P 36 Kuala Terengganu - Individu Seimbang Masih Melihat 50-50 Peluang Kemenangan BN - PAS
Tidak ramai menyedari bahawa ada satu calon bebas yang menyertai pertandingan di P 36 Kuala Terengganu, selain calon amat buruk (kata Mahathir Mohamad) ya calon dari Barisan Nasional dan calon hebat dari PAS mewakili Pakatan Rakyat.
Itulah yang saya fikirkan kini. Setelah sepagian membaca pos blog yang hebat belaka, fokus P 36 Kuala Terengganu. Masing-masing masih melihat peluang Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut ialah 50-50.
Habis itu, calon bebas, 0 peratus ke?
Barangkali Bloggawan masih teringatkan pilihanraya lalu di sini, calon bebas dapat sekitar 628 undi sahaja.
Bagaimana calon bebas ini dapat menurunkan peratusan undi calon Barisan Nasional, turun segera dari angka yang dikatakan 50 peratus itu. Usaha itupun boleh kekalkan dan tingkatkan peratus MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut melebihi 50 peratus.
Kita mengharapkan tiada seorangpun pemimpin dan ahli UMNO serta Barisan Nasional yang buat undi rosak, atau undi protes. Tiada juga sabotaj dari dalam.
Adakah?
Jika ada, nanti berkata Lah para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, kekalahan calonnya bukan kepada calon dan parti PAS hebat, tetapi kerana sabotaj dalaman pemimpin dan ahli parti UMNO dan gabungan Barisan Nasional sendiri.
Apapun, Blogger berperanan untuk mempastikan penyaksian pemimpin terbaik dan murni mewakili P 36 Kuala Terengganu di Parlimen.
Pemimpin di rumah, suatu keluarga besar, dijangkakan mampu melebarkan ahli keluarganya untuk meliputi seluruh Kuala Terengganu dan juga DUN Wakaf Mempelam.
Siapa ya?
Lagi mau tanya kah?
Sumber foto:
http://arisawang.blogspot.com/2009/01/undilah-calon-pas.html