Gelombang Rakyat

BLOW - Dalam Keadaan Begini Pada Saya Masih Ada Nur-Nya

ANWAR IBRAHIMImage by KamalSell via Flickr

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Tanbihul Ghafiliin...

Saya pernah alami, lantaran itu saya tahu.

Begini ya.

Rakyat lazimnya mahukan kebaikan. Kebaikan ini diusahakan oleh Rakyat yang dipilih menjadi pemimpin.

Ada ketikanya, Rakyat yang diangkat jadi Pemimpin, menganiaya Rakyat yang melantiknya.

Dari kalangan Rakyat akan bangkit pemimpin yang ke hadapan dalam mempertahankan hak Rakyat.

Berlakulah pertembungan pemimpin.

Di merata dunia begitu. Kini kita sedang saksikannya di Perak.

Sebagai Blogger, apatah lagi individu, kita melihat fenomena. Setiap kita mendapatkan informasi. Dari dapatan ini kitapun membuat ukuran, dalam memahami apa yang telah, sedang, dan akan berlaku.

Soalan yang saya perhatikan, ialah, siapakah yang menang...Mohd Najib Abdul Razak atau Anwar Ibrahim..?

Pada saya bukan itu soalannya. Soalannya ialah siapakah di antara Mohd Najib Abdul Razak dan Anwar Ibrahim yang mendukung kebenaran demi untuk memenangkan Rakyat.

Ini saya lihat usaha Anwar Ibrahim, Muhammad Nizar Jamaluddin, dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat.

Apa yang bakal terjadi esok, seperti sedang dirancang, ialah perlantikan Menteri Besar baru Perak.

Adakah ini menguntungkan Rakyat Malaysia di Perak, atau menguntungkan Mohd Najib Abdul Razak sendiri, dan Barisan Nasional.

Adakah ini muktamad?

Adakah Game Over?

Baiklah kembali kepada apa yang saya nyatakan di atas. Pengalaman saya sendiri, Nusrah-Nya, ada ketika datang setelah terang menjadi gelap.

Dalam keadaan gelap, ligatan malam merasa seronok, dan penghuni gelap sama ada putus harapan atau terus mengharap.

Perhatikan, kerja siapakah contohnya potong elektrik di Kediaman Menteri Besar, sedangkan ada kegiatan penting di situ.

Saya belum berubah pengharapan, sebagaimana saya beritahu Radenjowo sebelum ini, begitu juga saya sekarang, jika bukan dianggap miracle, saya masih yakin akan magic bakal berlaku.

Atau jika anda selesa, Nusrah-Nya. Seperti tajuk di atas, Nur-Nya.

Renung kembali Muhammad Nizar Jamaluddin dalam ujian ini.

Kemudian lihat ini:

Zambry Abdul Kadir

Seringkali kesilapan Abdullah Ahmad Badawi, punyai persamaan dengan Mohd Najib Abdul Razak, ialah penentuan calon. Mereka tidak reti.

Sabar...

Nusrah-Nya, InsyaAllah, pasti tiba.

Bila tibanya, ialah ketentuan-Nya. Saya hamba-Nya, saya terus nantikan...

Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

Pak Oncu said...

Royal SALUTE 2 you,,,, very positive ,,,,,

ZiZi said...

Pak Oncu

Royal indeed.

I enjoyed it too...