P 36 Kuala Terengganu - Benarkah BN Tertekan Isu IJN - Jika Tekan Mansukh ISA Pula..?
Seringkali kita dengar para pemimpin kerajaan, UMNO atau Barisan Nasional, mengatakan apa juga keputusan dibuat ketikamana berlangsungnya pilihanraya kecil, bahawa keputusan itu tiada kena mengena dengan pilihanraya tersebut.
Tak kan Lah pemimpin tertinggi dan juga pemimpin utama negara nak berbohong. Mana pernah, iya dak? Jikalau dikatakan mereka tiada kena mengena ertinya tiada kena mengena Lah, kan?
Kita tengok keputusan yang dibuat di P 44 Permatang Pauh dulu, dan kemungkinan barangkali gamaknya ketika itu mereka telahpun membuat perancangan awal di sana, tiba-tiba pilihanraya pula.
Begitu Lah juga. Mana mereka tahu akan ada pilihanraya di P 36 Kuala Terengganu pulak. Barangkali mungkin gamaknya mereka sudahpun siapkan wang yang amat banyak untuk membangunkan Kuala Terengganu sahaja fokusnya, tanpa mempedulikan Permatang Pauh lagi, atau tempat lain, tiba-tiba pilihanraya pula di Parlimen Kuala Terengganu.
Kebetulan. Semua kebetulan.
Jadi isu IJN tidak jadi diswastakan juga mungkin kebetulan. Keputusan ini tidak ada kena mengena dengan pilihanraya di P 36 Kuala Terengganu.
Tak caya Lah. Ini memang betul-betul kebetulan yang betul agaknya.
Kecuali ada yang test try cuba tengok.
Usah undi calon Barisan Nasional, jika ISA tidak dimansukhkan sebelum 16 Januari 2009.
Jika berjaya, hai seh shu lam plom bee duu!
Tekan, dapat, tekan dapat, tekan dapat.
Berapa banyak lagi boleh ditekan Rakyat...
Berkaitan:
Dari Blog Pahang Daily Online...
Selasa, 6 Januari, 2009
Pilihanraya Kecil: Isu Pembatalan Pembelian IJN Holdings Sdn Bhd Oleh Sime Darby Berhad, Satu Strategi Terdesak BN Meraih Undi Sebenarnya !!
KUALA TRENGGANU - Ini satu lagu berita yang amat memualkan telah kami terima sebentar tadi...
Sambungan di sini:
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/01/pilihanraya-kecil-pembatalan-pembelian.html