Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Di Antara Wan Farid Dan Pengundi - Yang Mana Kerajaan BN Utamakan

Perhatikan betul-betul.

Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dia bertaraf Senator, berjawatan Timbalan Menteri. Dia dalam kumpulan UMNO yang diberi perhatian.

Jika tiada pilihanraya di P 36 Kuala Terengganu, berapa banyak peruntukan untuk turap jalan lama, bina jalan baru, pulih longkang elak banjir dan bermacam lagi apa yang dikatakan pembangunan fizikal.

Begitu juga pembinaan jambatan. Ada? Sekarang ini Lah baru kita dengar Wan Ahmad Farid Wan Salleh sendiri nak jadi jambatan. Jadi Lah.

Kita mahukan suara kita di Parlimen, melalui Mohd Abdul Wahid Endut, dan PAS. Tambah satu bulan lagi di kalangan bintang menyinari nur di Parlimen.

Demikian Lah pentingnya pilihanraya kecil ini. Pada kita satu tambahan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, ialah satu kurang Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Ini adalah langkah awal kita melalui pilihanraya kecil, sebelum menguasai semua kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Di antara Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan pengundi serta penduduk di Kuala Terengganu, siapakah yang kerajaan Barisan Nasional utamakan?

Jika Wan Ahmad Farid Wan Salleh, para pengundi di P 36 Kuala Terengganu menangkan, lebih banyak keutamaan yang bakal dinikmatinya. Paling tidak itu janji Mohd Najib Abdul Razak umumkan untuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Usah risau Lah, dia bakal kecapi banyak nikmat.

Tetapi apa pembangunan yang dikatakan nikmat telah dikecapi para pengundi dan penduduk di Kuala Terengganu sebelum pilihanraya kecil ini?

Tidak ada perancangan total yang memanfaatkan semua. Sehingga pihak istana pun mengambil berat dan prihatin bermula dengan Menteri Besar yang mana boleh menerajui kerajaan Terengganu.

Pembangunan yang dilihat sekarang adalah pembangunan bermusim. Musim pilihanraya, baru Lah para pemimpin ini nak salur itu ini, nak adakan peruntukan, dan maca-macam Lah.

Jika tiada pilihanraya kecil ini, dapatkah Ahmad Said, julang cek replika itu? RM 400 Juta. Dapat?

Rakyat Malaysia di Kuala Terengganu bukan Lah keutamaan kerajaan Barisan Nasional. Oleh kerana ada sekitar 80,000 pengundi untuk mereka berkuasa, maka macam-macam Lah.

Tetapi, bak kata Mahathir Mohamad, ini bukan pilihanraya yang besar ertinya kepada Barisan Nasional.

Para pemimpin Barisan Nasional pun dirasakan tidak mementingkan sangat pilihanraya kecil ini. Jika kerusi ini hilang pun, Barisan Nasional tetap berkuasa. Majoriti kecil diperolehinya masih kecil. Namun tak usaha kata pengswastaan itu dan ini, macam-macam lagi mereka boleh putuskan, dan kita Rakyat Malaysia tidak kecapi apapun.

Sekadar nak syok peribadi sahaja. Menang, maka hebat Lah Mohd Najib Abdul Razak, Ahmad Said, dan lain-lain pemimpin sebudaya dengan mereka.

Menang tak penting kepada Barisan Nasional. Kalah pun Barisan Nasional tak kisah.

Tetapi, bagi kita, kerusi P 36 Kuala Terengganu sama penting dengan kerusi P 44 Permatang Pauh, dan sama penting dengan setiap kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen.

Seronok dak jika ada pemimpin mewakili semua, melawan isu tidak bermanfaat dari PAS - Parti Islam Se-Malaysia, di Parlimen.

Mahal nilai dan harga kerusi ini kepada kita semua. Sekitar 80,000 pengundi di Kuala Terengganu, menangkan Mohd Abdul Wahid Endut, ialah memenangkan Rakyat Malaysia seluruh negara.

Biar Lah Rakyat Malaysia di Kuala Terengganu mendapat keutamaan pulak. Wan Ahmad Farid Wan Salleh usah Lah dirisaukan, dia menang atau kalah di P 36 Kuala Terengganu, Kerajaan Barisan Nasional tetap utamakannya. Apa yang kita mahu sekarang ialah keutamaan kepada Rakyat Malaysia di Kuala Terengganu khususnya dan Negara Malaysia amnya.

0 comments: