Gelombang Rakyat

P 36 MAWE PAS PR - Jika Pak Lah Terajui PRU 13..!

Barangkali di Malaysia hanya Abdul Hadi Awang dan Karpal Singh serta beberapa lagi yang mahukan Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dari Blog Nobisha:

Monday, January 19, 2009

APABILA ABD HADI AWANG & KARPAL SINGH SENADA

Agak menarik apabila Presiden PAS, Dato' Seri Abd Hadi Awang meminta Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kekal Perdana Menteri selepas Mac ini. Kenyataan ini senada dengan apa yang pernah disebutkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini.

sambungan di sini:

http://nobisha.blogspot.com/2009/01/apabila-abd-hadi-awang-karpal-singh.html

Ehem!

Syoknya, selagi Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional, selagi itu Lah Barisan Nasional kalah setiap pilihanraya dan kalah teruk PRU 13.

Tengok akal si Abdullah Ahmad Badawi...

Dari Blog Kuda Kepang:

Monday, January 19, 2009

PRK KUALA TERENGGANU: SELEPAS BN TEWAS BARU ABDULLAH MENCARI PUNCANYA?

Ruhanie Ahmad

Secara ikhlas...

...Saya kirimkan mesej ini kerana beberapa hari sebelum itu Abdullah berkata: “kita telah menang dulu dan saya tidak melihat kenapa kita tidak boleh menang sekali lagi.”

Sepenuhnya di sini:

http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/01/prk-kuala-terengganu-selepas-bn-tewas.html
Akal begitu, tidak boleh pakai. Sebab semasa Abdullah Ahmad Badawi memimpin Barisan Nasional buruk, selepas PRU 12, paling buruk.

Mahathir Mohamad, berikan kepadanya maklumat lebih baik daripada apa yang dia ada. Pilihanraya dimenanginya.

Abdullah Ahmad Badawi, dan Mohd Najib Abdul Razak pun sama, beri Lah apa maklumat pun, mereka macam nak dengar, tetapi tidak dengar pun. Macam mana nak menang pilihanraya?

Memang. Abdullah Ahmad Badawi, tidak mempunyai kemampuan menang pilihanraya. Abdullah Ahmad Badawi, tidak berkebolehan seperti Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Saifudin Nasution, dan kumpulan ulamak Kelantan, dalam memenangi pilihanraya.

Abdullah Ahmad Badawi satu poin di bawah kemampuan Mohd Najib Abdul Razak. Manakala Mohd Najib Abdul Razak 90 poin di bawah strategis tersebut di atas.

Dengan yang demikian, Barisan Nasional perlu fikir semasak-masaknya untuk mengizinkan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak menerajui pilihanraya berikutnya, dan PRU 13 kelak.

Entah Lah, Abdullah Ahmad Badawi, selain tidak mampu terajui PRU 13, apakah lagi yang boleh diterajuinya?

Undur Lah, bersara Lah.

Tidak kisah kalau Abdullah Ahmad Badawi terus kekal dan kalah setiap pilihanraya dan PRU 13. Kalah Lah kalau nak kalah sangat.

Tetapi kisah sangat tidak pedulinya dia akan nasib Rakyat Malaysia kini. Itu sebab, kepada Abdul Hadi Awang dan Karpal Singh, saya kata tidak kepada Abdullah Ahmad Badawi. Saya kata tak nak kepada Abdullah Ahmad Badawi. Adil ya, seorang satu pendapat. Bagimu pendapatmu, bagiku pendapatku.

Jelas sudah, sebagai pemimpin dan kepemimpinannya Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak berguna lagi.

Terkini harga barang sememangnya menghimpit Rakyat Malaysia. Abdullah Ahmad Badawi?

Abdullah Ahmad Badawi, nun di luar negara. Keutamaan apa di situ? Rakyat Malaysia lebih molek diutamakan. Tapi kalau Abdullah Ahmad Badawi di dalam negara, tak buat apa pun!

Adeh!

0 comments: