Gelombang Rakyat

P 36 MAWE PAS PR - Jawapan Tepat Keputusan Pilihanraya Kecil

Sememangnya post-mortem pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu oleh Bloggers, amat baik sekali. Making a lot of sense. Bloggers dapat rasai denyutan Rakyat Malaysia.

Setakat ini, pandangan para pemimpin UMNO, terkecuali Tengku Razaleigh Hamzah, selainnya tidak boleh pakai.

Adakah pemimpin UMNO betul-betul nak tahu jawapan tepat keputusan pilihanraya kecil di P 36 Kuala Terengganu?

Atau kah tiada yang peduli?

Jika ada yang ingin tahu dengan tepat keputusan pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu, jawapannya masih berselerak belum terkumpul dari para pengundi di situ.

Mereka yang tahu kenapa mereka undi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, PAS - Parti Islam Se-Malaysia, PR - Pakatan Rakyat. Kenapa mereka undi calon selainnya. Atau parti dan gabungan lain. Kenapa ada di kalangan mereka yang rosakkan undi. Kenapa mereka tidak keluar mengundi.

Para pengundi di P 36 Kuala Terengganu masih memegang data yang cukup mahal untuk diperolehi.

Jika tidak, boleh Lah diambil tahu 3 hari lagi menjelang PRU 13.

Orait...

0 comments: