BLOW - Bloggers Pejuang PR dan BN - Pemimpin Yang Prihatin
0 Comments
»
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanPrima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia
Lihat senario di Malaysia:
Umumnya. Bila pilihanraya, dan kini krisis - muncul 3 kategori Bloggers.
Satu - Bloggers memihak gabungan dan Bloggers memihak pakatan.
Dua - Bloggers tidak memihak.
Tiga - Bloggers tak kisah apa pun.
Khususnya.
Ibarat di medan perang satu pihak dibekalkan ration yang cukup, bergaji dan berelaun, alat kelengkap dan senjata cukup dan canggih, serta pelbagai ganjarannya.
Satu pihak lagi, tiada dibekalkan apapun. Pusing keliling untuk berjuang menegakkan kebenaran.
Terkini, Bloggers memihak gabungan sudah semacam nyamok sifatnya. Kaji sendiri mereka ini dan serangan mereka di Perisik Rakyat Yahoo Groups. Ada ketika nak tergelak pun ada.
Ketika sebilangan memperjuangkan nasib Rakyat Malaysia, dan insaf apa akan berlaku pada Malaysia. Nyamok ini kerjanya menggigit sahaja. Mereka memang Pelawak juga.
Namun, cendekiawan sejak lama telah melihat ini semua, lalu memainkan peranan Pengasas. Sekumpulan kecil pejuang terbentuk. Selain daripada memulakan operasi terancang, mereka juga mengenalpasti siapa di setiap negeri yang mahu turut serta dalam susunan rasmi memenangkan pemimpin, parti dan pakatan yang memajukan Rakyat dan memakmorkan negara.
Maka, telah bermula KAMAR, CERIA, dan sebagainya. Merekapun bersatu dalam Bloggers Network Malaysia. Memantapkan cawang di setiap negeri.
Asasnya semua adalah manusia. Paling tidak makan tengahari. Umpamanya.
Namun apakah para pemimpin di satu pihak gabungan makan ayam seekor seorang hanya untuk lunch. Dessert ice-cream pun RM 38 secawan, ummpamanya. Ahlinya juga begitu.
Di satu pihak lagi para pemimpin pakatan turut makan ayam seekor seorang hanya untuk lunch. Mungkin ada dessert atau tidak. Namun, para pejuang ini berpuasa, dan berbuka dengan air sejuk juga. Dessert jauh sekali. Hanya kerana tiada siapa pemimpin pun yang peduli.
Walaupun mereka bukan jenis yang meminta-minta. Namun di mana perinya kemanusiaan pemimpin.
Moleknya pemimpin, parti, dan pakatan mula prihatin, dan jenguk-jenguk laa para pejuang di Perak sana, entahkan makan entahkan tidak. Kembong dak perot mereka dok togok air sejuk sahaja saban ketika.
Tanya Lah apa yang kurang, dan setakat mana boleh dibantu. Lakukan demikian kerana mereka pejuang, dan mereka pun manusia juga.
Seterusnya, usah sekali-kali mereka dilayan sebagai Blogger upahan. Kerana mereka bukan begitu. Mereka pejuang dan hanya menyokong pemimpin, parti, dan pakatan yang berjuang di landasan yang benar.
Sebagai contoh, jika ada nikmat dan peluang yang Husam Musa bawa pulang dari Negeri China, nanti ramai yang merasa. Namun pejuang ini masih terkial-kial untuk makan tengahari, dan sementara itu, togok air sejuk lagi...
Kembong deh..!
Kemudian lawan tetap lawan.
Kesian...