BLOW - Lawak Pemimpin - Ekonomi Bogel..! Malaysiakini
- Pengarang
...
Bagaimana sebenarnya ekonomi Negara Malaysia?
Baru-baru ini khabarnya di P 36 Kuala Terengganu, selamba sahaja untuk kawalan keselamatan di kawasan pilihanraya itu umpamanya RM 15 Juta telah dibelanjakan.
Rakyat Malaysia, ada yang setin Sardin dibeydak masak untuk makan tengahari dan malam, untuk makan semalam, hari ini, dan esok.
Ekonomi negara?
Jom kita tanya Menteri Berkenaan.
Wartawan 1: Dato Seri sebagai Menteri bertanggungjawab, bagaimana dengan ekonomi negara kita?
Dato Seri: Ekonomi negara kita okay. Tapi masalahnya timbul pulak kes foto bogel ini.
Wartawan 2: Dapatkah kerajaan selamatkan ekonomi negara sedangkan negara kita berhadapan dengan krisis ekonomi dunia.
Dato Seri: Berhadapan apa pulak masalahnya. Berhadapan sahaja lah. Tapi, kenapa pulak pihak kami dituduh dan kena berhadapan dengan isu foto bogel ini?
Wartawan 3: Entah lah, saya tidak tahu itu. Tapi saya nak tahu, sudahkah diagihkan RM 70 Billion untuk rangsangan ekonomi negara untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia?
Dato Seri: Agih itu bukannya susah sangat, agih saja Lah. Tapi, pihak kami tagih bukti dari pihak yang menuduh kami terbabit dalam kes foto bogel ini. Buktikan. Jangan sedap main tuduh saja. Mesti dibuktikan dulu.
Wartawan 4: Apa bukti bahawa ekonomi negara kita sedang dilanda krisis teruk dan apa tanda ekonomi negara akan pulih?
Dato Seri: Tandanya banyak. Di dahi saya pun ada. Tengok dan baca Lah sendiri. Tapi, tanda apa yang kami terlibat dalam edaran foto bogel ini? Sedangkan pihak polis sudah kenalpasti siapa E-BoyFriend yang akan diambil keterangannya.
Wartawan 5: Jadi ekonomi negara tak penting diberi perhatian kah?
Dato Seri: Ekonomi negara penting. Tapi kalau saya cakap 3 jam, pihak akhbar you keluarkan 3 para. Saya cakap sepatah perihal foto bogel, ulasan pihak akhbar you 3 kajang bukan kajang Pak Malau.
Ekonomi negara usah Lah risau, saya sudah tengok, dan negara kita tidak akan terjejas dengan krisis ekonomi dunia ini.
Saya nak tahu, siapa wartawan di sini yang sudah pun tengok foto bogel itu?
Wartawan ternganga..!
Adeh!
Ilham: Malaysiakini -
'Gov't more concerned over nude photos than economy' |
Feb 19, 09 9:19am |
‘After repeated denials, the DPM now has no choice but to admit that the GDP of 3% is almost impossible to achieve. What took him such a long time to realise that the economy is really bad?' |