BLOW - Bila Calon Timbalan Presiden UMNO Kompromi & Serah Pada Najib..! Malaysiakini
0 Comments
»
Image via Wikipedia
Zubli ZainordinAhli BLOW - Bloggawan Wawasan
Prima Maya - Bloggers Network Selangor @ Malaysia
Malaysiakini memetik BERNAMA, perihal...
Kompromi jawatan timbalan presiden? |
Feb 26, 09 7:51pm |
|
Semua pengerusi perhubungan Umno negeri yang menghadiri mesyuarat semalam, menyerahkan kepada bakal presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan calon-calon timbalan presiden untuk memutuskan cadangan supaya jawatan nombor dua itu tidak dipertandingkan dalam pemilhan parti itu bulan depan.
Tiga calon timbalan presiden itu terdiri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Mohamed Ali Rustam.
Cadangan ini disuarakan Pengerusi Umno Kelantan Annuar Musa.
Apa maksud dan implikasinya?
Maksudnya, antara lain:
01. Tiada pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO.
02. Pemenang jawatan Timbalan Presiden UMNO ditentukan oleh Mohd Najib Abdul Razak, bakal Presiden UMNO.
03. Keempatnya terlebih dahulu duduk semeja berbincang.
04. Semua Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri pun bersetuju apa juga keputusan mereka, dan menyokong pemenang yang dipilih Mohd Najib Abdul Razak.
Implikasinya antara lain:
01. Adakah cadangan ini bertepatan dengan Perlembagaan parti UMNO?
02. Hak ahli memilih dan tanggungjawab perwakilan menentukan siapa Timbalan Presiden UMNO. Kenapa pula 4 pemimpin ini yang menentukan siapa pemenang jawatan tersebut?
03. Ramai akan tahu siapa dipilih Mohd Najib Abdul Razak, lalu ada yang bakal buat analisa.
04. Bagaimana perasaan calon Timbalan Presiden UMNO jika tidak terpilih?
Sama-sama kita saksikan apa yang berlaku seterusnya.
Terdahulu pos di BLOW...
BLOW - Layakkah Para Pemimpin UMNO Ini Duduki Kerusi President..? Malaysiakini
Pada Wa, chapa-chapa menang pon, tdak manyak manfaat pada UMNO. Kesemua nye tidak layak.
Sama teruk, sama buruk ngan Presiden UMNO akan datang.
Entah Lah...