNO. Namun, dia masih belum dapat mengertikan suaranya supaya UMNO menjadi lebih elok.

Bagaimana kalau Tengku Razaleigh Hamzah keluar UMNO.

Di luar, sudah pun ada mantan ahli dan pemimpin UMNO, Anwar Ibrahim.

Adakah kemungkinan kerjasama?

Nampaknya, Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, tidak semeja. Namun, masing-masing mempunyai sasaran yang sama.

Jika di P 36 Kuala Terengganu, boleh dikatakan tergolek WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan Barisan Nasional kalah.

Walaupun tiada kerjasama formal, namun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sama-sama kerjakan calon dan gabungan.

Pun begitu, Rakyat Malaysia yang mengharapkan pemimpin terbaik dan kepemimpinan terpuji, yang tiada diperolehi dari Barisan Nasional, mendoakan ada dalam Pakatan Rakyat.

Membolehkan ini menjadi realiti ialah kerjasama Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Andai ini terjadi, maka ada lagi pemimpin yang mahu jadi terbaik pun keluar UMNO dan Barisan Nasional, maka pemimpin baru akan muncul dan kerajaan baru boleh dibentuk.

Perhatikan, bila semua pemimpin terbaik di luar, maka yang tinggal dalam UMNO ialah pemimpin yang buruk imej mereka.

0 comments: