Gelombang Rakyat

BLOW - Memahami Proses - Wakil dan Rakyat

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Kita molek memahami proses. Bagaimana mulanya, apa yang perlu dilakukan berikutnya satu persatu, dan apa hasil akhirnya.

Macam tukang buat rumah.

Tapi, akhirnya satu rumah baglo, satu lagi reban ayam.

Begitu juga sesebuah persatuan, kesatuan, dan parti politik. Contohnya, ahli semua mahukan Ahmad Ali Ahmad sebagai ketua utama. Ahli ikut kawasan melantik wakil. Apa juga caranya dilakukan, buruk atau baik, tapi wakil telah memilih contohnya Abu Ali Abu. Akhirnya Abu Ali Abu menang, walaupun ahli hanya mahukan Ahmad Ali Ahmad.

Adakah proses ini difahami pemimpin, pengikut, parti, gabungan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Benar, suara Rakyat adalah suara Keramat. Keramat Rakyat ialah kuasa. Namun dalam proses sesebuah negeri dan negara, kuasa itu demokrasinya setakat pilihanraya. Selepas itu tertakluk kepada kuasa yang diberikan sebagai mandat kepada Wakil Rakyat.

Wakil Rakyat yang baik bersuara demi kepentingan Rakyat yang diwakilinya. Membuat keputusan memanfaatkan Rakyat yang diwakilinya.

Namun, ada Wakil Rakyat yang mementingkan diri sendiri. Kaut manfaat untuk diri sendiri dahulu dan banyak pulak.

Saya berpegang bahawa cara Barisan Nasional memang keji. Namun, dilihat bahawa, di Perak, proses yang perlu dilalui, sedang dilalui oleh Barisan Nasional dengan lancar.

Ada kemungkinan keperluan kepada proses yang betul, belum dilalui Pakatan Rakyat. Malah sedikit berbeza.

Ini menentukan kalah dan menang.

Jadi, apa yang terbaik untuk Pakatan Rakyat, supaya Rakyat yang memihak kepadanya, menang dan dimenangi.

Setakat ini gerakya ke arah kalah hanya kerana proses tidak diikuti.

Ada pelajaran perlu difahami perihal proses, supaya The Grand Design tidak berterusan pula, bersambung, dan menjatuhkan lalu merampas satu per satu negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

InsyaAllah bersambung...

2 comments:

sheikh teluk intan said...

Teman bersetuju dengan pendapat mike. Ater, sambungannya dicepatkanlah.

Gelombang Rakyat said...

Sheikh Teluk Intan,

Teman pun bersetuju dengan persetujuan mike itu.

Teman kansel ler, agenda peribadi (mengholoh umpamanya), supaya dipenuhi permintaan mike, sahabat Teman.

Bior Teman baca dulu Plan B mike, baru Teman teruskan. Semalam Teman tak sempat baca, sebab manyak menor Air Seni Teman, adanya...

Mike udah stand-by durian dua bijik ke belum.

Sebab nampak macam nak mencacak tak lama lagi putin hantu kopek yang mike tahu, ajer yang besor Yeop.