Gelombang Rakyat

BLOW - Cara Najib Dikutuk - Pemimpin PR Pertahan Hak Rakyat..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Hairan!

Kenapa Mohd Najib Abdul Razak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan Perak semula ke Barisan Nasional.

Sedangkan proses undang-undang masih berlangsung.

Cara Mohd Najib Abdul Razak dikutuk oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.

Apa kata mereka, sebagaimana dilaporkan Sya-Reformis...


Sumber - Sya-Reformis.

http://syaomel85.blogspot.com/2009/02/sidang-media-di-rumah-mb.html


Muhammad Nizar Jamaluddin:

Beliau diperintah mengadap Sultan tengahari tadi dan dimaklumkan oleh Sultan untuk meletak
jawatan.

Nizar bagaimanapun meminta Sultan untuk memahami peruntukan perlembagaan supaya membubarkan dewan kerana kerusi Dewan undang negeri sekarang ialah BN 28, PR 28 dan bebas 3. Tiada pihak yang mempunyai majoriti.- majoriti yang diperkatakan oleh Umno tidak tepat kerana 3 ADUN yang terlibat sedang menghadapi proses mahkamah.

Sekiranya mahkamah melucutkan jawatan mereka, maka DUN Perak akan 'tergantung'.
Maka dengan itu, beliau memohon supaya DUN Perak dibubarkan.

Selepas menimbangkan semua peruntukan perlembagaan, maka Nizar memaklumkan
bahawa beliau tidak akan meletak jawatan, sehinggalah proses perundangan diselesaaikan. Nizar juga memohon supaya hak rakyat dikembalikan.

Anwar Ibrahim:

Meminta supaya perlembagaan dipatuhi dan Satu delegasi Pakatan rakyat akan memohon untuk menemui Sultan.

Cara Najib merampas kuasa membahayakan amalan demokrasi di mana polis digunakan untuk mengepung SUK.

Meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

Abdul Hadi Awang:

Pas menyokong apa-apa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat. Pas berpendapat, Nizar masih lagi Menteri Besar sehinggalah segala proses undang-undang terlaksana.

Apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan, terutamanya apabila pencabulan undang-undang telah dihalalkan. Sekiranya pencabulan ini dibenarkan, ia mencipta satu perkara yang boleh membahayakan negara.

Lim Kit Siang.

Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sikap yang akan ditunjukkan oleh Najib apabila menjadi Perdana Menteri kelak.

Kecewa kerana polis telah digunakan dan MB dan EXCO dilarang memasuki SUK, walaupun beliau masih lagi belum menerima surat samada dipecat, disingkir ataupun sudah tidak diperlukan lagi.

Apa yang berlaku hari ini, di mana Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa amat
memalukan.

Najib perlu membuat satu pilihanraya Dewan undangan negeri, bagi memastikan hak rakyat dikembalikan.

Saya setuju.

Untuk teks asal sila klik:

http://syaomel85.blogspot.com/2009/02/sidang-media-di-rumah-mb.html

15 comments:

Anonymous said...

alaa,sape yg mulakan semua ni?gunakan cermin dlm rumah tu baik2.

Pewaris Melayu said...

KEPADA SEMUA BLOGGERS DAN PENJILAT PAKATAN RAKYAT,
JANGAN SEKSEKALI MENGHINA RAJA KAMI,
SEBAIK DAN SEBURUK MANA PUN TITAH SULTAN,
KITA PATUT MENYOKONG PEKENAN SULTAN TERSEBUT

AMARAN, JANGAN ANDA SEMUA PENJILAT PR BERANI UNTUK MENHINA RAJA KAMI
NEGARA KITA ADA UNDANG - UNDANG

tok ggawo said...

salam !

INNALLAH HA MA’ASSOBIRIIN !

Anonymous said...

penyokong taksub ANWAR & PKR, sedar sedar la diri. adun BOTA masuk, korang tak kecoh plak ? suka je dia masuk, happy happy. lanih kena balik macamnie, hampa semua padan muka la. ingat elok elok, ape yang jadi harinie mmg dlm sejarah. sejarah kebangkitan melayu untuk berkuasa semula. hidup sultan. hidup perak. cina dpt tanah 999 tahun. melayu dpt apa ? fikir fikirkan la. tak pernah dalam sejarah melayu dpt 999 tahun. jangan gelojoh. kalau benci UMNO sekalipon, jangan benci kaum kita sendiri, melayu. jangan sampai kaum sendiri kena pijak sebab benci UMNO. fikir fikirkan la.

Mrkolumpo said...

Bota masuk kami tak jemput???
kami tak merayu mcm umno...
kami tak tawar wang mcm umno...
kami tak janji nak bagi kerusi MB macam umno...
jgn hina sultan???hehehe takat hantar surat merafak sembah dgn penuh takzim pun hina ker??yg kat tganu ckp kat agong natang natang tu amende???wahai penjilat BN/Ameno gampang..sedar dirik lah oiiiii..sebelum nak pekena org..cermin dulu muke ko tuh..jgn jadi bodoh bahlul buta perut takde akai

EQUILIBRIUM said...

anon yg bengap,

sapa kata melayu kg tersusun tak dapat 999? sapa kat kg baru je dapat 999? kau tahu ke berapa ramai melayu dok kg tersusun?

teman nak tgk berani ke amno tarik batalkan program 999 utk kg tersusun. buat pengetahuan mike dlm kg tersusun pun ada cina dan india. kenapa pulak nak dengki mereka dapat 999?

berapa byk sekarang projek perumahan di ipoh yg bagi 999? cuba teka berapa ramai melayu beli rumah ni? tak payah lah tunjuk ceghodik mike tu nak cakap pasal 999 ni.

Pak Oncu said...

hmmmmmmmmmmm

Gelombang Rakyat said...

daaaaa

Semua orang cermin diri, anda tak ye puan..?

Gelombang Rakyat said...

Pewaris Melayu,

Raja, Sultan, Agong, adalah kedaulatan untuk daerah, negeri, dan negara.

Kenapakah Pewaris Melayu menghina kedaulatan ini dengan berfahaman Raja kami, bukan Raja semua.

Sultan Perak ialah Sultan seluruh Rakyat di negeri ini.

Sultan Perak usahlah dihina sebagai Sultan persatuan Pewaris Melayu sahaja.

Gelombang Rakyat said...

Tok Ggawa,

lafaz itu menyejukkan hati.

Gelombang Rakyat said...

Anonymous,

Saya di Blog ini, bukan perkauman.

Gelombang Rakyat said...

Mrkolumpo,

Lega setelah dapat komen begitu..?

Blog ini tiada moderation, jadi setiap kita bertanggungjawab di atas apa kita tulis di sini, ya...

Gelombang Rakyat said...

Paloi bin Malau,

Terima kasih kerana letak komen di sini.

Saya akan mencari kesempatan membalas komen, InsyaAllah...

Gelombang Rakyat said...

Pak Oncu,

Saya sama juga.

hmmmmmmmmmmm

Anonymous said...

kalau orang dah tak nak, jangan cakap banyaklah, keluar saja dari pejabat mb dan kediaman rasmi mb.

ini dah jadi 2 orang mb, masing-masing dengan mesyuarat masing-masing

malu aku. muak. nak muntah pun ada.
titah raja pun dah tak laku- inilah kesan daripada ajaran bro kita Permatang Pauh