Gelombang Rakyat

BLOW - Bila Penarik Beca Melantangkan Yang Nyata Pemimpin Molek Dengar..! Malaysiakini

:en:Raja Petra Kamarudin at a press conference...Image via Wikipedia

ZiZi Cucu Tok Bebayang Acheh

Wa setuju pandangan Penarik Beca. Posnya terkini:

Abdullah setuju ucapan Agong hambat beliau?

Seseorang yang pernah berada di koridor kuasa memberitahu, menurut amalan biasa, ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan sidang Parlimen dibincangkan dahulu di peringkat kabinet. Begitulah juga agaknya dengan ucapan rasmi Agong yang lain, manalah saya tahu.

Lagi di sini:

http://penarikbeca.blogspot.com/

Bacalah ya...

Wa tambah.

Wa tiada apa peribadi dengan Abdullah Ahmad Badawi. Cuma Wa nampak Abdullah Ahmad Badawi tidak layak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sekali ada individu yang neutral tegur Wa sebab Wa tegur Abdullah Ahmad Badawi supaya letak jawatan.

Off-hand Wa beri 13 sebab. Diapun setuju.

Perdana Menteri Malaysia, tidak boleh tidak buat apa yang patut dibuatnya.

Perdana Menteri Malaysia, tidak boleh buat apa yang tidak patut dibuatnya.

Itu Lah Abdullah Ahmad Badawi.

Maka, letak Lah jawatan. Sebab Abdullah Ahmad Badawi tidak berguna lagi.

Itu Lah perjuangan Wa memblog sejak 9 Mac 2008.

Sebab itu Wa sokong usul undi tidak konfiden ke atas Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen.

Wa sukar nak konfiden kat Abdullah Ahmad Badawi.

Blog Wa anggap wira, pemimpin seperti Yong Teck Lee dan SAPP.

Begitu jugak Wa tabik pemimpin yang keluar parti dan keluar Barisan Nasional, termasuk lah, Nasarudin Hashim walaupun sekejap, menyertai mana-mana parti Pakatan Rakyat.

Jika acah-chah-cha-chah, Wa tak respek. Kalau setakat Koh Tsu Khoon, Parti Gerakan Rakyat Malaysia, dan M Kayveas, People's Progressive Party itu, Wa tak respek sangat.

MCA, MIC, dan lain-lain parti yang sebudaya dengan komponen Barisan Nasional, Wa anggap tidak bagus. Tapi bagus sedikit daripada UMNO yang memang teruk dan buruk.

Disebabkan parti yang teruk dan buruk. Disebabkan gabungan Barisan Nasional yang tidak relevan lagi. Maka jelas kelihatan parti seperti PAS - Parti Islam Se-Malaysia, DAP - Democratic Action Party, dan PKR - Parti keADILan Rakyat, menyerlah. Pakatan Rakyat disokong ramai di kalangan Rakyat Malaysia.

Pun begitu, pemimpin, parti, dan pakatan politik Pakatan Rakyat tidak boleh sama seperti pemimpin, parti, dan gabungan politik Barisan Nasional.

Jika sama, lebih baik parti bebas, atau kemunculan The Third Force.

Dulu Wa biasa buat lawak. Kempen pilihanraya Wa dengar pemimpin A parti A cakap, "Kita tumbangkan pemimpin B dari parti B, sebab dia kaut terlalu banyak. Kali ini pilih saya pulak, saya pemimpin A dari parti A, bagi saya kaut pulak lagi banyak".

Sama sahaja lah jika gitu.

Individu pemimpin perlu menjadi yang terbaik. Melalui parti dan pakatannya memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Contohnya, jika pemimpin UMNO Barisan Nasional terajui Selangor, kita tak dapat manfaat apapun. Orang depa sahaja Lah.

Tapi jika pemimpin PKR Pakatan Rakyat terajui Selangor, kita tak dapat manfaat apapun. Orang depa sahajalah.

Ape ke mende nye?

Pemimpin, parti, pakatan perlulah memanfaatkan semua Rakyat Malaysia di Selangor. Itu sebenarnya keinginan kita.

Seperkara lagi, tiada pemimpin, parti, mahupun pakatan yang benar-benar ada appresiasi kepada pejuang. Termasuk Bloggers.

Lama kemudian baru saya dengar penghargaan dari Anwar Ibrahim. Seperti baru-baru ini selepas hampir setahun PRU 12.

Namun, saya ingin melihat penghargaan tersebut diterjemahkan dalam konteks Raja Petra Kamarudin.

Jika Raja Petra Kamarudin pun, Mohd Abdul Wahid Endut tidak hadir memberi sokongan, maka bagaimana dengan lain-lain pejuang.

Menjelang PRU 13, pejuang akan kata, kita buat kita kena, depa dok syok lagu tu gak.

Renungkan ya...

Seterusnya, Wa sendiri pos dan Wa nengok ramai tulis perihal Mohd Najib Abdul Razak.

Pada Wa, langkah pertama Abdullah Ahmad Badawi. Out! Bersara awal.

D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan puji dah, tapi isyarat baginda jelas kepada Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti mana yang telah Penarik Beca sebutkan. Kena Hambat.

Sahkan persaraannya.

Sebab Wa di antara paling ramai individu yang tak percaya pada politik Abdullah Ahmad Badawi, lengah tangguh lengok longlai nak buat keputusan bersara awal itu pun.

Macam tak nak lepaskan jawatan jah.

Seronok Lah, jika Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, Nik Aziz Nik Mat semacam mahukan Abdullah Ahmad Badawi kekal jawatan, dan apakah Anwar Ibrahim bakal membawa usul konfiden plak dah terhadap Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen.

Itu Wa tak sokong.

Sebab jika nak buat perubahan kepada Negara Malaysia, pemimpin, parti, dan pakatan mestilah hebat dan unggul.

Bentuk kerajaan baru dan angkat Perdana Menteri baru dari kalangan Pakatan Rakyat. Mulalah berkhidmat dan berjasa. Baru lah best.

Mana boleh terus menerus jadi Pembangkang dan sudah jadi kerajaan pun masih macam pembangkang gak.

Masa inilah nak laksanakan amanah sebagai pemimpin untuk terajui memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Dak gitu Penarik Beca..?

Reblog this post [with Zemanta]

1 comments:

Pemuda Pelapis said...

Sabor yeop! Bawa bertenang. Jom baca siapa sebenornya yang terjah Elizabeth Wong telanjang? Jangan tak ambil tahu, kena ambil tahu.

NI DIA ORANGNYA - KLIK DAN BACA