Gelombang Rakyat

P 36 MAWE PAS PR - Pemimpin BN Dan Kebarangkalian Kalah PRU 13..!

Barangkali telah ada dan masih ada. Tetapi setakat ini pemimpin utama Barisan Nasional tidak mempunyai strategis menang pilihanraya.

Barisan Nasional ialah gabungan yang kalah, dan bakal kalah lagi.

InsyaAllah...

Jika Abdullah Ahmad Badawi terajui pilihanraya, PRU 13, Barisan Nasional bakal kalah. Seterusnya, kita bakal saksikan Barisan Nasional dijangka kalah teruk, tanpa menguasai sebarang kerajaan negeri, dan mendapat minoriti terkecil di Parlimen.

Sama, jika Mohd Najib Abdul Razak terajui pilihanraya.

Diakui Mahathir Mohamad, masih pemegang rekod terbaik dalam UMNO memenangi pilihanraya. Ketelitian Mahathir Mohamad masih belum dapat disamai.

Di manakah Abdullah Ahmad Badawi, dan Mohd Najib Abdul Razak, sewaktu Mahathir Mohamad menyusun perancangan untuk menang pilihanraya?

Perhati kembali siapa didikannya.

Melihat trend terkini dan landskap politik tanahair, semacam ada 10 poin dari 100 total, pada Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Selainnya, UMNO terutamanya, MCA, dan MIC dan beberapa parti komponen lagi, dijangka kaput menjelang PRU 13.

Dalam Barisan Nasional kini pun, tiada strategis menang pilihanraya.

Tanpa strategis ini, sukar untuk Barisan Nasional memenangi sebarang pilihanraya selepas P 36 Kuala Terengganu.

Sebaiknya para pemimpin Barisan Nasional tidak perleceh PAS - Parti Islam Se-Malaysia. Contohnya kenyataan Mohd Ali Rustam di P 36 baru-baru ini, selepas kena boo. Hentikan Lah. Sudah-sudah Lah itu.

PAS punyai keistimewaan tersendiri, dan semakin meningkat maju. Perhatikan di hari ia kalah, esok dia sudah berkempen. UMNO atau Barisan Nasional mungkin berpesta raikan kemenangan selama 4 tahun atau lebih.

Walaupun Menteri Penerangan dan pemimpin sewaktu dengannya cukup bangga dengan infrastruktur media dan komunikasi kerajaan. Namun, media dan komunikasi PAS cukup menyengat. Mereka diperlekeh bagaimanapun, teknologi baru mereka kuasai dan manfaatkan sepenuhnya.

Pada Barisan Nasional, Bloggers dan Forumers, masih kategori beruk kah?

Perhatikan percambahan Blogs dan Portals baru. Khususnya menjelang PRU 13. Pada 2013 begitu, media milik kerajaan sekarang tidak boleh dalam rangka pemikiran 60an.

Pendek kata panjang pun kata, PAS sahaja, sudah jauh lebih maju berbanding Barisan Nasional dan strategis mereka jikapun bukan individu semacam Mahathir Mohamad, namun sekumpulan ulamak mereka, memang sukar ditandingi.

Satu kenampakan yang jelas, ialah kekal kuasa di Kelantan, dan Kedah, dan bakal menang di Terengganu dan beberapa negeri lagi.

InsyaAllah, sambung lagi PKR - Parti KeADILan Rakyat, Anwar Ibrahim, Saifudin Nasution, lain-lain, DAP jauh melebihi gabungan MCA dan MIC, dan kehebatan Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya dan InsyaAllah terutama PRU 13.

Mereka sudah buat persiapan, ketika Abdullah Ahmad Badawi terus lena, atau ke luar negara entah apa manfaatnya.

Mohd Najib Abdul Razak pula, pergi Lah jumpa Mahathir Mohamad. Belajar. Satu kenyataan sahaja dibuatnya, perihal calon, merudum potensi undi Barisan Nasional. Lepas itu dia diam. Kalau dia shoot satu lagi poin, Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu, mungkin dapat 20,000 undi sahaja.

Barisan Nasional perlu faham, strategis bukan sekadar menangkis isu. Tetapi, memimpin kerajaan yang prihatin Rakyat Malaysia.

Baru Lah hati kami dapat ditawan.

Walaupun PAS, DAP, PKR, tidak kukenal tapi para pemimpin mereka tetap menjadi pojaan hatiku!

0 comments: