P 36 Kuala Terengganu - Kenapa Pemimpin UMNO Suka Sebut Calonnya Anjing Bawoh
Calon Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu, walaupun macam mana baik, buruk, disukai, dibenci, waimah apa sekalipun, dia manusia. Kita ada adab. Kenapa disebut Anjing Bawoh - Under Dog.
Namun setiap kali ada calon dinamakan untuk pilihanraya kecil, setiap kali itulah para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional mennyebut calonnya Anjing Bawoh.
Dulu Arif Shah Omar Shah kena. Calon Under Dog. Kesian dia.
Sekarang Wan Ahmad Farid Wan Salleh pun kena.
Sedap saja mulut berkata, Calon P 36 Kuala Terengganu "Under Dog". Apa itu?
Sudah tidak dapat dibezakankah manusia dengan anjing.
Ini contohnya:
Mohamad Khir Toyo kubiac73.blogspot.com |
Nanti dia beralasan. Barangkali, "Ininya, I speKing Omputeh." Kok iya pun, berpada-padalah. Inglis hebat macam mana pun, ada istilah tidak sesuai budaya kita. Kecuali Lah budaya UMNO mahu jadi lain dari resam Melayu.Wan Farid
lebih 'underdog'
dari calon PAS -
Khir Toyo
03 Jan 2009 12:17AMKL: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan Datuk Wan Farid Wan Salleh, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu, 17 Jan ini, sebagai calon "bukan pilihan."
Beliau berkata ini kerana pada pilihan raya umum lepas, BN hanya menang satu daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Kuala Terengganu.
"Jadi 'being an underdog' (sebagai bukan pilihan), kita kena kerja lebih keras," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR dan PMR 2008 dan Sumbangan Kelengkapan Persekolahan Sesi 2009 anjuran bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Cheras di sini.
Adakah orang kampung akan ternganga jika perayu undi mithalnya guna informasi ini kepada para pengundi di sana. "Tengok Mak Chik, Pak Chik, pemimpinnya sendiri kata, calon ini Under Dog Jadi, nak undi Dog ke, Man?"
Apa punya aniaya!!!
Terkecuali pemimpin terpelajar UMNO menganiaya dirinya sendiri. Nak Under Dog jugak? Nah!
Keputusan terkini beliau mendapat 36 pencalonan yang pastinya akan berpeluang untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Walaupun dengan rendah hati beliau menganggap dirinya hanya sebagai calon underdog saja...Tapi, sukahati pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, untuk mengakui dirinya atau calonnya Under Dog.
Sambungan di sini:
http://www.kudee-tblog.com/
Seruan ialah memilih pemimpin berwibawa, manusia bernama Mohd Abdul Wahid Endut. Ya, manusia.
Sumber Foto:
http://motherof3mohd.blogspot.com/