P 36 Kuala Terengganu - Media Dan Kemenangan Calon BN Atau PAS
Para pengundi P 36 Kuala Terengganu kini di peringkat mana?
Terkejut atau Terkezut?
Terkejut ialah bila Barisan Nasional ada baik dan ada buruk. PAS pun begitu, ada buruk dan ada baik. Lazim.
Terkezut ialah Barisan Nasional semua baik dan PAS semua buruk.
Nota:
Terkezut, ialah perkataan, pertama kali saya jumpa di Blog A Mum Of Three Mohd.
A Mum Of Three Mohd
View my complete profile
Mum Blogger yang saya respek. Mum Blogger yang sungguh istimewa dari aspek - isu pilihannya, topik kupasannya, tajuk posnya, kandungan tulisannya, cara penulisannya, dan banyak lagi mampu menjadikannya A Mum Of Three Mohd and Ibu Kepada lebih 100 Peminat. Saya seorang daripadanya. Walaupun sukar untuk mengenali wajahnya namun sebagai Blogger, Mum tetap menjadi pojaan hatiku!
Seperti tik ketik ketik Stats Counter Blog A Mum Of Three Mohd, bermulanya 2009 Satu Blog Total pula menunjukkan ada peningkatan. Peningkatan yang nyata ialah jumlah rakan Blogger yang semakin akrab.
Di antaranya ialah
- ISA (12)
- cucupakkasim (10)
- Piggy Singh (10)
- Tok Uban (8)
- M.SEPIAL (6)
- NOBISHA (5)
- MANTRA (4)
- kluangman (4)
Piggy Singh umpamanya bertanya kenapa sesuatu lawak itu, dan apa perkaitannya dengan P 36 Kuala Terengganu.
M. SEPIAL, tanya kenapa teks hijau warna tajuk biru.
Saya faham niat mereka sehingga muncul soalan sedemikian.
Tepet
Blogger yang hebat. Kalau lidi tajam, tajam lagi otak si Tukang Sapu ini. Dulu dia hanya bermain satu lidi, macam budak nakal nak jadi Ultraman. Saya ikuti perkembangannya, ewah sudah ada dua lidi, macam Jet Li berkungfu chopsticks pulak. Terkini, perubahan baik dan banyak. Tepet sudah mula ada seberkas lidi tajam. Maka, Pak Khir umpamanya yang bukan Johari, jauh sekali Jauhari, dengan Tepet, bak kata Phua Chu Kang, Don Pray Pray. Jadilah pemimpin yang baik, jika tidak selambanya Tepet sapu dengan penyapunya walaupun dia dulu tidak dianugerahkan award itu.
Dollah Yankee
- dollah yankee
- george town, penang, Malaysia
Ada lagi Blog yang saya ikuti, saya lawat, saya baca, dan saya komen. Apa yang jelas ialah Blog ada peranannya.
Blog penyokong kental PAS. Blog menyokong PAS. Blog sedar UMNO dan Barisan Nasional tidak berguna lagi. Blog mula support PAS walaupun tidak ahli dan tidak dapat upah.
Wan Ahmad Farid Wan Salleh, UMNO, dan Barisan Nasional mempunyai kelebihan untuk menang. Walaupun tiada salah guna kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan pusat dan negeri, namun media gergasi berperanan mempastikan mereka menang.
Ramai yang tahu akhbar, radio, dan televisyen yang mana memihak kepada mereka.
Namun bila ada bias, maka kredibiliti pun hilang. Bosan dengan propaganda, audien atau khalayak akan mencari informasi dari Blog. Carian mereka bakal menemui Bloggawan terkenal. Kemudian, mereka akan juga menemui Blog seperti A Mum Of Three Mohd, Tukang Sapu, Dollah Yankee, dan beberapa lagi.
Kenapa carian begini? Disebabkan kerajaan pusat tidak mampu mengamal Equal Time. Kita boleh lihat calon Barisan Nasional diberi liputan istimewa, dan pendapatnya di suarakan. Namun, lama juga hidup di dunia ini, saya amat amat jarang mendengar suara Lim Kit Siang umpamanya di media tersebut.
Apakah PAS dan calonnya mendapat peluang saksama berbanding Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk kemenangan P 36 Kuala Terengganu..?
Jawapannya ramai yang tahu.
Oleh yang demikian, Blog menjadi media alternatif, sehinggalah kelak, media kerajaan pula menjadi media alternatif, apabila Blog menjadi bacaan, dengaran, tontonan seawal pagi setiap hari.
PAS ada kekuatan ini. PAS dalam menentukan calon pun mendapatkan pandangan Blogger. Ketikamana Barisan Nasional tidak melihat Blog sebagai penting atau ancaman kepada kemenangannya.
InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...