Gelombang Rakyat

BLOW - The Grand Design - Sedang Wujudkan Ragu Pada Anwar - Pemimpin PR Sendiri Akan Hancurkan Pakatan..?

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Apa yang berlaku di Perak, telah berlaku. Apa telah dirancang terjadi, telah terjadi di Perak.

Sekarang, The Grand Plan, setelah berjaya di Perak, akan serang Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan juga.

Tapi, The Grand Plan sedar, kesilapan besar telah berlaku di Perak. Robohnya demokrasi.

Ini satu kesalahan?

Jadi, dengan tidak mengaku silap atau salah, usaha diteruskan dengan serangan ke atas Anwar Ibrahim.

The Grand Plan sedang wujudkan ragu. Seramai mungkin jika bukan semua meragui Anwar Ibrahim.

Bila ini terjadi, akan dapat disaksikan bahawa para pemimpin parti dalam pakatan dan Pakatan Rakyat sendiri, akan berbalahan di antara satu sama lain.

Pihak The Grand Plan akan terlepas bebas.

Sedangkan para pemimpin dalam parti dan dalam Pakatan Rakyat akan terus memusnahkan perjuangan dan segala yang dibina usaha selama ini.

Berkecai dari dalam.

Contohnya, Muhammad Nizar Jamaluddin dan Karpal Singh, akan secara terbuka berbeza dalam isu Mahkamah dan Istana.

Selainnya menyusul, jika masing-masing dan pemimpin lain terus mempamerkan keraguan kepada Anwar Ibrahim, dan media massa akan gembar-gemburkan sepenuhnya.

Apakah lebih molek seandainya semua pemimpin Pakatan Rakyat, duduk semeja, dan berizgrabunapret secara tertutup seketika.

Cari penyesaian terbaik dan langkah harmoni untuk masa depan pemimpin, parti, dan pakatan?

Ini kerana The Grand Plan, sedang berusaha mempastikan PRU 13 adalah milik penuh dan kejayaan besar UMNO dan Barisan Nasional.

Kaji tengok...

Ini sedang berlaku?

Ragu Pada Anwar - Pemimpin PR Sendiri Akan Hancurkan Pakatan..?

3 comments:

Anonymous said...

Apa kamu merepek ni. Menulis macam orang hilang akal.

LESONGINDEK said...

Salam Zizi,

Apa udah jadi nie. Tak kan mereput dari dalam pula.

Zizi, Sdara Zubli dimana?.


tk

Anonymous said...

Hi Zizi,

Saya tidak nampak perpecahan tetapi kekukuhan semakin terjling dalam PR dan PKR. Ini kerana mereka sedar bahawa UMNO/BNsedang giat untuk merebut balik kuasa mereka yang hilang pada Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu.Untuk pengetahuan sdr. dalam mainan politik 'pergaduhan' dalam parti atau gabungan parti-parti yang bergabung, adalah satu perkara biasa. Yang penting bukan pemimpin parti untuk berkuasa, tetapi pengundi yag menentukan kepada partinya mereka memberi kuasa.

Anti rebut kuasa