Gelombang Rakyat

BLOW - Masih Adakah Individu Dalam UMNO BN - Tidak Restu Cara Apa Cara Pun Janji Menang..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Siapa yang tidak ingat, sepanjang mandat PRU 11, UMNO dan BN akan terus tradisi pemerentahannya.

Angkuh!

Kata pemimpinnya, "Ini cara kami, tak suka, buktikan dalam pilihanraya umum..!"

Rakyat Malaysia telah bersatu dengan Pakatan Rakyat. Disokongi ahli dan pemimpin UMNO BN yang dicap sabotaj, namun mereka telah nyatakan undi protes.

Maka, BN tidak dapat majoriti 2 per 3 di Parlimen. Gagal menawan 1 negeri dan gagal mempertahankan 4 negeri.

Selepas PRU 12, UMNO BN meneruskan tradisi pemerentahan mereka. Kini mereka lebih angkuh!

Namun, angkuh tidak dapat diterima lagi, Rakyat Malaysia mahukan perubahan, supaya Rakyat dimajukan dan Negara dimakmorkan.

Rakyat Malaysia dihukum, dan bebanan hidup semakin meruncing kini. Harga Barang Naik..!

Rakyat Malaysia telah menghantar mesej kepada UMNO BN di PRU 12.

Tiada perubahan. UMNO BN semakin buruk.

Sekali lagi mesej dihantar di P 44 Permatang Pauh.

Tiada perubahan. UMNO BN semakin teruk.

Sekali lagi mesej dihantar di P 36 Kuala Terengganu.

Macam nak berubah. Tetapi tiada juga dapat dilakukan. UMNO BN tiada lagi dapat dipulihkan. Moral dan maruahnya jatuh.

Ramai merasakan UMNO BN akan kalah memanjang jika ada pilihanraya lagi, dan akan kalah teruk di PRU 13 kelak.

Rakyat Malaysia terus memihak kepada Pakatan Rakyat.

Maka, apa yang terjadi di Perak ialah, apa cara sekalipun janji menang.

UMNO BN tahu Rakyat Malaysia tidak memihak kepadanya. Pilihanraya bukan lagi cara untuk menang.

Maka UMNO BN memanfaatkan Wakil Rakyat, khususnya individu yang boleh dipergunakan mungkin melalui ganjaran atau gertakan.

Maka telah terjadi, kerajaan negeri Perak dirampas setakat ini dilihat ramai sebagai melalui Demokasi, ketika Demokrasi sudah tidak memanfaatkan UMNO BN.

Sekarang kocakan terlalu kuat.

Saya sendiri sedang holding my heart to maintain my mind.

Saya tunggu bila keadaan reda kelak, akan adakah individu dalam UMNO BN restu dengan cara bagaimana Perak dirampas?

Sementara itu, Pakatan Rakyat akan melalui situasi penyucian. Individu yang menjadi Wakil Rakyatnya sedang diuji untuk terus memimpin Rakyat di atas perjuangan Pakatan Rakyat, atau merebut peluang dari parti dan Pakatan Rakyat, ke tawaran UMNO BN.

Rakyat Malaysia pun ingin tahu siapa mereka ini.

Kelak, dalam Pakatan Rakyat, yang tinggal kekal terus berjuang ialah terutama individu yang sujud kepada Malik-kin-nas.

Itu kemenangan jangka panjang, walaupun kini kalah dengan muslihat jangka pendek The Grand Design.

9 comments:

EQUILIBRIUM said...

Assalamualaikum,

ini berkenaan tindakan sesetengah penyokong pr yg agak keterlaluan terhadap Sultan Azlan. teman lagi suka kita ambil tindakan yg lembut.

teman percaya tindakan Sultan Azlan ada hikmahnya. kenape kita tidak ambil sesuatu yg positif dari keputusan itu.

teman percaya tindakan najib mengumumkan secara terbuka pada 4hb telah memberi tekanan kepada baginda. ini satu tindakan yg jahat kepada baginda. ingin mengheret pihak istana supaya amno nampak baik saje.

baginda tiada pilihan melainkan memberi kuasa kepada amno. tetapi dlm masa yg sama baginda telah meletakkan beban yg besar pada amno. ramai yg tak nampak benda ini.

beban yg besar teman maksudkan adalah 2 biawak hidup dari pkr dan mahkamah. apakah amno mampu menepis persepsi rakyat yg matang dan waras?

semua org sudah tahu apa keputusan mahkamah nanti. seperti juga rakyat telah tahu keputusan mahkamah bila anwar dibicara dulu.

apakah dua adun itu akan disabit bersalah? tentu tidak. runtuhlah kerajaan amno perak jika mereka bersalah. budak tadika pun tahu.

jadi gunakan kesempatan ini untuk menunjukkan kebobrokan amno. inilah hadiah yg Sultan Azlan beri kepada rakyat malaysia dan perak khususnya untuk terus meluat kepada amno dan mencampak mereka pada pru 13 nanti.

kita perlu ingat raja2 melayu pernah dihina oleh amno suatu ketika dulu. jadi inilah balasan yg Sultan Azlan mahu amno terima.

jadi kita sebagai penyokong PR jangan lepaskan peluang perang psikologi ini untuk menghentam amno dan mencelikkan pengundi atas pagar. teruskan perjuangan.

Anonymous said...

Terimalah dgn hati yg redha. Pakatan Rakyat Perak tumbang bukan sebab UMNO atau BN. Ianya tumbang kerana ketentuan yg telah ditetapkan oleh Allah. Tiada kuasa lain yg mampu melainkan dgn izin Allah. So, terima ajelah. Saya rasa PR sekarang masih didalam keadaan " denial" iaitu masih tak boleh menerima kenyataan dan realiti.
Sabar ajelah...Tunggu PRU 13. Mari sama-sama kita berusaha meningkatkan ekonomi dan bekerja untuk rakyat jelata.

Anonymous said...

Terimalah dgn hati yg redha. Pakatan Rakyat Perak tumbang bukan sebab UMNO atau BN. Ianya tumbang kerana ketentuan yg telah ditetapkan oleh Allah. Tiada kuasa lain yg mampu melainkan dgn izin Allah. So, terima ajelah. Saya rasa PR sekarang masih didalam keadaan " denial" iaitu masih tak boleh menerima kenyataan dan realiti.
Sabar ajelah...Tunggu PRU 13. Mari sama-sama kita berusaha meningkatkan ekonomi dan bekerja untuk rakyat jelata.

Anonymous said...

Ketentuan yg telah ditetapkan oleh Allah keatas apa yg berlaku kpd PR di Perak sebenarnya mungkin sebagai pembalasan atau peringatan kepada orang yg angkuh, penipu besar, munafik dan lidah bercabang.
Orang ini juga boleh dipanggil sbg Raja Katak Lompat sebab selepas dia ikat semua EXCO Perak, dia pergi memburu MP BN untuk melompat parti. Masa tu tak pernah nak terfikir cara macam tu tak baik sebab membelakangkan suara rakyat yg telah membuat keputusan semasa PRU 12 dan memilih BN untuk memerintah. Sekarang, baru pada muka. Tapi bila dah terkena ke batang hidung sendiri, yg peliknya, dia punya nada dan alasan dah berlaian. Itu sebab saya kata dia ni perosak , penipu, munafik. Jangan ambil dia jadi pemimpin.

Sedeey said...

Salam....

saya setuju dgn komen paloi dan shsha2020, ada kebenaranya....setiap yang Allah tentukan ada hikmahnya tersendiri, ambil yang positif....

mungkin YB Nizar tu hamba Allah yang disayangi Allah, Allah uji sedikit...ingatlah sebagaimana firman Allah yang bermaksud "apakah cukup sekadar kamu berkata kami beriman sedangkan kamu boleh diuji seperti umat umat terdahulu"

terima lah qada & qadar Allah ini dengan penuh ketundukkan padaNya, ingatlah dunia ini hanya sementara, akhirat jua yang kekal abadi, yang kita kejar dan menjadi matlamat ialah kebahgaiaan di akhirat....dunia ni sebagai alat

Anonymous said...

Kesian Nizar, dah kena pecat pun masih bersuara lantang lagi. Aku tahu itu sebenarnya bukan kehendak dia. Dia dah jadi puppet kepada DSAI, dan semua pemimpin PR. Yang paling frust sebenarnya ialah DAP. DAP pun biasalah, kalau boleh biar melayu berpecah dan orang benci istana. Itu yg disuruhnya si Nizar buat.
Ada berita terkini yg aku dengar, satu lagi kejutan akan berlaku di Perak. Nizar mungkin akan keluar dari PAS dan jadi ahli Bebas sebab dah tak tahan kena tunggang oleh PKR dan DAP. Dia pun frust dgn PAS sebab ikut aje cakap PKR dan DAP. Aku dengar jugak ADUN PAS yg lain pun mungkin ambil tindakan yg sama. Kita tunggu dan lihat.

Anonymous said...

Kepada semua penyokong PR, hormatilah Sultan. Beliau tahu apa yg beliau buat. Beliau pun bukannya buta undang2. Bekas Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam pun setuju dgn apa yg Sultan buat sebab dalam bidang kuasa Sultan yg termaktub dlm perlembagaan. Nak cakap apa lagi. Kepada yg Melayu dlm PR tu, tak apalah...sebab jatuh pun pada orang Melayu jugak. Kalau dulu majoriti EXCO ialah bukan Melayu (DAP), skrg ni melayu. Oklah tu...Baru adil. Negeri Majoriti melayu tapi EXCO majoriti bukan melayu. Nasib baik tak kekal lama.

Gelombang Rakyat said...

Dollah Yankee.

Superb post, at your blog. I was unable to comment there.

How do you see, an individual MP or ADUN with "honesty", "uprightness", "sincerity", "trustworthiness", "keeping one's word" and "loyalty", entangled in a party or coalition diverted on a wrong course?

Gelombang Rakyat said...

Terima kasih, kepada semua yang komen di sini.

Saya ulas satu dahulu...

http://satublogtotal.blogspot.com/2009/02/blow-komen-bernas-paloi-malau-sasha2020.html

InsyaAllah, ada lagi ulasan saya...