P 36 MAWE PAS PR - Respons Kepada A Mum Of Three Mohd Rujuk Muhyiddin
0 Comments
»
Menurut...
and also a mum
to three Mohd.
Mohd. Shakir
Mohd. Shazuan
and
Mohd Syafiq
Mari kita ambil kata kunci dipersembahkan A Mum Of Three Mohd, dalam pos istimewanya.Monday, January 19, 2009
KATA KUNCINYA...... BERUBAH !!!
Kita perlu berubah.....!!! Orang dah tak tertarik lagi dengan kita. Kita dah hilang seri. Apa ke sudahnya asyik-asyik kalah je. Takut weh..... kalah yang kecik-kecik lepas satu.... satu..... dan kemudian tak mustahil, yang besar pun nanti kita.... bungkus!!!! Itu le luahan hati Muhyiddin Yassin.
Sebelum bungkus lebih baik BERUBAH.
Bersambung di sini:
http://motherof3mohd.blogspot.com/2009/01/kata-kuncinya-berubah.html
Berubah. Perubahan. Ubah...
Tema pilihanraya siapakah ini semasa PRU 12..?
Bukan UMNO, bukan parti komponen Barisan Nasional. Bukan.
Mereka nak teruskan budaya lama lazim mereka.
Jika ubah, berubah, perubahan...malah tukar! Ini adalah perjuangan Anwar Ibrahim. Perjuangan Parti KeADILan Rakyat. Perjuangan para pemimpin PAS - Parti Islam Se-Malaysia, DAP - Democratic Action Party. Ini perjuangan Pakatan Rakyat. Ini..!
Inilah yang amat diingini Rakyat Malaysia.
Tetapi UMNO tidak berubah. Barisan Nasional first-first kalut gitu gini last-last kekal sama serupa.
Dari tarikh 8 Mac 2008, semua asalnya Rakyat Malaysia. Ada di kalangan kita dilantik sebagai pemimpin. Bersusun dalam kelompok Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Dengan keputusan teruk begitu pun, setiap keputusan besar oleh kerajaan Barisan Nasional kelihatan menguntungkan beberapa pemimpin, dan tidak memanfaatkan Rakyat Malaysia.
Kenapa pemimpin kerajaan Barisan Nasional yang asalnya Rakyat Malaysia, diberikan oleh kami mandat untuk teraju, sedangkan menentang Rakyat Malaysia. Kenapa kerajaan memusuhi Rakyat Malaysia yang mengangkat mereka menjadi pemimpin? Kenapa?
Sebaliknya, ini ditentang. Mereka yang menentang, lawan, dan berjuang menyekat keputusan kerajaan Barisan Nasional itu ialah para pemimpin Pakatan Rakyat.
Ertinya Pakatan Rakyat memperjuangkan Rakyat Malaysia. Perjuangannya cukup luas dan bermakna, ahli UMNO dan ahli setiap parti komponen Barisan Nasional pun dapat manfaat.
Jelas Barisan Nasional tidak memanfaatkan Rakyat Malaysia. Perjuangannya ialah berbentuk habuan dan ganjaran. Punya Lah sempit, ahli UMNO dan ahli setiap parti komponen Barisan Nasional pun tidak dapat manfaat.
Contohnya turun atau naik harga minyak petrol dan diesel. Lihat keputusan Barisan Nasional. Lihat perjuangan Pakatan Rakyat. Prihatin keinginan Rakyat Malaysia.
Setakat ini...
Faham atau tidak para pemimpin Barisan Nasional ini?
Mudah itu.
Jadi, baru sekarang kah, baru ada rasa nak berubah. Ertinya tiada Lah perubahan itu pada UMNO mahu pun Barisan Nasional selama ini berkuasa.
Terkecuali Mahathir Mohamad, SAPP, dan Zaid Ibrahim.
Selainnya masih terperangkap, terbelengu dan tidak bebas dari budaya lama lapok busuk UMNO dan Barisan Nasional.
Termasuk Lah Mukhriz Mahathir. Eaisyh masuk pulak Ezam Mohd Noor?
Rafidah Aziz dan Shahrizat Abd Jalil contohnya, apa Lah yang mereka rebutkan sangat kerusi Wanita UMNO itu? Jikalau ada sifat semacam Rosnah Abdul Majid, maka tiada kan siapa berebut begitu.
Perubahan tiada pada UMNO dan Barisan Nasional kerana terajunya tidor. Bila berjaga tak buat apa. Berdezub keluar negara.
Masalah utama negara ialah Abdullah Ahmad Badawi.
Dipohon, dikias, diasak, dan di dot dot dot, mahukan Abdullah Ahmad Badawi, sama ada letak jawatan, bersara serta merta, undur, dan perkataan seumpamanya.
Muhyiddin Yassin juga. Itulah satu poin baiknya.
Diharapkan Mohd Najib Abdul Razak, terkial-kial, terlentok-lentok.
Baik Lah. Sama-sama we get rid of the major problem - Abdullah Ahmad Badawi.
Makyaisyamvulasyuvu...
Mohd Najib Abdul Razak pulak akan teruskan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, menjaga tradisi dan meneruskan apa yang budaya lama lapok busuk lalu.
Perubahan apa? Rakyat Malaysia nak kan perubahan! Faham kah atau tidak?
Apa gunanya Mohd Najib Abdul Razak yang meletakkan kedudukan sebagai pemimpin tidak berguna untuk menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang sememangnya tidak berguna lagi.
Setakat ini, kedua-duanya mesti out!
Tiada pengganti yang lebih baik dalam UMNO selepas mereka.
Terkecuali Tengku Razaleigh Hamzah, dan Muhyiddin Yassin.
Selainnya NO!
Dari situ, jadilah pemimpin yang baik. Bersatulah dengan Rakyat Malaysia. Sama-sama kita majukan Rakyat Malaysia dan kita makmorkan Negara Malaysia.
Jika sudah sama dengan para pemimpin Pakatan Rakyat, maka tidak salah untuk bekerjasama padahal matlamat yang dikongsi bersama.
Fahamkah para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional ni?
Ke tidor dah?
Atau tak mahu ubah?
Ke macam mana?