Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Najib Gagal Murnikan Imej UMNO dan BN


Mohd Najib Abdul Razak
omong.files.wordpress.com

Apa yang berlaku di P 36 Kuala Terengganu, bila membabitkan jentera pilihanraya maka pemimpin yang bertanggungjawab ialah Mohd Najib Abdul Razak.

Memerhatikan Mohd Najib Abdul Razak, ialah pemimpin yang turut bertanggungjawab terhadap PRU 12. Disusuli kekalahan teruk di P 44 Permatang Pauh. Dengan rekod begini, sedangkan namanya disebut-sebut untuk mengganti kerusi Perdana Menteri Malaysia, jika Abdullah Ahmad Badawi tidak berbohong perihal bersara awal. Tentu Lah, Mohd Najib Abdul Razak idamkan kemenangan.

Jika kalah lagi, maka berbagai pula implikasinya.

Maka menang ada Lah manis. Manis untuk Mohd Najib Abdul Razak sebagai terajui pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu.

Namun setakat ini, di P 36 Kuala Terengganu - Mohd Najib Abdul Razak Gagal Murnikan Imej UMNO dan BN. Jika kerajaan ingin mengambil hati Rakyat Malaysia, P 36 Kuala Terengganu bukan contoh yang baik. Malah, inilah pilihanraya kecil yang jelas mempamerkan keburukan pemimpin, UMNO, Barisan Nasional dan jentera kerajaannya.

Dari pandangan masyarakat yang mulia di Malaysia, Mohd Najib Abdul Razak kini bertanggungjawab membawa budaya buruk UMNO diterjemahkan secara perbuatan di P 36 Kuala Terengganu.

Sebut dan tafsir Lah pun bagaimana walau, politik wang, rasuah, pembelian undi, terang-terangan berlaku.

Anak saya pergi ke sekolah dengan belanja RM 1, dan dia selesa di sekolah rendah. Tapi sejak PRU 12, dengan belanja RM 1 itu kerap dia togok air paip sahaja di sekolah. Belanja diperlukannya sudah meningkat ke RM 2.50, dan lebih selesa jika RM 3.50.

Berapa belanja sekolah anak-anak disediakan oleh ramai ibu-bapa, dan terutama Menteri. Ini boleh menjadi dasar untuk memahami bagaimana pemimpin lazimnya sogok individu untuk mendapatkan favor, seperti undi, umpamanya.

Adakah ini berlaku di P 36 Kuala Terengganu?

Friday, January 16, 2009

JUST HOW DESPERATE CAN THEY BE.....

http://zorro-zorro-unmasked.blogspot.com/2009/01/just-how-desperate-can-they-be.html


Lagi?



http://zorro-zorro-unmasked.blogspot.com/2009/01/just-how-desperate-can-they-be.html

Sedangkah berapa ratus tahun lagi UMNO dapat sucikan amalan politik wang untuk menang kerusi, Masyarakat mulia di kalangan Rakyat Malaysia melihat ianya sudah menular ke dalam pembelian undi di pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu.

Apa nak jadi, Mohd Najib Abdul Razak..?

0 comments: