Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Pemimpin UMNO Mereka Tidak Sedar - Hadir Dan Akibatkan Wan Farid Kalah

Kita pernah lihat di P 44 Permatang Pauh dulu, di hari ke-5 Mohd Najib Abdul Razak telah boleh dijangkakan bakal memikul kekalahan teruk kepada Barisan Nasional.

Kemudian fokus berita tertumpu kepada Khairy Jamaluddin, Ezam Mohd Noor, dan S Nallakaruppan, yang membantu penyempurnaan kekalahan Arif Shah Omar Shah yang menghadapi Anwar Ibrahim.

Ada Bloggawan kemudian berpesan dan dari senarai pemimpin UMNO siapakah yang sepatutnya tidak berada di P 36 Kuala Terengganu. Ini adalah kerana kehadirannya membantu kekalahan Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Tentu Lah setiap pemimpin UMNO itu merasakan dirinya baik dan bagus. Namun Rakyat Malaysia sudah kenali ada di antara mereka yang buruk dan teruk.

Jika direnung betul-betul, Abdullah Ahmad Badawi tidak sepatutnya berada di P 36 Kuala Terengganu. Lebih baik dia bekerja apa yang termampunya sebelum 9 Mac 2009.

Begitu juga Mohd Najib Abdul Razak, tidak sepatutnya berada di P 36 Kuala Terengganu. Niat nak bantu calon Barisan Nasional, kelak dia turut menjadi isu sehingga calon Barisan Nasional pun kalah.

Ramai lagi, nak tahu tengok senarai gambar di sini:

http://zahidyusof.blogspot.com/2009/01/mesranamun-lawan-tetap-lawan-koleksi.html


06 Januari 2009

Mesra...Namun Lawan Tetap Lawan (Koleksi Gambar Penamaan calon P036 Kuala Terengganu)- Malaysiakini

Sekadar contoh, lihat gambar ini:

Sumber foto:

http://zahidyusof.blogspot.com/2009/01/mesranamun-lawan-tetap-lawan-koleksi.html




Mesra? Pada saya buktikan dulu mesra itu di antara Shahrizat Abdul Jalil dengan Rafidah Aziz.

Jikalau dua ini sebagai contoh tidak boleh mesra, siap Lah Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kehadiran para pemimpin UMNO akan banyak membantunya kalah sebagai calon Barisan Nasional.

2 comments:

mizan said...

sokong membawa rebah,, emm

Gelombang Rakyat said...

Betul Mizan.

Para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tidak nampak yang mereka ada memperbaiki diri.

Masing-masing ke mana pergi membawa semacam memikul berpikul keburukan.

Sebab itu kesian Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mereka ini masing-masing sokong membawa rebah.

Mereka hadir pun sudah cukup untuk akibatkan kekalahan Wan Ahmad Farid Wan Salleh di P 36 Kuala Terengganu.