Gelombang Rakyat

BLOW - Menelusuri Laluannya Ke Kerusi Perdana Menteri Ke-6...! Malaysiakini

Zubli Zainordin

Bacaan berkaitan di Malaysiakini.

Suka Tak Suka, laluannya ke kerusi Perdana Menteri Malaysia Ke-6, nampak lancar.

Dijangkakan akan ada tingkahan dari atas. Kenyataan terkini menunjukkan tingkahan itu sudah longlai.

Boleh diperkuatkan tetapi tiada banyak mendatangkan makna.

Jelas bahawa setakat maklumat terkini, laluannya tiadakan mendapat tentangan dari situ.

Jika kita renung kembali perubahan dari Perdana Menteri Malaysia Ke-4 kepada Ke-5, jelas bahawa penilaian awal ialah Ke-5 menghadapi kepayahan dari aspek pencapaian dan ketokohan.

Namun dari pemerhatian pencapaian dan ketokohan dari Perdana Menteri Malaysia Ke-5 kepada Ke-6, jelas bahawa Ke-6 tidak menghadapi kesukaran dari aspek tersebut.

Perlu dilihat kemudian kelak siapa dilantiknya Timbalan kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-6 ini. Dari pilihan yang ada, diperhatikan satu memungkinkan adanya check-and-balance. Selainnya, sama langkah, sama rentak, dan sama tarinya.

Jika ada cabaran dari bawah, maka cabaran ini tidak kuat, malah amat lemah. Maka laluannya nampak lancar.

Sementara di persekitaran pula, tiada nampak langsung sebarang tentangan atau
cabaran. Dengan yang demikian, laluannya nampak lancar.

Jika sebelum ini nampak semacam ada perebutan kerusi Presiden UMNO. Hanya ada dua calon. Hal ini sudah dibereskan. Oleh kerana gentleman nya, maka tiada akan ada tentangan. Cabaran, jika pun ada, bukan bersifat peribadi, lebih kepada dasar dan isu.

Maka, laluannya nampak lancar.

Kita bakal menyaksikkan Perdana Menteri Malaysia Ke-4, yang terdahulu keluar parti, hanya kerana Ke-5, bakal kembali ke pangkuan parti, lalu mengukuhkan kedudukan Ke-6. Tiadakan ada tentangan. Jikapun ada cabaran, maka lebih kepada dasar dan cara pelaksanaan.

Boleh dikatakan, di sebelah dalam jelas tiada. Di sebelah luar juga tiada. Jika ada, hanyalah seorang sahaja yang bakal memberi tentangan dan cabaran. Terutama kepada yang duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia Ke-6 itu.

Seorang pemimpin yang juga tokoh, yang telah memenangi kerusi kawasan Parlimen, sudahpun menjadi Ahli Parlimen, dan gerak seterusnya ialah ke PutraJaya.

Namun, gerak untuk membentuk kerajaan baru, dan mengangkat supaya bangkit Perdana Menteri Baru, yang prihatin Rakyat Malaysia, bukanlah mudah kerana semahu semuanya, pencapaian itu mestilah mematuhi undangan-undang, mengikuti perlembagaan, dan secara moralnya diterima baik oleh semua orang atau ramai orang lain.

Pada kedua-duanya masing-masing ada yang menaruh harapan. Pun bagaimana majoriti Rakyat Malaysia setakat ini, menaruh harapan kepada yang dalam Pakatan Rakyat melebihi Barisan Nasional.

Katalah apa nak kata, pada masa ini kedua-duanya sedikit sebanyak dipalit bebanan peribadi, dan itu yang sebahagian masyarakat nampak.

Sebaran maklumat hampir sama banyak perihal kedua-duanya, berkaitan bebanan peribadi itu, terutama di kalangan penyokong dan pengikut.

Bakinya ialah mereka yang masih di atas pagar. Ataupun neutral.

Dua pemimpin, satu kerusi utama.

Seorang di dalam parti yang buruk dalam gabungan yang teruk. Seorang lagi dalam parti yang lemah dalamannya dalam pakatan yang masih belum dapat dimantapkan sepenuhnya.

Sementara itu laluannya ke kerusi Perdana Menteri Ke-6 nampak lancar.

BLOW - Blogger Wawasan akan memerhati bukan apa yang boleh dilakukannya. Episod Perak Darul Ridzuan dirampas keji cukup menyedarkan.

Perhatian ialah apa yang tergamak dilakukannya, supaya laluan ini lancar, tercapai kedudukan di kerusi itu, dan bagaimana dikekalkan kedudukannya di kerusi dan kuasa itu, sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6.

Adeh!

Zizi Cucu Tok Bebayang Acheh

Wa pun pantau gak. Setakat yang Wa mampu lah kan..?







Tok Bebayang Acheh

Semoga kita semua diberikan petunjuk-Nya, supaya Rakyat Malaysia dimajukan, dan Negara Malaysia dimakmorkan.

InsyaAllah...

0 comments: