P 36 Kuala Terengganu - Ezam Khianati Harapan Wan Farid Dengan Mengkhianati Anwar Dan Husam..!
0 Comments
»
Selain daripada Abdullah Ahmad Badawi, dan Mohd Najib Abdul Razak, maka Ezam Mohd Noor turut memberi sumbangan besar kekalahan Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu.
Beritahu saya, bahwa Ezam Mohd Noor tidak akan bertanding dalam mana-mana jawatan di Perhimpunan Agung UMNO terkecuali selepas 2100.
Ezam Mohd Noor And Abdullah Ahmad Badawi thestar.com.my |
Jika dari dalam, Ezam Mohd Noor mampu melakukan dan peningkatan jumlah laporan ke Lembaga Disiplin UMNO, dan terpeliot ramai pemimpin pengamal rasuah dan politik wang, maka dia masih relevan.
Namun, kita tahu dia tidak boleh bertanding merebut jawatan di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.
Maka hairan kenapa ditawarkan diri mahu bertanding di Lunas menentang Anwar Ibrahim? Pun mahu yang sama di P 44 Permatang Pauh.
Ezam Mohd Nor dan S Nallakaruppan tirai-kamar.blogspot.com |
Senyap.
Tiba-tiba muncul semula menawarkan diri di P 36 Kuala Terengganu.
Dipersilakan oleh WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
didapati, tanpa sedar, Ezam Mohd Nor telah mengkhianati harapan melalui pelawaan WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh itu. WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, teraniaya.
Hanya kerana, misi Ezam Mohd Noor ialah hentam Anwar Ibrahim.
Apa kotak pun sudah tiada, Ezam Mohd Noor ketiadaan butir.
Aaah surat itu. So what?
Tapi, lagaan telah terjadi, bilamana Ezam Mohd Noor menyebut nama
Anwar Ibrahim
Mahathir Mohamad
Abdullah Ahmad Badawi
Mohd Najib Abdul Razak
Tambahan, Husam Musa pun disebut sama?
Sahabat?
Ezam Mohd Noor gerbanginformasi.wordpress.com |
Dijangkakan ada lagi pilihanraya, dan ada lagi Ezam Mohd Noor, dan tiada lain hanya nak hentam Anwar Ibrahim sahaja...maka, Ezam Mohd Noor dijangka bakal membantu setiap calon Barisan Nasional kalah atau kalah teruk.
Ezam Mohd Noor amkbatu.blogspot.com |
Pada saya, Ezam Mohd Noor masih mempunyai ciri kepemimpinan yang baik. Platform dan perjuangannya kini tidak tepat. Dia masih mampu meletakkan nama di persada politik tanahair, namun terlebih dahulu lari jauh lagi dari menyerupai suara dan gaya pidato Anwar Ibrahim, dapatkan identiti sebenar, dan kembali bersama perjuangan Rakyat Malaysia.