Gelombang Rakyat

BLOW - Pandangan Pak Lah KeBNan - Jika DUN Tak Bubar Kita Tak Tahu Kehendak Rakyat..! Malaysiakini

Coat of arms of PerakImage via Wikipedia

Zubli Zainordin

Saya membaca pandangan Abdullah Ahmad Badawi perihal Episod Perak.

Adakah kemelut kini tidak diselesaikan melalui Pilihanraya seluruh Perak dengan DUN dibubarkan?

Malaysiakini melaporkan:

pm abdullah ahmad badawi suspend eurocopter ec725 deal ministry of defense event 281008 03

Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang selesaikan kemelut di Perak melalui pilihanraya.

Kerajaan BN Perak terus memerentah. Demi Rakyat.

Pada saya, pemimpin Barisan Nasional tahu, jika pilihanraya diadakan, ada kemungkinan Rakyat tidak memberi kemenangan kepada kerajaan ini, yang merampas negeri mereka dengan cara yang tidak demokratik.

Pada saya, demi Rakyat itu ialah bererti demi Barisan Nasional.

Pak Lah beranggapan kerajaan Barisan Nasional sekarang ialah sebuah kerajaan yang sah.

Pada saya, bagaimana sahnya jika dirampas secara tidak sah?

Apa yang Baginda Sultan Perak telah putuskan, tidak dipersoalkan.

Namun, negara kita dan negeri Perak juga ada sistem, di mana kuasa untuk check-and-balance.

Pada saya, walaupun keputusan Istana telah buat, namun Rakyat masih punyai hak untuk mendapatkan keadilan melalui Mahkamah dan Dewan Undangan Negeri.

Ini bukan soal tidak menghormati keputusan Sultan Perak, namun memanfaatkan ruang yang menyediakan keadilan demi hak dan kepentingan Rakyat.

Pada saya apa yang Abdullah Ahmad Badawi katakan bahawa ini muslihat untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional di Perak. Bukan begitu, sebenarnya meletakkan order kembali di Perak, setelah negeri Perak dirampas daripada kerajaan terdahulu yang sah Pakatan Rakyat.

Jika Abdullah Ahmad Badawi boleh mengatakan Rakyat tidak senang hati dengan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu, saya pun boleh menyatakan Rakyat tidak senang hati dengan tindakan pemimpin Barisan Nasional.

Hanya bubar DUn dan Rakyat menentukan pilihan, bukan sahaja Abdullah Ahmad Badawi, dan saya juga, malah Istana juga bakal mengetahui kehendak sebenarnya Rakyat Malaysia di Perak Darul Ridzuan.


Berkaitan:

PAK LAH UNGGULI PERSAINGAN ANUGERAH RAJA LAWAK

http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/


Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

Anonymous said...

SIAPA YANG TENTUKAN TAK SAH DAN IANYA SATU RAMPASAN? APA KATA JIKA PR DIPIHAK BN SEKARANG INI, ADAKAH IANYA JADI SAH? NERCA LAMA INI ADALAH CIPTAAN PAS; HARAM KEPADA ORANG DAN HALAL KEPADA MEREKA.

Gelombang Rakyat said...

Beranikan hati

Jadi apa sebutan yang telah berlaku di Perak BN membentuk kerajaan negeri itu?