P 36 Kuala Terengganu - Padan Muka Dan Wajah Kecewa Penswastaan IJN Dibatalkan
Lebih banyak Lah isu negara yang belum selesai. Jika diharapkan Abdullah Ahmad Badawi dan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, apakah yang sudah mereka tawarkan penyelesaiannya?
Elok Lah Abdullah Ahmad Badawi bersara awal. Jika dia telah bersara 9 Mac 2008 yang lalu, Rakyat dapat dimajukan dan Negara dapat dimakmorkan. Tetapi Abdullah Ahmad Badawi memang pemimpin tidak berguna. Dia tidak berguna lagi, Biarlah diteruskannya ketidakbergunaannya itu sehingga 9 Mac 2009 ini. Selepas itu, InsyaAllah, banyak kebaikan boleh kita capai tanpanya.
Entah Lah. Saya dah penat malas nak tahu di sebaliknya siapa dan puak mana yang dapat keuntungan dari penswastaan IJN.
Sama seperti Lim Kit Siang dan rakan seperjuangannya sudah tahukah siapa dan puak mana dapat untuk banyak mengendalikan rebet minyak petrol dan diesel, di Parlimen dulu ada yang kata nak dedahkan fakta, namun tidak pula saya dengari adanya.
Usah Lah, wang senang dapat sudah pun diguna untuk serba-serbi dan makan minum keluarga, Rakyat Malaysia yang derita, sumpah cerca jadinya tidak berkat apa yang diperolehi jika bukan iklhas dan halal memperolehinya.
IJN tidak jadi diswastakan. Batal. Ada yang kata, padan muka. Muka siapa yang padan itu? Entah Lah.
Namun boleh Lah kita tengok nampak perhati wajah individu dan puak yang kecewa. Sepatutnya sudah cantik angan dipasang impian dilayan ngira potensi keuntungan. Barangkali kini sudah terlepas, habuk pun tarak.
Di belakang sana, ada lagi kah cadangan untuk menswastakan apa pula? Jabatan Perdana Menteri tak nak dicadangkan supaya diswastakan? Kata Mahathir Mohamad, sama sahaja, ada di dalam atau ada di luar negara, Perdana Menteri Malaysia, secara effisyen sahaja auto-pilot ya laksananya?
Dulu Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sama-sama serentak berada di luar negara. Rakyat dan Negara begitu juga. Maju tidak makmor pun tidak. Begitu Lah jika pemimpin utama negara tidak berguna.
Apa yang kita mahukan pemimpin yang dapat memberi sedikit excitement dalaman yang meledak secara global.
Pemimpin begini ada dalam Pakatan Rakyat.
Jom! Kita mulakan kemunculan mereka dengan menambah Mohd Abdul Wahid Endut supaya berperanan lebih besar lagi dari DUN kepada Parlimen.
Paling tidak tambah satu suara.
Paling tidak kurang satu suara bagi pasukan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Jadikan mereka payah sedikit untuk buat keputusan tak tentu hala yang menekan dan menindas Rakyat Malaysia.