P 36 Kuala Terengganu - Wan Farid Heran Rapat Ngan PM Pong Jadi Isyiu
2 Comments
»
Siapa Untung?
Monsoon Cup Terengganu bp2.blogger.com |
Mung Pengundi Dapak Ape?
Orang tidak kisah jika WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh nak rapat ke nak apa ke dengan Perdana Menteri Malaysia.
Beberapa orang yang kisah ialah dengan rapat itu WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah direstui Abdullah Ahmad Badawi sebagai calon di P 36 Kuala Terengganu walaupun ramai setuju dengan Mahathir Mohamad dia calon Barisan Nasional amat buruk.
Dengan rapat itu Lah, pemimpin tempatan yang lain yang banyak berjasa di P 36 Kuala Terengganu, tidak direstui, tidak terpilih, dan terlepas peluang untuk benar-benar berkhidmat kepada para pengundi di kawasan ini tanpa perlu make-up image segera. Mereka sudah pun murni image nya sedari dulu.
Sebab itu Lah, di P 36 Kuala Terengganu - WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh Tidak Perlu Heran Bahawa Dia Rapat Ngan Perdana Menteri Malaysia Pong Jadi Isyiu.
Ini semua bukan sangat pemimpin dan ahli PAS, tetapi ahli dan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Dikatakan "proxy" itu, semacam Abdullah Ahmad Badawi mahu menjaga apa kah kepentingannya di Kuala Terengganu. WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh tentu tahu apa kepentingan itu.
Maka itu Lah menjadi isu.
Jadi macam mana ahli dan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional ini akan berusaha pengundi mengundi WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sedangkan mereka besar kemungkinan akan menyatakan undi protes melalui sabotaj dalaman.
The Star OnLine melaporkan...
Eaik! "crime"? Kenapa guna perkataan itu? Ada apa-apa ke?On issues raised during campaigning, Wan Farid said he could not understand why there were people making an issue of him being close to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Is it a crime to be close to someone whom you have worked with?” he asked.
Lagi di sini:
Setelah sekian lama berkhidmat di pejabat Abdullah Ahmad Badawi, tak kan WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak tahu hakikat rapat dengan Perdana Menteri Malaysia dan manfaat yang masing-masing perolehi?