Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Imej Wan Farid Menyusahkan BN..?

Gambar hiasan: http://www.veryfunnypics.com/

zzzzzzzcatorlion.jpg


Sepatutnya Robot?

Itu Lah, Abdullah Ahmad Badawi pergi restu Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu buat apa?

Mohd Najib Abdul Razak pun satu hal, yang pergi umumkan nama Wan Ahmad Farid Wan Salleh, apa ke halnya?

Wan Ahmad Farid Wan Salleh masih ada masa menarik diri daripada menjadi calon P 36 Kuala Terengganu.

Menyusahkan Barisan Nasional sahaja. Berapa ramai terpaksa berhempas pulas untuk memberi gambaran bukan sebenarnya imej Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Apa yang berlaku ialah sebagai calon Barisan Nasional, imej Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak sesuai di P 36 Kuala Terengganu.

Sedangkan Mahathir Mohamad pun telah katakan, ini calon Barisan Nasional amat buruk.

Mari kite dengor pandangang Menteri Besor...

Malaysiakini
melaporkan...
BN belum puas hati imej Wan Farid
Jan 8, 09 4:40pm
Pengerusi BN Terengganu belum berpuas hati dengan prestasi calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang didakwa kelihatan elitis dan tidak mudah mesra sewaktu cuba mendekati pengundi.

"Kalau kata puas hati, payahlah, bagaimana hendak kata berpuas hati, benda (perkembangan) yang kita tidak tahu. Kita pertingkatkan dari semasa ke semasa," kata Datuk Ahmad Said hari ini selepas melawat bilik media pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

umno supreme council special meeting 260809 ahmad saidBeliau, yang juga menteri besar Terengganu, diminta mengulas prestasi bekas timbalan menteri dalam negeri itu yang kini berdepan dengan...

...

Ditanya lagi persoalan itu, Ahmad menambah:

"Kalau anda hendak kita berpuas hati semua sekali, anda buat robot (sebagai calon) pun tidak menjadi. Mana ada seseorang yang sempurna?

...

Wan Ahmad Farid berdepan dengan tanggapan di dalam dan luar Umno bahawa beliau bersikap kurang mesra dan sukar didekati sehingga memaksa jentera BN memaparkan imejnya sebagai seorang "pemimpin yang mesra rakyat."

Sambungan di sini:

http://www.malaysiakini.com/news/96055
Apa lagi yang boleh dilakukan untuk membaiki imej Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Harapnya bukan gincu menjadi pilihan, sebab senyum ada dah sedikit baik. Bukan pula imej dicuci serbuk basuh Harimau. Perlukah diimport konsultan khas untuk membaiki imej Wan Ahmad Farid Wan Salleh?

Rasanya susah. Benda 46 tahun, nak baiki 4 perpuluhan 6 hari, payah!

Jika sudah bosan dan tak larat lagi, seperti dahulu mungkin ada sabotaj dalaman UMNO supaya Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kalah sahaja Lah.

0 comments: