Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - No Nobisha Seimbang Senget Perlu Takrifan Amalan Semula

My Photo
NOBISHA





Bukan Kita Senget

Zubli Zainordin

DACHING Itu Yang Senget

Bloggawan dan Bloggawanita, ada etika. Dari awal memblog sampailah pos terkini, prinsip tetap dipegang. Mereka ini sememangnya super class. Molek diteladani.

Terdapat juga mereka yang mencarut, menggunakan perkataan di luar norma, blog pun lain macam. Pos pun haru-biru. Walaupun macam lepasan sekolah menengah, namun mereka juga berperanan dan molek diberi perhatian.

Di antara dua kontinuum itu, Bloggawan dan Bloggawanita pelbagai, gerak ke atas boleh dan gerak ke bawah boleh. Mereka ini menarik, kerana tidak lah mereka menulis bagaikan professional, dan tidak pula macam orang tak sekolah.

Apapun masing-masing punya Blog, dan setiap seorang punyai keistimewaan tersendiri, membloglah selagi tidak menyalahi undang-undang negara.

Nobisha Bloggawan yang hebat. Saya kategorikan dia sebagai Bloggawan Pemimpin. Dia mampu set the trend. Sering ada yang mahu cut n paste posnya serba-serbi istimewa.

Thursday, January 15, 2009

ASTRO AWANI, MALAYSIAKINI

DAN BLOG SEIMBANG

Petang tadi saya muncul secara "live" dalam
Analisis Astro Awani selama 30 minit dari
Kuala Terengganu. Isu yang dibicarakan ialah
pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu.

Dalam wawancara itu, saya sebutkan

beberapa perkara:

sambungan di sini:

http://nobisha.blogspot.com/2009/01/astro-awani-malaysiakini-dan-blog.html

Tapi di luar jangkaan sekali saya tengok dia nakal. Saya pun tibai. Tapi bukan peribadinya, namun condongnya supaya melihat secara positif.

Maksud saya, Nobisha pun tahu, dari PRU 11 Barisan Nasional mengumpulkan pemimpin yang teruk, keputusan yang buruk, sampai PRU 12. Kendur sekejap, kemudian melampau-lampau dari 8 Mac 2008 sampai ke sekarang.

Tidak nampak dari Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak sampailah kepada pemimpin cawangan UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan yang memajukan Rakyat dan memakmorkan negara secara total.

Isu tak selesai. Tak mahu dan tak mampu.

Jadi, Bloggawan bistari, mereka anjak dari laporan seimbang kepada laporan bermisi. Sedarkan Pak Lah, peringat Najib, sayang UMNO tapi mereka masih lena dan mabuk dalam budaya buruk, dan Barisan Nasional masih berteras ras.

Namun Pakatan Rakyat adalah gabungan lebih baik. Para pemimpinnya jauh lebih hebat, dan perjuangan mereka murni untuk memajukan Rakyat dan memakmorkan Negara Malaysia. Inilah yang kita mahu.

Sebab itu molek jika di setiap pilihanraya diusahakan supaya Barisan Nasional kalah supaya mereka sedar. Mendengar suara Rakyat ialah berterusan sebab kamupun Rakyat kami yang angkat kamu jadi pemimpin, eaikh pasal apa pulak kamu nak menentang kami, dan hanya baik dan mahu mendengar dan senyum tipu pun jadi, sekadar nak menang pilihanraya. Lepaih itu Loqlaq kembali. Sombong, cakap kasar, lepas-lepas, menghina...Oh NO. No more. Pura-pura tamat.

Tidak mengapalah jika ada Bloggawan kata dia seimbang - sekejap sokong UMNO sekejap hentam UMNO. Itu hak dia.

Tapi pada saya Barisan Nasional yang senget, jadi laporan seimbang tidak menjadi. Untuk sementara, sehingga Barisan Nasional elok semula. 100 tahun lagi!

P 36 Kuala Terengganu - No Nobisha Seimbang Senget Perlu Takrifan Amalan Semula.

Nota:

Sedang saya menulis pos ini Nobisha telefon dari Kuala Terengganu. Bercerita panjang pula kami. Terima kasih kerana sudi telefon. Kami berdua sudah sampai ke peringkat mutual-respect, sejak dulu lagi. Tiada pemimpin dan parti politik boleh mengubah hubungan kami penuh nikmat.

0 comments: