BLOW - Keliru Dan Mohon Penjelasan..!
0 Comments
»
ZiZi,
Cucu Tok Acheh Pedagang Cina
Ahli BLOW - Blogger WawasanPrima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia
Satu pihak mengena dan satu pihak lagi terkena.
Pihak yang mengena tidak mengaku mengenakan, dan bebanan dikenakan kepada pihak yang terkena.
Pihak yang terkena dikehendakki terima dengan lapang dada.
Sambil itu bermacam-macam tekanan ditambah ditokok supaya yang terkena nampak jahat. Pihak yang mengena nampak baik.
Itu Lah keliru yang mohon penjelasan.
Ya, sehubungan apa yang berlaku di Negeri Perak.
Apa yang difailkan di Mahkamah ialah perihal kedudukan Menteri Besar Negeri Perak. Khususnya Zambry Abdul Kadir yang tidak sah. Mendapatkan keadilan dari Mahkamah, sebagaimana yang hak, dan mengekalkan kedudukan Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.
Pelbagai pihak telah gembar-gemburkan perihal pihak yang terkena dan tuduhan saman Istana, atau Sultannya, yang dikatakan penderhakaan kepada Institusi Raja Melayu.
Hakikat sebenarnya telah dikalihkan.
Telah dijelaskan, bukan ada pihak yang nak saman Raja.
Tetapi mendapatkan keadilan dari Mahkamah perihal Menteri Besar Perak yang sah.
Begitu kefahamannya...
Kupasan isu ini sepenuhnya di Blog Sya-Reformis.
http://syaomel85.blogspot.com/2009/02/isu-kotor-media-umnobn.html