Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Amat Buruk Sangatkah Wan Farid Sehingga Tiada Pemimpin Mahu Akui Dia Orang Siapa-siapa..?

Saya melawat dan baca pos ini:

WAN FARID BUKAN ORANG SAPA-SAPA.... - Najib kata.... Wan Farid bukan orang sapa-sapa.... Dia tak de kena mengena dengan saya...... Dengan Pak Lah pun tiada juga....... Pak lah dan saya buat keputusan...

Sambungan di sini:

http://motherof3mohd.blogspot.com/
Malaysiakini turut melaporkan...
BN candidate not Pak Lah's man, says Najib
Jan 10, 09 12:40am
The Barisan Nasional candidate for the Jan 17 Kuala Terengganu by-election is not Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's man as alleged by certain quarters.
It was a collective decision
BN has learnt its lesson

Sambungan di sini:

http://www.malaysiakini.com/news/96167
Ada orang UMNO di kalangan pemimpin dan ahli yang mengatakan Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini Orang Khairy Jamaluddin.
Khairy Jamaluddin
www.jphpk.gov.my

Ternampak juga perkaitannya bila Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempersilakan Ezam Mohd Noor untuk turut membantunya. Namun jelas nampaknya kehadiran Ezam Mohd Noor bakal membantu tokokan kekalahan Wan ahmad Farid Wan Salleh di P 36 Kuala Terengganu.

Mungkinkah Wan Ahmad Farid Wan Salleh orang Pak Lah?
Abdullah Ahmad Badawi
flickr.com

Ternampak juga perkaitannya bila Wan Ahmad Farid Wan Salleh ialah mantan Setiausaha Politik Abdullah Ahmad Badawi.

Ada gambaran menunjukkan Mohd Najib Abdul Razak mahu mengaitkan nama Abdullah Ahmad Badawi, seandainya Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah kelak. Sewaktu mengumumkan nama Wan Ahmad Farid Wan Salleh jelas Mohd Najib Abdul Razak ada menyebutkan bahawa calon Barisan Nasional ini mendapat restu daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Maka bila sekiranya Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah, akan ada orang yang mempersalahkan Abdullah Ahmad Badawi kerana tersalah merestui calon Barisan Nasional ini.

Pun begitu mungkinkah Wan Ahmad Farid Wan Salleh orang Mohd Najib Abdul Razak?


Mohd Najib Abdul Razak
www.graceong.com

Nampak juga perkaitannya bahawa Mohd Najib Abdul Razak sedang menuju kerusi Perdana Menteri Malaysia, jika Abdullah Ahmad Badawi tidak berbohong di atas niat mahu bersara awal.

Entah Lah,

Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini orang siapa?

Orang tahu Wan Ahmad Farid Wan Salleh orang yang besar kemungkinan kalah di P 36 Kuala Terengganu.

Dengan demikian awal-awal lagi para pemimpin mula memotong perkaitan dengannya bahawa Wan Ahmad Farid Wan Salleh bukan orang saya, dia, engkau, depa, atau Orang sapa-sapa.

Betul juga, di antara kemenangan Mohd Najib Abdul Razak dan kekalahan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, siapakah yang Mohd Najib Abdul Razak utamakan?

Nampaknya Wan Ahmad Farid Wan Salleh, semacam teraniaya bila diumumkan sebagai calon Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu.

Mungkin ada pengajaran dari pilihanraya kecil ini jika Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah kelak. Ketika itu adakah siapa pedulikannya?

Cuba telefon Arif Shah Omar Shah sekadar bertanya pengamalannya setelah kalah di P Permatang Pauh.

4 comments:

Anonymous said...

arif shah pun dok sakit perut..!

Gelombang Rakyat said...

Dollah Yankee,

Jikalau dok sakit perut, macam mana nak line clear?

Hahahahaha...

ISA said...

PakLah satu liabiliti pada umno, Najib pun liabiliti berat juga, sebab tu diorang tak nak mengaku... ha..ha..ha.. liabiliti yang menghancurkan umno..

Dah tak ada siapa yang mengaku One Parit orang sesiapa, maka ianya orang Ibrahim Ali agaknya...

Bebas... Ibrahim Ali saja yang bukan libiliti pada umno.

Gelombang Rakyat said...

ISA

Memang jelas Pak Lah dan Najib liarbility kepada UMNO.

Jika nak hancur pun UMNO berdua itu Lah.

I kesian Wan Farid. Semoga Ibrahim Ali mengaku Wan Farid orang dia.

Paling tidak andai kalah dia bebas.