P 36 Kuala Terengganu - Kegagalan BN - Najib
2 Comments
»
Mohd Najib Abdul Razak omong.files.wordpress.com |
Letak jawatan.
Lupakan Lah kerusi Perdana Menteri Malaysia.
Mungkin tidak menyerlah di PRU 12.
Tetapi jelas P 44 Permatang Pauh, performans Mohd Najib Abdul Razak paling teruk dan buruk.
Mohd Najib Abdul Razak mula diketahui dia bukan pemimpin yang mahu menjadi strategis terbaik untuk memenangi pilihanraya.
Dalam UMNO, ada 2 nama lagi yang lebih baik daripada kemampuan dan kebolehan Mohd Najib Abdul Razak untuk memenangi pilihanraya. Mereka ini pernah dan berpengalaman dahulu.
Namun, kesemua pemimpin UMNO dan Barisan Nasional ibarat langit dan bumi berbanding Mahathir Mohamad sebagai pemimpin dan strategis memenangi pilihanraya.
InsyaAllah, sama-sama kita saksikan seterusnya Mohd Najib Abdul Razak dalam menerajui jika ada pilihanraya kecil dan PRU 13 kelak.
Saya jangkakan Mohd Najib Abdul Razak akan membawa lagi Barisan Nasional kepada kekalahan demi kekalahan berterusan.
Kualiti asas, Mohd Najib Abdul Razak, tidak ada. Jadi bagaimana nak menang..?
Kesilapan Mohd Najib Abdul Razak ialah menjadi teraju pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu.
Kesilapan seterusnya ialah mengumumkan dan cara mengumumkan WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional.
Kesilapan lagi Mohd Najib Abdul Razak, ialah tidak mengubah calon setelah menerima kiu dari Mahathir Mohamad bahawa calon Barisan Nasional amat buruk.
Sudah barangkali ditempatnya Mahathir Mohamad tidak akan memilih WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan mengenalpasti lain-lain calon yang mampu memberi kemenangan kepada Barisan Nasional, kerana jasa mereka dan peribadi mereka di Kuala Terengganu.
Saya nampak calon Wanita yang diwar-warkan dapat Senator itu lebih mantap.
Di P 44 Permatang Pauh, hari ke-5 kita sudah jangkakan Mohd Najib Abdul Razak hilang kawalan.
Saya beritahu Nobisha, Mohd Najib Abdul Razak kali ini baik sedikit.
Namun, walaupun di hari ke-5 tiada tanda dahulu, namun dari hari ke-6 dan seterusnya, semakin hari semakin jelas Mohd Najib Abdul Razak masih hilang kawalan. Di antara hujung hari ke-9 dan hari akhir, jelas sah, dia hilang kawalan.
Cara Mohd Najib Abdul Razak nak menang pilihanraya kecil ini, bukan Lah cara terbaik.
Menghampiri kemampuan Mahathir Mohamad memenangi pilihanraya, terkini ialah Anwar Ibrahim. Saya nampak, pemimpin aktif dalam sebuah parti, Anwar Ibrahim kini terbaik. Siapa terfikir, sedangkan Anwar Ibrahim sudah mula menapak kemenangan di Sarawak.
Mengekori dekat Anwar Ibrahim, ialah Saifudin Nasution, pemimpin dan strategis yang mampu menang pilihanraya.
Walaupun belum jelas orangnya secara individu, namun secara kelompok kita nampak dalam PAS ulamak yang mampu menang pilihanraya. Khususnya kumpulan ulamak PAS Kelantan.
Jika mereka ini kategori 70 ke 100 peratus. Maka dalam UMNO dan Barisan Nasional jika ada lagi pemimpin mampu menang pilihanraya, mereka di anggaran 20 ke 30 peratus.
Mohd Najib Abdul Razak jelas 20 peratus ke bawah sebagai pemimpin, teraju, dan strategis pilihanraya.
Walaupun ada sedikit peningkatan, namun secara keseluruhannya ini Lah performans Mohd Najib Abdul Razak paling buruk, lebih buruk dari P 44 Permatang Pauh, kini di P 36 Kuala Terengganu.
InsyaAllah, bersambung...