P 36 Kuala Terengganu - Adakah Pemimpin BN Nampak Fenomena Ini..?
Seringkali pemimpin utama negara peka akan apa yang berlaku di depan dan di sekitarnya.
Jika tidak pemimpin utama ini bukanlah glokal dalam pandangannya.
Walaupun fokus ialah di P 36 Kuala Terengganu, namun apa yang berlaku di luar kawasan Parlimen ini ialah fenomena yang menarik.
Sejak mula hingga kini sukar untuk membaca kecenderongan dan kecondongan para pengundi di P 36 Kuala Terengganu.
Tiadalah diketahui siapa akan menang, sehingga Lah keputusan diumumkan secara rasmi kelak.
Namun begitu, di luar kawasan P 36 Kuala Terengganu terdapat lebih banyak usaha dan sokongan mempastikan kemenangan berpihak kepada:
MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut
PAS
Pakatan Rakyat
Walaupun 75 peratus bukanlah penting kepada kemenangan di P 36 Kuala Terengganu, namun jumlah ini bakal bermakna kepada pilihanraya di Sarawak, dan PRU 13.
Fenomena ini perkembangan sihat dalam keinginan pemimpin utama negara yang sebenarnya dari kalangan Pakatan Rakyat, dan pembentukan kerajaan baru, jauh lebih baik daripada pemimpin sekarang yang tidak kompeten, dan kerajaan yang lapok.
Renungkan dan fahami...