Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Koh Tsu Khoon Reti Ke Kematangan Pengundi Muda..?

Jika ada seorang lagi pemimpin Barisan Nasional yang akan membantu kekalahan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, ialah kehadiran pemimpin Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Koh Tsu Khoon.

Menyentuh perihal kumpulan pengundi minoriti di P 36 Kuala Terengganu, Koh Tsu Khoon ternyata tidak reti.

Dia mengatakan pengundi muda undi berpihak kepada pakatan Rakyat. Mereka yang berusia 35 tahun ke atas pula undi berpihak kepada Barisan Nasional.

Hal ini disanggah oleh wakil PAS.

Petikan dari Blog Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu...

Pengundi muda lebih matang memilih pemimpin PDF Cetak Emel
Ditulis oleh JITM
WEDNESDAY, 07 JANUARY 2009 19:33
KUALA TERENGGANU, 7 Jun - "Kecenderungan golongan muda memilih pembangkang itu merupakan satu fenomena biasa, apabila mereka jadi lebih matang nanti mereka akan sertai BN," nyata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon selepas dialog di Dewan Perniagaan Cina Kuala Terengganu di sini malam tadi.

Tambah beliau, pengundi matang berusia 35 tahun ke atas yang mampu menilai jasa dan sumbangan kerajaan BN terhadap kehidupan mereka.

Kenyataan Koh itu disanggah Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu Ustaz Ariffin Deraman kerana berdasarkan maklum balas yang diterima dari golongan muda, undi pertama mereka piliharaya yang lepas berpihak pada BN

Namun, melihat kerajaan negeri dan pusat yang tidak dapat membawa perubahan pada Terengganu, undi penyokong muda berpihak pada pembangkang piliharaya 2008 yang lepas.

"Mereka golongan muda ini lebih berfikiran matang, tidak seperti Koh yang menyelar 35 tahun baru golongan ini matang berfikir, harapan mereka suara undi kali ini diharap didengari pemimpin, tapi undi mereka dinafikan BN," tegasnya

Perincian di sini:

http://prk036.pas.org.my/
Entah Lah, siapa lagi pemimpin Barisan Nasional yang hadir tunjuk muka, dan bila bersuara, memungkinkan Wan Ahmad Farid Wan Ahmad kalah di P 36 Kuala Terengganu.

Dijangkakan ramai lagi pemimpin sebegini yang merasakan diri mereka bagus, dan ingin menyokong, bakal hadir dan membantu jumlah undi calon Barisan Nasional merudum.

2 comments:

tepet said...

den raso pengundi mudo bukan lebih matang memilih pemimpin tapi lobih matang dari pemimpin hik hik hik

Gelombang Rakyat said...

Tepet

Boto apo ekau kato tu.

Pemudo tuju arah matang
kenapo ado pemimpin tuo nak tuju jadi menatang