BLOW - The Grand Design - Korner Pusing Ye..?
0 Comments
»
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanPrima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia
Apa yang berlaku di Perak...
Bukan perancangan 2 atau 3 hari. Sebelum, dan lebih kepada selepas PRU 12.
Saiznya bukan kecil, besar. Jika kita dalam bidang organisasi dan ada pengalaman Event Management, kita sudah boleh tahu siapa ahli dalam mesyuarat ini.
Akan ada ahli yang tahu, terlibat, dan tiba-tiba mencetus serangan. Sudah pun ada.
Dirasakan selepas Perak, menyusul Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan susah tapi Kelantan.
Tidak terdaya saya pusing keliling semua blog, namun yang afdol telah saya lawati.
The Grand Plan sudah diketahui wujudnya. Pelbagai sebutannya.
Biasanya, maklumat akan disalurkan kepada stesyen paling power. Banyak, tapi ada satu yang sedangkan molek mereka gunakan. Kini dari sini Lah keraguan boleh ditimbulkan.
Pada saya, The Grand Plan kini, merasakan nak serang Selangor, ada pemerhati. Jadi usahanya kini ialah wujudkan...
Keraguan Di Kalangan Penyokong Anwar Dan Nizar
Biar penyokong Anwar Ibrahim dan Muhammad Nizar Jamaluddin sendiri taji pemimpin mereka.
Rather than The Grand Plan, alihkan kepada...
Konspirasi Anwar Dan Nizar
Pada pandangan saya, Anwar Ibrahim boleh tersilap. Tetapi untuk Anwar Ibrahim sengaja buat silap, sengaja, maka kos terlalu tinggi, amat tinggi, Anwar Ibrahim boleh hilang apa yang telah diusahakannya selepas keluar dari sana.
Jadi, ini semua, tidak mungkin dari Anwar Ibrahim.
Check satu poin ini, dan kita confirm. Jika, tidak tak kisahlah sesiapa ingin terus sesah belasah Anwar Ibrahim. Pandai-pandai Lah dia defend dirinya.
Poin nya ialah:
Anwar Ibrahim panggil Nasarudin Hashim berjumpa,
atau
Nasarudin Hashim datang jumpa Anwar Ibrahim tanpa dipanggil.
Dalam hal ini, saya lebih percaya kepada Anwar Ibrahim.
Bukan Anwar Ibrahim perencana ataupun punyai konspirasi.
Seterusnya, Muhammad Nizar Jamaluddin, tidak mungkin sampai begitu niatnya. Saya sudah lihat, bukanlah kulup orangnya. Tak kanlah, diapun nanti tidak boleh memijak bumi Perak lagi.
Saya nampak Muhammad Nizar Jamaluddin, jika ada konspirasi dengan Anwar Ibrahim, ini akan terjadi, anggota beruniform akan berhadapan dengan pihak sana.
Ini tidak, pihak Pakatan Rakyat yang berdepan dengan pasukan beruniform.
Kecuali ada bukti lain, saya katakan The Grand Plan ialah dari pihak sana.
Kini mengalih dengan menggunakan penyokong Anwar Ibrahim dan Muhammad Nizar Jamaludin, mulakan dengan ragu dan kemudian hentam Anwar Ibrahim dan Muhammad Nizar Jamaluddin.
Sementara itu terjadi, maka The Grand Plan boleh memetik switch seterusnya untuk menawan Selangor dan lain-lain negeri kerajaan Pakatan Rakyat.
The Grand Plan..?
Korner pusing ye..?
Dah lama buat gheja cam gini?
Hepp!!!