Gelombang Rakyat

Pemimpin Negara Dan Gesaan Tak Usah Dengar Cakap Mahathir..!

Saya mulakan dengan:

Listen To All Views And Select The Best Thereof.

Dengar Semua Pendapat Dan Pilih Yang Terbaik Di antaranya.

Siapa Mahathir Mohamad?

Siapa Mahathir Mohamad dalam konteks Rakyat dan Negara Malaysia.

Fahami sejarahnya.

Sesiapa pernah dengar ceramah Stephen R. Covey, saya faham Mahathir Mohamad sejak muda ialah LightHouse. Ya, Rumah Api. Semua kapal tidak kira hebat macam mana boleh terus atau berganjak, tetapi tidak Rumah Api. Apatah lagi tidak duduk di kerusi pun masih menyala jikapun tidak sudah hanya mengerdip.

Maksudnya, peranan Mahathir Mohamad dalam konteks Rakyat dan Negara Malaysia ialah Pencorak Pemimpin dan Kepemimpinan Negara.

Pemimpin dahulu, tidak sunyi akan kehadirannya. Jika hebat sangat, jadilah pemimpin. Dia pun jadi. Memang hebat pun. Seperti pemimpin lain, Mahathir Mohamad ada baik dan ada buruk. Namun kebaikannya cukup banyak. Tiada siapa dapat nafikan rekod kecemerlangan kepemimpinannya. World Class.

Namun, kepakarannya kedoktoran. Bila demam boleh kebah, syoklah pesakit. Tapi, yang hidup tapi kena potong jari, sure blow punyia.

Baiklah. Diteruskan...

Selepas P 36 Kuala Terengganu, sudah ada suara lantang, tak usah dengar Mahathir Mohamad. Tak usah peduli apa Mahathir Mohamad kata.

Ewah!

Rujuk kembali tulisan hijau di atas.

Saya pun ada buat teguran. Pertama Muhyiddin Yassin. Kedua Mohd Ali Rustam. Saya tidak tegur - tak usah dengar Muhyiddin Yassin. Tak usah peduli apa Muhyiddin Yassin kata. Begitu juga Mohd Ali Rustam.

Teguran saya ialah, mereka pemimpin tertinggi UMNO. Maka apa kenapa perleceh PAS demikian rupa, sedangkan PAS parti elok, UMNO awak itu sudah teruk. Kemudian, kita dengar kenyataan Muhyiddin, UMNO tiada Wow. Begitu Lah.

Siapa pun nak berkata, kata Lah. Jika pendapat okay Lah. Selagi tiada melanggari undang-undang negara. Beri Lah pendapat 100 kalipun sehari. Tidak mengapa.

Lebih-lebih lagi, pendapat Mahathir Mohamad. Masih ada yang menghargai dan menanti buah tuturnya kita kedapatan. Jika ramai dah tak hendak mithalnya, saya di antara yang masih hendak. Itu Lah, menanti pendapatnya terutama isyarat menjelang P 36 Kuala Terengganu.

Kemudian, kita pun sudah tahu. Mantan Perdana Menteri Malaysia, pemimpin utama lagi dicoraknya, siapa kekal siapa kena out, inikan pula pemimpin peringkat bahagian-senator-timbalan menteri-ahli kawasan Parlimen.

Elok dah.

Mai-mai si Abdullah Ahmad Badawi, seketika sahaja di P 36 Kuala Terengganu, ditempelak Mahathir Mohamad sedemikian rupa. Saya tegur, macam Abdullah Ahmad Badawi baca skrip, setiap kali berdepan pandangan Mahathir Mohamad. Di P 36 Kuala Terengganu, Abdullah Ahmad Badawi, manis kata saya, ialah ajarnya kurang.

Maksud saya, Abdullah Ahmad Badawi nak buat Mahathir Mohamad sebagai musuh buat apa? Rugi apakah terus berbaik dengannya sejak Oktober 2003.

Tepisan begitu - yang dibuat Abdullah Ahmad Badawi - tidak elok.

Keprihatinan Mahathir Mohamad terhadap Terengganu mendalam, termasuk Wang Royalti, Piala Monsoon, dan Masjid Kristal.

Tentulah keprihatinan Abdullah Ahmad Badawi perihal yang sama, tidak sama dengan keprihatinan Mahathir Mohamad.

Bayangkan Lah, Abdullah Ahmad Badawi telah endorse Idris Jusoh. Kemudian kenapa selamba sahaja Ahmad Said yang jadi Menteri Besar Terengganu.

Apa macam?

Fahami itu betul-betul, Abdullah Ahmad Badawi.

Sudahkah Abdullah Ahmad Badawi selesaikan isu pemimpin di Terengganu? Nak tahu, tanya Mohd Najib Abdul Razak, pening dak di P 36 Kuala Terengganu baru-baru ini?

Mahathir Mohamad selepas P 36 Kuala Terengganu, teruskanlah berkata, masih ramai yang nak dengar pendapat dan pandangannya.

Jika bagus, rujuk tulisan hijau di atas. Jika tidak bagus, rujuk tulisan hijau di atas.

Namun apahal pulak gesaan tak usah dengar cakap Mahathir Mohamad? Akan diterusnya pencorakan pemimpin utama negara.

Contohnya, Mohd Najib Abdul Razak bernasib baik, selepas P 36 Kuala Terengganu, Mahathir Mohamad tak bagi ayat semacam diberikannya kepada Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Namun, seperti dahulu sokong atau merebah, dijangkakan ayat itu akan disuarakan juga Mahathir Mohamad.

Oleh kerana Mohd Najib Abdul Razak masih dalam fantasinya.

Maka, Satu Blog Total meletakkan poll kat atas sana.

Selepas P 36 Najib Mesti Letak Jawatan.

Walaupun Mahathir Mohamad berpandangan berbeza.

Mahathir Mohamad pun tidak mengharap semua orang sama pandangan sepertinya.

Anaknya sendiri boleh berbeza pendapat, contohnya, apatah lagi saya.

Cantik!

4 comments:

LESONGINDEK said...

Salam Sdra Zubli,


Ye..... ye....ye.....pemimpin "rumah api@ lighthouse" wajib ada. Dikala gelap pekat ,ribut taufan , bergelora dan berkecamuk, cahaya nya memancar memberi arah dan panduan tanpa mempedulikan apa keadaan lanskap dan cuaca, dia tetap berdiri megah sentiasa bersedia membantu. Apatah lagi negarawan yang banyak berjasa dan banyak tinggalannya.

2. Jangan ambil pedulu orangnya ,siapa kah dia nya tetapi peduli lah apa yang diperkatakan. Ambil -sarin - hazam - pakai.

TK

Quantum Metal Consultant said...

Hari ini bila ada orang kempen dan terlepas cakap '...apa Mahathir nak cakap, cakaplah, tak relevan.." besok, perkara yang sama akan terjadi padanya. Tak perlu tunggu besok, hari ni pun dia dah tak relevan bagi sesetengah rakyat. Busuk dan buruk ketika belum sempat masak dan ranum.

Bagi sesuatu pilihanraya, satu undi tetap relevan dan diambilkira, apakah Mahathir bukan lagi pengundi dan rakyat Malaysia yang perlu diberi perhatian lebih lebih lagi ketika dakwaan Malaysia lebih terbuka dan demokrasi sekarang ini.

Pemimpin yang ikhlas dan amanah, walaupun tersilap laku dan kata masih dihormati rakyat. Tetapi pemimpin yang penipu dan hiporik, cakap betul betul pun dah nampak 'penipunya' - aduhai malangnya nasib.

Gelombang Rakyat said...

M.SEPIAL,

Jadi jika dalam gelap, kapal menuju kepada rumah api. Di kapal kata, lalu ketepi, kapal nak gerak terus. Dari rumah api, dia kata, tak ganjak, kapal kena ubah hala, ini rumah api.

Hahahaha...

Gelombang Rakyat said...

Kluangman,

Super class. Saya sama pendapat, sama setuju.

Orang yang berikan bunga kenapa tidak dihargai dan bila ditegur dibalas najis.

Aduhai...