Gelombang Rakyat

P 36 MAWE PAS PR - Power Nya Pemimpin UMNO BN - Hadir Sudah Cukup..!

Tanbihul Ghofileen

Jika pemimpin berkenaan faham, maka mudah. Jika pemimpin berkenaan tidak faham, susah.

Namun, bagaimana nak beritahu mereka?

Itu Lah persoalannya.

Semasa PRU 12 telahpun disaksikan gelagat mereka. Namun terlalu ramai, dan terlalu banyak tempat, jadi setiap mereka tidak ketara sangat.

Bila di P 44 Permatang Pauh, setiap daripada mereka jelas.

Lagi Lah bila P 36 Kuala Terengganu, semakin amat jelas.

Setiap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di dalam kategori...

Power Nya Pemimpin UMNO - Hadir Sudah Cukup Untuk Bantu Calon Barisan Nasional Kalah atau Kalah Teruk.
Abdullah Ahmad Badawi
tunkuaisha.blogspot.com
01. Abdullah Ahmad Badawi.

Jika dia tidak hadir kempen pilihanraya, dia dicap tidak peduli, dan tidak membantu. Tetapi, jika dia hadir kempen pilihanraya, walaupun seketika, dia memungkinkan calon dan Barisan Nasional kalah atau kalah teruk.

Ertinya, dia tidak berguna lagi. Ada kah, tidak ada kah, di kempen pilihanraya sama sahaja. Tidak berguna.
Mohd Najib Abdul Razak
www.tranungkite.net
02. Mohd Najib Abdul Razak

Sama.

Terutama tidak lagi molek menjadi teraju pilihanraya.
Ezam Mohd Noor
ini-yang-aku-rasa.blogspot.com
03. Ezam Mohd Noor

Apapun justifikasinya, dia UMNO-PKR-UMNO. Sebahagian orang UMNO masih meraguinya. Sebahagian orang PKR merasa hairan tindak-tanduknya. Tidak tunduk tanduk hentam Anwar Ibrahim sahaja. Selebihnya tidak pasti siapa dia dan misinya.

Namun apa nak kata, mungkin dia tawar diri nak bantu, atau dipelawa calon bertanding, atau direstu hadir di kempen pilihanraya.

Jelas, hadirnya calon pun kalah atau kalah teruk.

04. S Nallakaruppan

Sama.

Tolak satu minus poin, tiada hadir di P 36 Kuala Terengganu.

Khairy Jamaluddin
tunkuaisha.blogspot.com
05. Khairy Jamaluddin

Sila rujuk nombor 01. Kecuali masih berpotensi, namun ubah cara dan pendekatan.
Muhammad Muhd Taib
kedahku.blogspot.com
Mohd Ali Rustam
taraknama.tblog.com
06. Muhammad Muhd Taib dan Mohd Ali Rustam

Muhammad Muhd Taib bagus kalau sebahagian perencana. Namun di bahagian bukan awam. Dia tidak dapat memberi pandangan bijak.

Mohd Ali Rustam tidak sesuai di bahagian perencana. Dia pun tidak dapat memberi pandangan bijak.

07. Pemimpin parti komponen

Semua sebaiknya tidak hadir, high-light S Samy Vellu, Ng Yen Yen. Kecuali presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Koh Tsu Khoon. Dia bukan perencana, namun boleh tambah sedikit nilai kerana kelebihan partinya keahlian lebih terbuka.
Rafidah Aziz
jejakpujangga.blogspot.com
08. Rafidah Aziz.

Semacam Muhammad Muhd Taib, di bahagian perencana.
Shahrizat Abd Jalil
mariasamad.blogspot.com
09. Shahrizat Abdul Jalil

Jika tidak datang tidak Lah mengapa pun. Jika datang pun tidak membawa apa-apa makna. Sebaiknya kaji kenapa kalah di kawasan Parlimen Lembah Pantai.
Hishammuddin Hussein
universitipts.com
10. Hishammuddin Hussein

Sila rujuk nombor 09.

11. Selainnya lebih baik buat kerja hakiki, dan tidak perlu hadir di kempen pilihanraya.

2 comments:

sheikh teluk intan said...

Teman suka bangat dengan tulisan yeop nih. Ada makna yang mendalam.

Gelombang Rakyat said...

Sheikh Teluk Intan,

Terima kasih di atas sokongan.

Tak tahu cam maner lagi nak nyedorkan deme nii.

Lama bebenor megholohnye.

Ini Lah yang terdaya...