P 36 Kuala Terengganu - Pemimpin BN Kuasai Media Rakyat Kena Dikuasai
Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin yang tidak berguna, tidak berguna lagi. Biar Lah dia bersara awal. Bila dia tidak duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia, kita boleh majukan Rakyat dan makmorkan Negara Malaysia, yang terbantut sejak October 2003.
Ambil Lah Mohd Najib Abdul Razak sebagai contoh pemimpin molek disempadani. Dia bersama sekumpulan pemimpin Barisan Nasional paling buruk disenaraikan dalam kabinet jemaah Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Termasuk Lah, Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Asalnya pemimpin hanyalah pengikut di kalangan kita. Kita undi dan lantik mereka di persada politik untuk memanfaatkan kita.
Malangnya budaya UMNO dan Barisan Nasional, bila pemimpin dipilih, diundi, dan dilantik, kenapa pula mereka mahu menganiaya dan mensengsarakan Rakyat Malaysia?
Mereka baik, senyum, mesra, prihatin bila ada pilihanraya dan pemilihan.
Ewah, bila dapat sahaja kuasa, mula Lah mereka angkuh, bongkak, sombong, balas dendam.
Mereka naikkan harga minyak petrol dan diesel; memang rebet mereka semacam berikan tetapi siapa atau puak mana dapat untung pengrebetan ini; mereka tidak boleh kawal harga barang, mereka nak swasta itu dan ini, mereka buat projek mega pembangunan berjuta atau berbillion ringgit untuk memanfaatkan tetapi kita tidak kecapi apapun.
Bila mereka buat keputusan tidak memanfaatkan Rakyat di kalangan pengikut yang melantik mereka menjadi pemimpin, dan bila mereka tidak buat perancangan total yang memanfaatkan Rakyat secara seimbang, apakah mungkin suara kita disalurkan melalui mana-mana media sedia ada?
Sama ada media ini dikawal mereka, atau bersekongkol dengan mereka, suara mereka sahaja kedengaran, dan suara kita ibarat baling bola ke dinding, semacam mencurah air di daun keladi.
Mujur Lah ada internet, ada laman web percuma, ada portal blog percuma, ruang forum percuma, setiap kita semacam ada akhbar, majalah, radio, televisyen sendiri, peribadi.
Memang pada mulanya mereka anggap semua Bloggawan hanyalah Beruk, penganggur, orang pencen, Mak Chik kuat gossip, dan orang yang berjaringan di kalangan mereka yang tidak berguna.
Kini mereka sedar, Bloggawan boleh, mahu dan mampu mengwujudkan impak dan mengembangkan pengaruh.
Oleh kerana mereka perlecehkan teknologi ini, di kalangan mereka tidak pun tahu yang mana key board, mouse itu apa, macam mana nak edit html, dan banyak lagi. Mereka jadi buta komputer.
Pemimpin parti yang lebih prihatin Rakyat, jauh lebih mahir dalam hal ini, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Husam Musa, umpamanya, mereka semacam atau lebih mengguna teknologi ini untuk manfaat politik demi memanfaatkan kita.
Jadi ini pun mereka nak kawal, nak sekat?
Malaysian Gov’t mulls ‘cyber court’ to handle Internet crimes
Posted on January 6, 2009 by sanooaungMalaysian Gov’t mulls ‘cyber court’ to handle Internet crimes
Mungkin benar kata Raja Petra Kamaruddin dalam suatu rancangan Televisyen, kerajaan apa kita fikirpun mereka nak kawal.
Usah Lah sampai, apa kita percaya dan apa kita yakin, memilih-Nya dalam mencari jalan kembali, itupun mereka nak kawal, dan nak sekat.
Jadi di P 36 Kuala Terengganu, pilihanraya ini membolehkan kita menggunakan hak memilih dalam demokrasi ala Malaysia, supaya kita sah bila kita
Tolak UMNO
Tolak Barisan Nasional
Tolak Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Tolak rakan pemimpin yang sebudaya dengannya.
Kita ubah.
Kita pilih pemimpin dan parti yang memihak kepada kita.
Pemimpin yang sedar mereka asalnya pengikut macam kita juga.
Undi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut
Undi Bulan latar Hijau
Undi PAS - Parti Islam Se-Malaysia
Undi perkuatkan Pakatan Rakyat di parlimen
Tambah satu lagi, ertinya suara kita di Parlimen semakin kukuh.
Lihat apa terjadi kepada ura-ura penswastaan IJN. Gitu gitu gini gini gitu gini gini gitu.
Cukup Lah...
Ubah bermula sekarang!
Di P 36 Pilihan Kita PAS - Parti Islam Se-Malaysia
MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.