Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Mungkinkah Ada Calon Bebas Dari UMNO Bakal Kalahkan Calon BN?

Menarik jika diperhatikan, adakah calon Bebas yang bertanding kini, asalnya dari PAS atau UMNO..?

Adakah calon bebas ini wujud atas kesedaran peribadi atau diwujudkan untuk mewakili undi protes khas untuk para pemimpin dan ahli UMNO yang mahu Wan Ahmad Faris Wan Salleh kalah, dan mempamerkan kesilapan Mohd Najib Abdul Razak.

Telah kita ketahui setakat seawal ini, ada 2 kesilapan Mohd Najib Abdul Razak.

01. Salah pilih calon.

Kata Mahathir Mohamad, Wan Ahmad Farid Wan Salleh calon amat buruk untuk Barisan Nasional.

02. Salah umum awal.

Setelah pengumuman Wan Ahmad Farid Wan Salleh, ada di kalangan ahli dan pemimpin UMNO sendiri bakal menolak dan mempastikan calon Barisan Nasional kalah melalui sabotaj dalaman.

Ahli dan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang mahu Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah, namun belum mampu nampak betapa murninya memilih MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, maka bakal memecahkan undi Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dengan mengundi calon bebas.

Ini boleh mengurangkan pungutan undi Wan Ahmad Farid Wan Salleh, namun masih jauh kurangnya untuk memenangkan calon Bebas, dan membolehkan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, InsyaAllah, menang dengan majoriti besar.

Siapakah calon bebas ini?

Sila baca kisahnya amat menarik di sini:

Prk036 Calon Bebas anak SUP Menteri Besar Terengganu


Ini adalah petanda menunjukkan UMNO tidak mahir menjaga hati pemimpinnya, dan wujudnya puak saling bertelagah cara terhormat dalam UMNO. Walaupun cara terhormat atau sebaliknya, UMNO rosak dan hancur. Barisan Nasional tidak berguna lagi.

Pengundi P 36 Kuala Terengganu ada 3 pilihan sahaja.

Undi PAS
atau
Undi Bulan Latar Hijau
atau
Undi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

2 comments:

Anonymous said...

x suka tgok muka pemimpin bn, huhu

Gelombang Rakyat said...

PokCu meluat ya?

Memang pemimpin BN yang busuk hati mukanya pun nampak buruk. huhu.