Gelombang Rakyat

BLOW - The Grand Design Dan Negeri PR Dalam Bahaya..!

Parti Keadilan RakyatImage via Wikipedia

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Saya akui, Anwar Ibrahim, terutamanya, dan para pemimpin Pakatan Rakyat telah berjaya dalam PRU 12, P 44, dan P 36.

Syabas! Tabik!!

Dari aspek strategi sememangnya mantap.

Namun, agenda dari Permatang Pauh ke Parlimen dan...

Ke PutraJaya, belum cukup mantap.

Ini tidak boleh menjadi agenda Anwar Ibrahim seorang sahaja.

Ini tidak boleh menjadi agenda sekumpulan kecil terpilih sahaja.

Ini tidak boleh menjadi agenda PKR Parti KeADILan Rakyat sahaja.

Malah molek melibatkan seramai mungkin dalam Pakatan Rakyat, dan Kelab penyokong dan Rakyat Malaysia yang ikhlas kepada perjuangan memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Ya, kegagalan Barisan Nasional sejak PRU 11 lagi.

Namun, The Grand Design sudah mula lebih awal atau lebih diyakini bermula selepas PRU 12. Menjadi amat penting speed-up nya selepas P 36.

Bayangkan, anda di kedudukan PM atau TPM. Anda ingin menyekat kemaraan dan peningkatan pihak lawan. Khususnya respek dan penerimaan Rakyat yang semakin hari semakin bertambah. Di samping itu, anda ingin juga stabilkan semua yang di pihak anda.

Mampukah anda membentuk satu The Grand Design. Untuk menawan kembali semua negeri kerajaan pihak lawan.

Sesiapa yang faham organisasi dan biasa buat event management, tentunya tahu siapa dan dikedudukan mana, perlu menjadi ahli pasukan The Grand Design ini.

Bila disebut begitu anda sudah boleh tahu siapa dalam The Grand Design ini.

Berbalik kepada 16 September 2008. Anwar Ibrahim yakin. Mahathir Mohamad tambah peringatan dan naikkan keyakinan itu. Nik Aziz Nik Mat turut konfiden.

Kekurangannya ialah, Anwar Ibrahim strategis, pernah duduk di beberapa kementerian, namun pernahkah berpengalaman di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini kelebihan pihak lawan, di samping di Kementerian Kewangan.

Saya yakin The Grand Design boleh dilumpuhkan dan dipatahkan. Namun, binaan kekuatannya kini mampu merampas Perak.

Leka, negeri lain akan turut berderap gugur dijangka selepas ini, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan susah tapi boleh, Kelantan.

Sesiapa boleh sampaikan maklumat kepada Anwar Ibrahim, dia seorang undur setapak, dua tapak ke belakang. Pemimpin baris kedua maju setapak dan dua tapak ke hadapan.

Beri peluang kepada mereka dalam krisis seumpama ini.

Anwar Ibrahim susun balik, perancangan 5 kali ganda The Grand Design, untuk tempoh 50 tahun dari sekarang.
Reblog this post [with Zemanta]

1 comments:

Gelombang Rakyat said...

Rantong,

Terima kasih...

Damai.

Perlu lagi ayat-Nya begini.

Teruskan...

Semoga selain saya, yang lain turut memanfaatkan doa ini.