P 36 Kuala Terengganu - Semua 80229 Kontraktor Berhak Dapat Projek Kemudian Undi PAS
0 Comments
»
Di musim pilihanraya peruntukan disalurkan dari kerajaan pusat ke kawasan berkenaan. Ini biasa lazim selalu kerapnya ini tidak kena mengena dengan membeli undi melalui saluran peruntukan tersebut.
Seperti biasa lazim selalu kerapnya saluran peruntukan ini tidak datang sebelum pilihanraya, tidak datang selepas pilihanraya namun datang sebelum pembuangan undi.
Tak kan Lah ada pula pemimpin UMNO atau Barisan Nasional berbohong.
Rasuah atau politik wang sememangnya sukar ditafsirkan cara lain dengan tujuan tidak betul, melainkan supaya suci belaka dan di luar keraguan yang munasabah sehingga tidak membolehkan sesiapa dikenakan tindakan undang-undang.
Malaysiakini melaporkan,
Telah dikatakan ini bukan rasuah.
Projek kelas F 'bukan rasuah BN' Muda Mohd Noor | Jan 10, 09 6:18pm Datuk Seri Mohd Najib Razak menafikan pemberian projek kepada 583 kontraktor kelas F di Terengganu pagi tadi sebagai rasuah politik demi memenangkan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Sememangnya jika ada rangsangan fiskal, rangsangan ini seperti biasa lazim selalu kerapnya, tidak diselaraskan untuk memanfaatkan ke semua negeri seluruh Malaysia namun ditumpukan di kawasan pilihanraya.
Tetapi jumlah RM 15.8 juta itu terlalu kecil. Paling sedikit Kuala Terengganu molek mendapat jumlah RM 80.3 Billion.
Walaupun Kontraktor kelas F mendapat jumlah RM 900 juta, dengan Setiap projek bernilai RM30,000 hingga RM200,000.
Namun ke semua 80,229 Kontraktor sepatutnya mendapat hak mereka juga.
Begitu jugak Kontraktor di seluruh negara. Bagaimana reaksi dan respons persatuannya.
Betul pengagihan itu bukan pembelian undi, jadi ke semua Kontraktor selepas menerima agihan ini boleh mengundi PAS.