P 36 Kuala Terengganu - Hadir Tapi Pak Lah Sekadar Melepaskan Batuk Di Tangga Saja..!
0 Comments
»
Di antara pemimpin Barisan Nasional yang tidak sepatutnya hadir, dan jika bila hadir hanya akan membantu calon Barisan Nasional kalah, ialah Abdullah Ahmad Badawi.
Tak tanya ke, baki Wang Royalti bila nak tunaikan?
Kenapa Abdullah Ahmad Badawi hadir juga. Serta datang awal pula, tidak seperti dalam pilihanraya yang lepas-lepas.
Malayisakini melaporkan:
Menurut Abdullah, beliau datang sekarang kerana beliau dijadual melawat Timur Tengah minggu depan.Apa yang dipentingkan Abdullah Ahmad Badawi ialah orang kata. Jadi bukan Lah kesungguhan dan kesanggupan inisiatif datang dan hadir dan memimpin kemenangan.
"Kalau tak datang sekarang, kemudian bila dah sibuk tak dapat datang... ah Pak Lah ni, orang kata, tak membantu," katanya.
Barangkali, lawatan ke Timur Tengah itu lebih bermakna kepadanya daripada berada di Malaysia dan menjalankan tugas dan tunggungjawab untuk memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.
Seterusnya, Malaysiakini melaporkan...
Calon BN: Kenyataan Dr M tidak relevan, kata PM |
Andrew Ong | Jan 8, 09 8:47pm |
Perdana menteri menegaskan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah calon proksi pemimpin negara itu sebagai tidak relevan kepada BN. Abdullah menyertai kempen dalam pilihanraya kecil ini pada hari ketiga selepas penamaan calon. |
Diharapkan Abdullah Ahmad Badawi bercakap benar, kerana Mahathir Mohamad seorang sahaja, dan dikatakannya calon pilihan oleh Barisan Nasional ini amat buruk.
Kemudian, bangkit beberapa pemimpin UMNO menegakkan imej Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Namun kemungkinan undi yang menjejas peluang Wan Ahmad Farid Wan Salleh akibat dari kenyataan Mahathir Mohamad itu kuat impaknya.
Abdullah Ahmad Badawi berkata Mahathir Mohamad boleh kata apa sahaja kerana ia tidak relevan kepada parti itu. Tetapi, Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak relevan lagi, balasan kata begitu tidak membantu mempengaruhi pengundi di P 36 Kuala Terengganu.
Betulkah Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kata Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil risiko? Nampak semacam dia dianiaya. Kesian dia.
Tentu Lah Wan Ahmad Farid Wan Salleh serius nak menang pilihanraya kecil ini, kerana ini survival politiknya. Tetapi seriuskan Wan Ahmad Farid Wan Salleh bertanding untuk kepentingan dan untuk memanfaatkan para pengundi dan Rakyat Malaysia di Kuala Terengganu? Meragukan.
Kedatangan dan kehadiran Abdullah Ahmad Badawi di P 36 Kuala Terengganu sekadar melepas batuk di tangga sahaja.
Pergi Lah Timur Tengah ke, Timur Barat ke, apa Timur pun Abdullah Ahmad Badawi nak pergi, pergi Lah. Sememangnya dia tidak berguna. Dia tidak berguna lagi. Sama ada berada di dalam atau di luar negara, sama sahaja. Tiada kebaikan dan manfaat dari kepemimpinannya untuk Rakyat dan Negara Malaysia. Apatah lagi Rakyat Malaysia di Kuala Terengganu.
Abdullah Ahmad Badawi juga berkata, mereka tahu apa yang mereka buat, mereka tahu apa mereka mahu dan mereka akan berjuang habis-habisan untuk memenangi pilihanraya kecil ini.
Macam Lah dia tahu, dan apa yang dimahu. Tak mengapa Lah, berjuang Lah, sudah habis nanti, kalah Lah lagi.