Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - MAWE Pengumuman Calon dan Kemenangan

Terima kasih

KedahLanie

Malaysiakini


Kelab Greenboc



P 36 Kuala Terengganu - Kemenangan Rakyat Malaysia...!

Satu Blog Total
ucapkan
Tahniah kepada semua Rakyat Malaysia!

Kita Menang..!

Ulasan akan menyusul
InsyaAllah...

P 36 Kuala Terengganu - Wartawan Rasmi Laman Reformasi - Keputusan Muktamad Setakat Ini..!

Syukur Alhamdulillah..!





Saturday, January 17, 2009

MUKTAMAD DAN TERKINI : PAS MENANG DENGAN MAJORITI 2700

TERKINI : PAS telah memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2700 undi. Ribuan penyokong-penyokong PAS telah bersorak kegembiraan dan diselang-seli dengan laungan takbir. Ramai penyokong PAS telah berpusu-pusu memasuki stadium dengan suasana yang sungguh mengharukan kerana seluruh jentera PAS bersama PKR dan DAP telah bertungkus lumus bekerja keras untuk memenangkan calon PAS.

P 36 Kuala Terengganu - MAWE Sekeluarga Sehati Seperjuangan

Dari Blog

Wahid dan keluarga, pemilih pertama membuang undi

posted a minute ago by Webmaster PAS [ updated 5 hours ago ]




P 36 Kuala Terengganu - Melaut Hijau Sebelum Bulan Mengambang Penuh..!





Berita Terkini Dari Blog http://prk036.pas.org.my/

Berita Terkini PRK036

Gambar Sekitar Hari Membuang Undi

posted a minute ago by Webmaster PAS


KLIK UNTUK LIHAT ALBUM P036

Cantik!!!

Banyak lagi di sini...

http://prk036.pas.org.my/

P 36 Kuala Terengganu - Iringan Doa Kemenangan Rakyat..!

Doa
Doa Nik Aziz
ladymariah.wordpress.com
Doa Iringan
mudin001.com
PAS & Nik Aziz Nik Mat
runawayz.com



SPR Suruhanjaya Pilihan Raya ...
200 x 200 - 10k - gif
www.brandsoftheworld.com





Kemenangan Rakyat !!!

P 36 Kuala Terengganu - Apapun Keputusannya MAWE PAS Pakatan Rakyat Sudah Menang..!

Rakan nasihatkan usah terlalu over-confident sangat. Amboi, amat!

Saya tidak begitu.

Saya tahu bezakan di antara pemimpin yang baik dan pemimpin yang buruk. Kepemimpinan terpuji dan kepemimpinan tercela.

Sejak lama dahulu jika ditanya pasal PAS, saya tidak tahu. Namun, sejak PRU 12, dan apatah lagi P 36 Kuala Terengganu, Parti Islam Se-Malaysia sebuah parti yang murni.

Jika dulu, menyerlah Nik Aziz Nik Mat, dan Abdul Hadi Awang. Of course, Mohamad Sabu. Kini saya melihat begitu ramai pemimpin PAS yang hebat seperti Husam Musa, Khalid Samad, dan terkini MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

Bersama Anwar Ibrahim dan Parti KeADILan Rakyat, serta Lim Kit Siang dan DAP, bahawa PAS dalam Pakatan Rakyat sememangnya memberi harapan bahawa masih ada pemimpin yang hebat, dan parti serta pakatan yang murni, demi kesucian politik di Malaysia.

Ada harapan memajukan Rakyat dan memakmorkan Negara Malaysia.

Kepada-Nya saya berserah.

Pun begitu, di hati saya, MAWE, PAS, Pakatan Rakyat telahpun menang di P 36 Kuala Terengganu.



Bulan sudah mengambang...

PRU 13, Terengganu seluruhnya, sebuah kerajaan molek kembali kepada Pakatan Rakyat.

P 36 Kuala Terengganu - Tak Lepas 50 Peratus Wan Farid Sempat Tarik Diri


Demi menjaga maruah diri, dan imej UMNO serta Barisan Nasional, WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh molek menarik dari dari terus bertanding di P 36 Kuala Terengganu.

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, setakat ini belum melepasi peluang menang 50 peratus. Para pemimpin jentera pilihanraya Barisan Nasional tahu, dan mereka masih berkata peluang adalah 50 - 50.


Dari sumber lain, dikatakan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut semakin meningkat dari 60 ke 70 peratus.

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh masih sempat menarik diri, supaya bulan mengambang terus di Kuala Terengganu.

P 36 Kuala Terengganu - 17 Januari 2009 Dan Hujan Rahmat-Nya

Apa Lah gunanya individu yang sanggup duduk dalam hujan berjam-jam lamanya untuk mendengar ceramah PAS.

Tiba-tiba kotak pun mari relalah infaq.

Adakah parti lain begitu? Jika tidak dijemput dengan bas khas, duduk di khemah luas, dan mungkin dapat sampul, ole-ole Baju-T atau paling tidak payung dan seumpamanya?

Blog Dollah Yankee melaporkan...

Thursday, January 15, 2009

P36 KT: Ohhhh..No..!



Dilaporkan mendung di sebelah pagi dan hujan dari tengahari ke petang!

Rahmat-Nya.

Dijangkakan peratusan yang datang mengundi menurun.

Turunan ini gamaknya disebabkan, penyokong Barisan Nasional tidak turun, kerana hujan, lagipun semua peruntukan pembangunan sudahpun disalurkan penuh dari pusat ke negeri. Tak turunpun tak mengapa.

Pengundi atas pagar gamaknya lagi Lah tak datang mengundi. Hujan.

Jumlah yang datang mengundi ialah penyokong PAS yang telah lama dididik tiadakan terjejas dek hujan. Mereka semua mengundi PAS.

Nanti akan orang akui, patutlah MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut dipilih, dan nusrah-Nya datang dari atas.

Nanti orang akan tahu, dari ramai pemimpin tempatan yang berjasa dan berbakti di Kuala Terangganu, kesilapan ialah memilih calon Barisan Nasional paling buruk, supaya mudah kalah.

Selepas hujan, barangkali Bulan Pun Mengambang Penuh di Kuala Terengganu, sehingga PRU 13.

InsyaAllah...

P 36 Kuala Terengganu - Semakin Jelas BN Mungkin Kalah Kerana Salah Pilih Calon..!

Barisan Nasional Tersilap Calon
Wan Ahmad Farid Wan Salleh
thestar.com.my
Calon Tersilap Barisan Nasional

Siapa Lah sebenarnya yang bertanggungjawab memilih WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon.

Sedari awal, sudah nampak bahawa pemilihan calon ini ialah suatu kesilapan.

Sekali lagi pandangan Mahathir Mohamad, betul. WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Barisan Nasional amat buruk.

Dari aspek calon, WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, serba-serbi jauh daripada menyamai pencapaian calon terdahulu sebelum ini.

Terkini WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, serba-serbi jauh daripada menyamai ketokohan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon sudah cukup untuk membolehkan Barisan Nasional kalah.


Jika dilihat kepada para pengundi Cina, mereka mula menolak WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan mula menunjukkan undi memihak kepada MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.



































Dengan jangkaan undi pemimpin dan ahli PAS dan Pakatan Rakyat bakal memberi undi penuh kepada MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, harapan Barisan Nasional mahu menang dengan meletakkan WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sebagai calon, harapannya semakin tipis.

Walaupun Undi Pos tidak banyak, namun sebahagian kecil bakal memihak kepada MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

Sekarang ini Undi menarik perhatian ialah ahli dan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tidak akan memberi Undi penuh kepada WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Lihat kepada berapa puak sedang bertelagah secara terbuka atau senyap. Sebahagian berbentuk Undi protes melalui sabotaj dalaman bakal memihak kepada peningkatan peratusan Undi untuk MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

Soalannya sekarang, "Itu Lah siapa suruh letak WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sebagai calon. Kan dah tersilap!"

Seterusnya adakah UMNO dan Barisan Nasional kini terdesak?

P 36 Kuala Terengganu - Menang Atau Kalah Anda Akan Pemimpin BN Lupakan Selepas 17 Januari 2009

Kuat, Besar, dan Deras juga janji manis para pemimpin Barisan Nasional ketika semakin hampir ke pembuangan undi 17 Januari 2009.

Selagi ada apa yang mereka terfikir mampu maka dijanjikan, janji menang. Mungkin bulan mereka tidak berani janji.

Tetapi adakah mereka sekadar bohong atau hantam saja Lah asalkan menang.

Hakikatnya janji tinggal janji dan penduduk di P Kuala Terengganu akan terbiar semula. Terengganu bakal dipinggirkan lagi. Terkecuali ada lagi pilihanraya kecil atau PRU 13 kelak.

Ini dapat dibuktikan apabila kita melihat janji mereka dengan trend pembangunan di seluruh Terengganu khususnya tiada pembangunan itu di Kuala Terengganu selepas PRU 12.

Apa yang kita ingat ialah dari PRU 12 hingga 1 Januari 2009, jika ada pun pembangunan ialah pembelian Mercedes Benz.

Apa jalan, apa longkang, apa Wang Royalti, apa sekolah tukar nama, apa-apa pun Lah, tiada pembangunan tersebut.

Pembangunan terkini ialah janji semata-mata, ketika para pemimpin Barisan Nasional terhegeh-hegeh nak menang pilihanraya kecil di P 36 Kuala Terengganu.

Terkini sebilangan pengundi di kalangan olang sudah mantap mahukan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut. Mereka sudah tahu, UMNO dan Barisan Nasional bukan pilihan yang baik. Pilihan terbaik ialah PAS dan Pakatan Rakyat.

Kini tumpuan kepada mung.

Jika ada pemimpin yang akan ambil berat, prihatin, dan berjasa bakti ialah MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, para pemimpin PAS terhadap para pengundi, penduduk di Kuala Terengganu.

Para pemimpin Barisan Nasional akan kembali ke tempat masing-masing menikmati rancaknya kehidupan kota dan bandar.

Para pemimpin UMNO semacam tidak cukup kaki untuk berlari supaya sambung kempen pemilihan pemimpin di Perhimpunan Agong UMNO Mac 2009.

Mereka akan lupakan Kuala Terengganu dan siapa berada bermastautin di situ.

Selepas 17 Januari 2009, inilah pemimpin yang akan bersama anda, dalam susah dan senang...



P 36 Kuala Terengganu - Sia-sia Pilih Wan Farid - Pendiriannya

Para pengundi mahukan suara mereka didengar dalam Parlimen. Jika begitu sia-sia memilih WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Adakah WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempunyai pendirian peribadi dalam isu tempatan dan isu nasional?

Jika tidak, maka sia-sia Lah memilih WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh mewakili P 36 Kuala Terengganu.

Jika WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh ada pendirian peribadi, pendirian ini tidak akan berguna kerana pendirian ini perlu diselarikan dengan pendirian Ahli Parlimen Barisan Nasional. Setakat ini kebanyakan keputusan mereka tidak memihak kepada Rakyat Malaysia.

Keputusan mereka lentur untuk memenuhi kehendak masyarakat setempat hanya apabila ada pilihanraya. Setelah menang keputusan mereka kembali seperti biasa. Mandat yang diberikan tidak bermakna kepada para pengundi.

Jika demikian sia-sia sahaja Lah memilih WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sila baca tiadanya pendirian atau pendirian tidak memanfaatkan para pengundi si WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini, di sini:

http://mt.m2day.org/


Di antaranya:

* Basmi kemiskinan dan keselesaan hidup
* Wang Royalti
* Hukum Hudud
* ISA

Menghampakan!

Sia-sia Lah sahaja memilih WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Tiada manfaat pendiriannya kepada para pengundi di P 36 Kuala Terengganu.

Pendirian Barisan Nasional memang ketara tiada memihak kepada manfaat Rakyat dan Negara Malaysia, apa tah lagi para pengundi dan masyarakat di P 36 Kuala Terengganu.

Perhatikan bila pemimpin cerdik sedikit seperti Muhyiddin Yassin telah buat keputusan, lantang betul suara Abdullah Ahmad Badawi minta dia jelaskan kepada kabinet keputusan yang dibuatnya perihal FTA dengan Amerika Syarikat.

Tidak boleh memandai, tidak boleh memandai-mandai, dan pandai macam mana pun mesti Lah sama bangangnya sebuah kabinet yang keputusan mereka setakat ini tidak pandai langsung.

Seperti Muhyiddin Yassin kena, atau akan dikenakan, sama Lah dengan pendirian WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Sia-sia sahaja Lah pilih si WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini untuk mewakili P 36 Kuala Terengganu.

Pilihan tepat ialah:

P 36 Kuala Terengganu - Di antara Labu Atau Labi Siapa Manisah Pilih..?




Apologi kepada semua calon.

Jika ada calon yang tidak mahu lagi dengar apa orang nak kata.

Bagus!

Tapi kata mereka ialah mereka itu yang mereka pengundi.

Tak laku kah kata-kata mereka.

Tak apa...

Tapi, Manisah bila berbual dengan rakan-rakannya, tercakap juga pasal calon pilihan masing-masing, di P 36 Kuala Terengganu.

Kata Manisah, ada calon sekali pandang macam karektor A Rahim. Sekali lagi pandang macam karektor Busra.

Eee tak nak!

Entah Lah.

Itu saya tak berani komen.

Sebab Muhyiddin Yassin kata, tak usah pandang pada rupa.

"Ade ke?", tingkah Manisah, tidak setuju.

Tambah Manisah lagi, "apa hal Muhyiddin Yassin ini kata tak pandang pada muka pulak!"

Kan A Mum Of Three Mohd dah kata, dalam pos terkininya...

I'm a wife
and also a mum
to three Mohd.
Mohd. Shakir
Mohd. Shazuan
and
Mohd Syafiq

http://motherof3mohd.blogspot.com/2009/01/dari-kerana-rupa.html

Tuesday, January 13, 2009

DARI KERANA RUPA....

Muhyiddin Yassin kata kita jangan undi berdasarkan paras rupa... tapi tengoklah samada prestasi calon itu atau berkebolehan dia. Dia merujuk kepada calon UNMO Wang Farid.....

Sambungan di sini:

http://motherof3mohd.blogspot.com/
Saya baru baca 2 Blog lagi, khabarnya Manisah dan rakan sewaktu dengannya akan pilih calon ini jugak...




Ya! MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

Suka hati kau Lah Manisah and the Geng.

Jika Haji Bakhil tidak setujupun, asal Bulan Mengambang kembali di Kuala Terengganu.

Tau!

P 36 Kuala Terengganu - Jentera Pilihanraya BN Terbuntu Kini

Akankah Jadi Mangsa
Sabotaj Dalaman







Ketika
Jentera Pilihanraya
Barisan Nasional
Terbuntu Kini

Ada semacam gentlemengs' agreemeng di antara calon bahawa WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut supaya masing-masing tidak menyerang calon.

Pun begitu sedikit ada juga. Pertandingan lah katakan.

Dari awal WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, sekadar mempertahankan diri menepis serangan dari orang dan pihak lain yang bukan calon.

Terkini, WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, lebih banyak mempertahankan diri secara defensif.

Serangan tidak datang dari MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut. Tidak datang dari PAS yang sememangnya tahu WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, bukan calon yang baik. Sedangkan Mahathir Mohamad pun kata WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon amat buruk mewakili Barisan Nasional.

Serangan datang dari pengundi sendiri, dan terkezut tidak serangan ini juga datang dari pemimpin dan ahli UMNO sendiri.

Di antara serangan ini ialah datangnya dari kalangan pemimpin dan ahli UMNO yang khuatir jika kemenangan WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, menunjukkan kemenangan peribadi dan sokongan kepada Ahmad Said.

Dikhuatiri Ahmad Said akan jadi pemimpin yang membuat keputusan, dan tiada sesiapa dari kerajaan pusat yang berani menegur. Seperti pembelian Mecedes Benz untuk Exco, tuntutan Wang Royalti, dan Ahmad Said ada lagi tuntutannya yang mengecutkan Abdullah Ahmad Badawi, dan Mohd Najib Abdul Razak.

Mereka ini mahukan WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah, supaya Ahmad Said hilang taring.

Ini telah mengakibatkan terkini Jentera Pilihanraya Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu jadi terbuntu kini.

Setakat ini lebih kelihatan ahli dan pemimpin UMNO sendiri dalam jentera pilihanraya ini lebih mahu WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kalah!

Bacaan lanjut di sini:

http://ckcounterpunch.wordpress.com/2009/01/12/in-final-stretch-bn-campaign-still-plagued-by-problems/

P 36 Kuala Terengganu - Kenapa Wan Farid Tolak Peluang Debat..?

Berani Kerana Benar,
Takut Kerana Salah













Jika Semua Pengundi
Mahu Juga Debat Ini
Adakah Wan Ahmad Farid
Tetap Tolak?

Debat di antara Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, adalah peluang untuk Rakyat Malaysia mengetahui bahawa Wang Royalti jelas telah dijelaskan melalui satu penjelasan terbaik.

Kenapa MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, PAS, Pakatan Rakyat, mahukan debat ini? Satu yang penting ialah mereka akan kemukakan soalan yang sering dikemukakan oleh Rakyat Malaysia.

Kenapa WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, UMNO, Barisan Nasional, tidak mahu debat ini? Adakah benar Wang Royalti telah selesai? Ataukah ada fakta yang masih tersembunyi. Adakah debat ini bakal mendedahkan kemungkinan ada yang tidak kena dengan urusan membereskan Wang Royalti.

Barangkali molek Wan Ahmad Farid Wan Salleh bertanya kepada Ahmad Said, betulkah kerajaan negeri sudah berpuashati dengan pembayaran Wang Royalti.

Jika Wan Ahmad Farid Wan Salleh, nak jadi Mediator sebagaimana disebut Rafidah Aziz maka inilah masanya, melalui Debat.

Jika Wan Ahmad Farid Wan Salleh sekadar nak jadi jambatan, maka jadilah.

Dengan sebab itu, para pengundi di P 36 Kuala Terengganu mesti menolak calon Barisan Nasional ini, kerana Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak sesuai mewakili Parlimen P 36 Kuala Terengganu.

Kelak kalau sudah di dalam Parlimen nak duduk dia, atau setuju sahaja? Tidak mahu berhujjah di dalamnya?

Maka sebab itu, pilihlah MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon yang paling tepat untuk mewakili suara P 36 Kuala Terengganu di Parlimen.

P 36 Kuala Terengganu - PEMUDA BESUT Dah Dapat Kesan Perilaku Sombong Wan Farid


Untuk melihat perilaku Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini sila lawati:

http://pemudabesut.blogspot.com/2009/01/kt-imej-sombong-wan-farid.html

Setakat ini ada lima gambar, InsyaAllah banyak lagi.

Seseorang calon boleh mempamerkan persona melalui personaliti buat-buat. Umpamanya menguntumkan senyuman plastik.

Namun calon berkenaan tidak dapat menyembunyikan karektor sebenar, baik, buruk, mesra, atau sombong...

Jom!

Ahli dan para pemimpin UMNO tempatan di P 36 Kuala Terengganu, dan seluruh ahli dan pemimpin PAS, pastikan Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah.

Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak sesuai mewakili Parlimen P 36 Kuala Terengganu.

Calon pilihan ialah:

P 36 Kuala Terengganu - Pemimpin UMNO Tempatan Dan seluruh pemimpin PAS Bersatu Pastikan Wan Farid Kalah..!

Kenapa?

Wan Ahmad Farid Wan Salleh bukan Lah pemimpin yang mampu membawa perubahan kepada nasib Rakyat Malaysia di Terengganu dan Negeri Terengganu.

Rekodnya yang lalu menunjukkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh hanya Lah pemimpin muda yang angguk dan tidak berani menentang arus, walaupun Abdullah Ahmad Badawi meminggirkan Terangganu, memerap Wang Royalti di tabungan pusat, dan walaupun Mohd Najib Abdul Razak kini, terpaksa membanjiri wang dalam bentuk peruntukan yang banyak ke Kuala Terengganu.

Sehingga PRU 13, kita sudah ada Ahmad Said menerajui kerajaan negeri. Walau apapun bagaimana pun, kehadirannya di kerusi Menteri Besar Terengganu mengecutkan bebola pemimpin pusat. Selain dari wang peruntukan membanjiri Kuala Terengganu, dia masih ada beberapa lagi tuntutan yang mengakibatkan pemimpin pusat terpaksa memberi apa yang hak kepada Rakyat Malaysia di Terengganu.

Pun begitu, kita perhatikan Ahmad Said sehingga PRU 13, kerana PAS dan Pakatan Rakyat mestilah mempastikan negeri Terengganu kembali di bawah bulan mengambang, semua berlatarkan hijau.

Terengganu kini, khususnya di P 36 Kuala Terengganu memerlukan suara, suara lantang, mantap dan bernas, di Parlimen.

Suara ini ialah suara MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

Caranya ialah, kali ini ahli dan pemimpin UMNO tempatan bersatu dengan keseluruhan ahli dan pemimpin PAS mengundi MAWE Mohd Abdul Wahid Endut.

Demi kemajuan Rakyat Malaysia di P Kuala Terengganu dan kemakmoran Negeri Terengganu, kali ini ahli dan pemimpin UMNO tempatan bersatu dengan keseluruhan ahli dan pemimpin PAS mempastikan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kalah.

Suara siapa di perlukan di Parlimen mewakili P 36 Kuala Terengganu?


P 36 Kuala Terengganu - Semua 80229 Kontraktor Berhak Dapat Projek Kemudian Undi PAS

Di musim pilihanraya peruntukan disalurkan dari kerajaan pusat ke kawasan berkenaan. Ini biasa lazim selalu kerapnya ini tidak kena mengena dengan membeli undi melalui saluran peruntukan tersebut.

Seperti biasa lazim selalu kerapnya saluran peruntukan ini tidak datang sebelum pilihanraya, tidak datang selepas pilihanraya namun datang sebelum pembuangan undi.

Tak kan Lah ada pula pemimpin UMNO atau Barisan Nasional berbohong.

Rasuah atau politik wang sememangnya sukar ditafsirkan cara lain dengan tujuan tidak betul, melainkan supaya suci belaka dan di luar keraguan yang munasabah sehingga tidak membolehkan sesiapa dikenakan tindakan undang-undang.

Malaysiakini melaporkan,

Projek kelas F 'bukan rasuah BN'
Muda Mohd Noor | Jan 10, 09 6:18pm
Datuk Seri Mohd Najib Razak menafikan pemberian projek kepada 583 kontraktor kelas F di Terengganu pagi tadi sebagai rasuah politik demi memenangkan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Telah dikatakan ini bukan rasuah.

Sememangnya jika ada rangsangan fiskal, rangsangan ini seperti biasa lazim selalu kerapnya, tidak diselaraskan untuk memanfaatkan ke semua negeri seluruh Malaysia namun ditumpukan di kawasan pilihanraya.

Tetapi jumlah RM 15.8 juta itu terlalu kecil. Paling sedikit Kuala Terengganu molek mendapat jumlah RM 80.3 Billion.

Walaupun Kontraktor kelas F mendapat jumlah RM 900 juta, dengan Setiap projek bernilai RM30,000 hingga RM200,000.

Namun ke semua 80,229 Kontraktor sepatutnya mendapat hak mereka juga.

Begitu jugak Kontraktor di seluruh negara. Bagaimana reaksi dan respons persatuannya.

Betul pengagihan itu bukan pembelian undi, jadi ke semua Kontraktor selepas menerima agihan ini boleh mengundi PAS.

P 36 Kuala Terengganu - KS Yong PRM - Isu Berat Calon BN Boleh Tergolek Dog

Macam-macam sebab orang mahukan Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah di P 36 Kuala Terengganu.

Di antara orangnya dan di antara sebabnya ialah gesaan sebagaimana dilaporkan di Blog Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu...

Undilah calon PAS - PRM PDF Cetak Emel
Ditulis oleh JITM
SATURDAY, 10 JANUARY 2009 11:37
KUALA TERENGGANU, 10 Januari - Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong menegaskan bahawa rakyat harus menghantar isyarat jelas dengan mengundi calon Pas, Mohd Wahid pada 17 Jan ini demi untuk menentang...

Sambungan di sini:

http://prk036.pas.org.my/


http://partirakyatmalaysia.blogspot.com/

01. Pendeklasifikasikan kontrak konsesi projek lebuh raya baru-baru ini.

02. Kenaikan harga minyak yang tinggi sebelum ini membebankan rakyat.

03. Harga barang dan bahan mentah tinggi.

04. Dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang masih diteruskan oleh kerajaan walaupun mendapat bantahan demi bantahan dari pelbagai pihak.

05. Projek Monsun Cup dilihat hanya memberi faedah kepada segelintir kroni pemerintahan elit, dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Terengganu.

06. Kemiskinan penduduk di negeri Terengganu yang kaya.