Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa penyokong setia pembangkang supaya meneruskan perubahan politik di Malaysia dan berusaha untuk memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil yang akan diadakan bulan depan.LAGI
UMNO, Barisan Nasional, dan setiap seluruh pemimpinnya sudah tidak berguna lagi.
Zizi Cucu Tok Bebayang Acheh Wa dah reddi sokong PR, sasaran menang sumer 3 pilihanraya kecil. Tok Bebayang Acheh Kita sama-sama selamatkan Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia daripada pemimpin, parti, dan gabungan yang sudah tidak berguna lagi.
Mereka hanya memihak kepada dirinya sendiri dan sekelompok kecil di antara mereka.
Kini, Tok Iskandar seorang daripada saksi apa yang berlaku di antara Polis dan Orang Ramai khususnya mereka yang menolak PPSMI, meniupkan Intififada sekali lagi...
Tok Bebayang Acheh InsyaAllah sahabatku, Aku tetap bersama perjuanganmu...
Demi redha-Nya.
Untuk selamatkan Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia.
Tok seperti bloggers rakyat memang bengang dengan tindakan kejam polis dan FRU yang ala-ala rejim Yahudi.
Yahudi tak tembak gas pemedih mata kat bangsanya sendiri, tak pukul dan sumbatkan mereka ke dalam lokap.yahudi juga tak menyerang rumah ibadat sendiri.Polis dan FRU sanggup buat sampai tembak gas pemedih mata kat dalam masjid negara.
Tok nak bagi satu cadangan kepada bloggers semua.apa kata kita paparkan segala ketidakadilan mereka dalam blog sampai ke you tube biar satu dunia tahu.kepada yang mahir berbahasa inggeris tu forwardkan kepada al jazeera,BBc dan lain-lain.tak lupa kepada kesatuan eropah dan PBB.biar satu dunia tahu.
Kita buat satu lagi gerakan iaitu gerakan membantah kekejaman dan ketidakadilan polis.
Buat satu lama web khas dan paparkan segala ketidakadilan dan kekejaman mereka.Isu kugan dan berapa ramai tahanan yang mati dalam lokap,kes rasuah berprofail tinggi atau skandal pegawai kanan polis,demo yang UMNO buat polis tak halang pun.Buktinya ketika umno demo depan komtar tahun lepas,siapa dapat air mineral free.polis tak kacaupun.polis dan FRU tak bertindakpun terhadap penternak babi yang berdemo di Melaka.selebihnya korang boleh tambah. Lepas siap barulah kita berikan kat MP-MP Pakatan Rakyat bawak perkara ini ke dalam parlimen
Tok juga cadangkan kita kumpulkan tandatangan desak Musa Hassan dan Ketua Polis KL kalau tak salah tok Saufi Osman letak jawatan dan sampaikan kepada MP-MP Pakatan Rakyat.
Bagi tok inilah caranya untuk kita mengajar kebiadapan mereka.Jika tak semakin hari kemarahan rakyat terhadap polis akan bertambah dan mana tahu tak terkawal lagi.semalam tok ada dengan mereka yang kena sembur gas pemedih mata mencemuh polis sebagai yahudi dan macam-macam lagi.ada juga yang suruh isi borang masuk UMNO. Jelaskan..UMNOlah punca negara kita huru-hara selama ini.
Muadzam pun menyokong:muadzam has left a new comment on your post "biGlory - Apa Cat Yang UMNO Berani Pecat Jika Yang...": betul tu tok....yahudi tak tembak pun bangsa dia....ni lebih dari yahudi...hasil dari duit rakyat jugak beli bom ke... apa peralatan....tapi inilah balasan yg rakyat dapat....kena tembak sebab nak bela bahasa ibunda kita....tembak sebab ikut arahan orang atas....dah orang atas tu bangsa ape?....bapok yahudi?....patut la.....kalau bapok yahudi memang sah la buat2 kje sebegitu.... Cucu Tok Bebayang Acheh Dan Cucunya Zizi
Fahamnya ialah:
01. Blogger sebagai Rakyat Malaysia, di Blog masing-masing tegur PDRM.
Laporan langsung Dalam sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran DUN Perak.LAGI
Setiausaha DUN Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki berkata, pihaknya dalam proses mendokumentasikan usul-usul tersebut sebelum memohon perkenan menghadap Sultan Perak dalam masa terdekat ini.
Katanya, sedang tergempar pagi tadi juga turut meluluskan usul mengesahkan Nizar sebagai menteri besar Perak.
Mohd Misbahul Munir berkata, pihaknya dalam proses mendokumentasikan usul-usul tersebut yang disokong sebulat suara pagi tadi, sebelum memohon perkenan menghadap Sultan Perak dalam masa terdekat ini.
"Kita akan memohon perkenan menghadap Tuanku, mengikut tarikh yang ditetapkan (oleh pihak Istana)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan kebimbangan terhadap orang Melayu di Selangor yang telah berpecah belah disebabkan oleh berlainan fahaman politik.LAGI
Sebagai seorang daripada Sultan dalam Institusi Raja-Raja Melayu, kebimbangan Baginda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, amat menyentuh dan molek direnung dan diinsafi bersama.
Ideologi, pilihan dan amalan berparti politik memudahkan perpecahan ini.
Walaupun asal dan asasnya baik, di atas nama demokrasi berpelembagaan, namun fahaman, pendekatan dan amalan memungkinkan kebaikan menghasilkan keburukan.
Setiap orang Melayu molek dididik perihal berpolitik yang terbaik, melalui kesedaran oleh pemimpin, parti, dan pakatan gabungan yang mempunyai ahli dan keahlian untuk orang Melayu.
Blog "ikutsukaaku" ada teguran, kutukan dan gurauan. Amalan bodek, ampu dan jilat tiada di sini. Samada PR atau BN semuanya aku belasah. Jangan marah... tak puashati sila email (zergdukes@gmail.com). Selamat Datang...
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menyarankan agar Akta Penyiaran 1984 diletakkan semula di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan.
Keperihalannya ialah perubahan pemimpin, kepemimpinan, parti, dan gabungan yang memanfaatkan supaya memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.
Telah lama ku perhatikan.
Perubahan ini tiada berlakunya.
Ternyata jelas mengekalkan tradisi penuh rona dan noda.
Tok Iskandar bercakap perihal kesepakatan. Permaufakatan. Ini semuanya wujud dalam Pakatan Rakyat.
Pakatan parti politik yang prihatin Rakyat Malaysia.
Kita telahpun dengar Amanat Harapan Rakyat.
(MEMBAHARUI TEKAD)
Rakyat Malaysia dahagakan Perubahan. Mereka mahukan ianya direalisasikan. Mereka mahukan pemimpin yang menjadikan rakyat sebagai agenda utama serta sebuah negara yang bersih dari rasuah serta salah guna kuasa.
Masa untuk pemimpin politik memantapkan bulatan. Ketika untuk Blogger membentuk persepakatan dalam bulantan Blogger Rakyat.
1 Mac 2009.Serangan bermula hari ini.Kesepakatan rakan-rakan bloggers ditagih untuk mencari segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO dan paparkan di dalam blog masing-masing agar MP-MP Pakatan Rakyat dapat bangkitkan perkara ini dalam parlimen,buat report polis dan SPRM.
Tok nak ulas kenyataan Najib semalam,sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah.Tok tak tahu siapa penasihat Najib,Razak Baginda atau Zahid Hamidi,tapi janganlah memperbodohkan diri sendiri depan wartawan-wartawan.Kalau dah tak reti,eloklah diam sahaja.Sekarang satu dunia tahu bakal PM Malaysia IQnya rendah.Nampak sangat Najib tak yakin dengan status kerajaan BN di Perak.Lain kali kalau nak bertindak,berfikirlah dulu.
Apakah Najib akan menggunakan polis untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak selasa ini.Jika ini berlaku,rakyat terpaksa turun ke padang untuk membantah kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN.Inilah yang diharapkan berlaku kerana UMNO-BN memang berhasrat untuk memerintah ke semua negeri Pakatan Rakyat jika darurat diisytiharkan.
Bukan Najib je tengah pening,Tok tengok kabinetpun pening sama.hari ni kata naikkan tol,esok kata tak jadi.Hari ni kata penganut Kristian boleh pakai nama Islam,esok tak boleh pulak.Polisi kerajaan BN yang sentiasa berubah ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang.Rakyat keliru,pelabur asingpun keliru.Siapa yang jadi PM ketika ini,Pak Lah atau Najib.Masa tol naik,mesyuarat kabinet dipengerusikan najib dan persepsi Pak Lah dah serah kuasa kepada Najib sudah menjadi perbualan hangat rakyat semua dan ramai yang tertanya-tanya kita ada dua PM ke?Nampaknya ramailah yang terpaksa telan panadol lepas ni.Kabinet tak naikkan harga panadol ke?
Tentang gerakan membantah PPSMI atau GMP,eloklah diperhebatkan kerana demo besar yang nak kita adakan tak sampai seminggu lagi,7 Mac 2009 dan penyertaan kesatuan guru,persatuan mahasiswa dan kesatuan sekerja CEUPACS atau MTUC sungguh penting.Tok cadangkan kepada semua guru berminat boleh sms kepada Setiausaha NUTP negeri masing-masing nak mintak penjelasan sama ada NUTP sokong atau tidak PPSMI.Tok tengok NUTP sekarang macam tunggul mati.Bila dah dapat beribu-ribu sms Tok percaya NUTP akan sokong GMP dan jika NUTP bacul,guru-guru boleh gertak keluar daripada kesatuan itu atau lantik calon mereka untuk menentang kepimpinan NUTP sekarang yang mungkin pro UMNO-BN.rakan-rakan bloggers boleh paparkan no telefon Setiausaha NUTP negeri dalam blog masing-masing.Sepatutnya dalam isu ini NUTP di depan dan bukannya mendiamkan diri.MP Pakatan Rakyat,ADUN-ADUN,barisan pemuda,puteri dan seluruh ahli juga perlu menyertai demo ini sebagai perjuangan kita untuk masa depan anak cucu kita.Sokongan terbuka tokoh seperti Tun Saleh Abas,bekas Ketua Hakim Negara,datuk Shahnon Ahmad,sasterawan negara dan lain-lain tokoh akademik juga diperlukan agar gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.
Tok pelik bin hairan kenapa UMNO tak bantah.Kata pujangga bahasa jiwa bangsa.kalau dah bahasa dikuburkan,ke manakah identiti bangsa melayu.Cuba rakan-rakan bloggers siasat siapa yang mendapat tender membekalkan perisian,cd,buku-buku teks untuk sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Jika puak-puak UMNo yang dapat,memang patutlah mereka tak bantah dan pedulikan nasib bangsa Melayu kerana mulut mereka telah disuapkan dengan wang ringgit malaysia.Jelaslah selama ini UMNO hanya jual nama Melayu untuk hidup mewah.
Tok seperti rakyat Malaysia yang lain,nak tahu ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi,berapa banyak bangunan pejabat pelajaran daerah di seluruh negara diperindahkan dan diperbesarkan ketika ada murid-murid miskin yang tidak mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan pelajarannya.Cuba MP-MP Pakatan Rakyat ajukan soalan ini di parlimen dan tanyakan juga berapa banyak blok bangunan sekolah yang lewat disiapkan sehingga menyusahkan murid-murid.Satu soalan cepuemas,berapa ramai pula guru-guru dan GB yang aktif memegang jawatan dalam UMNO-BN.selama ini sikap double standard kerajaan UMNO-BN sudah diketahui umum.Sokong dan pegang jawatan UMNO-BN boleh bagi kakitangan awam tapi sokong pembangkan tak boleh.
Senario politik yang berlaku dalam politik tanahair kebelakangan ini menjadi realiti kepada rakyat UMNO-BN takut kehilangan kuasanya.Bermula isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat,ketakutan untuk membubarkan DUN Perak,isu ketuanan melayu dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu dan paling mutakhir Sidang tergempar Dun Perak selasa ini.
Rakyat semakin bijak menilai dan mula mempersoalkan apakah pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan UMNO-BN.KDNK negara jatuh kepada 4.6% terburuk sejak 2001.Indeks Komposit BSKL merudum dan kadar pengangguran dikatakan mencecah 80 ribu orang.harga-harga barang keperluan makanan dijangkakan naik seperti gula akan naik 20 atau 30 sen sekilo.Tol juga diramalkan naik tetapi ditangguhkan kerajaan UMNO-BN kerana takut kalah dalam PRK di Bukit Gantang,Selambau dan Batang Ai.Jika kerajaan pusat berani mengambilalih pengurusan air negara,mengapa pula kerajaan pusat UMNO-BN tidak berani mengambilalih syarikat konsesi tol.Apakah kerana UMNO dan kroninya ada kepentingan di dalam syarikat konsesi tol ini.Eloklah SPRM siasat.
Tok dan rakyat dah nampak UMNO-BN takut hilang kuasa.Peluang terbaik mmerintah negara adalah untuk isytiharkan darurat dan UMNO telah mula menjaja isu ini di kampung-kampung dan kepada golongan peneroka.
Tok juga nak peringatkan kepada semua MB dan KM Pakatan Rakyat supaya tidak menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri masing-masing.nanti rahsia kerajaan negeri terbongkar dan paling tidakpun mereka akan buat surat layang menggunakan letter head Kerajaan Negeri.Di Kedah,tok heran kenapa pemuda UMNO negeri itu berkokok dalam TV3 suku tentang isu surat layang yang menghina sultan kedah.Kan surat tu ada setem dan bersampul,buat ajelah report polis.jangan sampai rakyat anggap polis sudah mesra UMNO dan bukan mesra rakyat sudah. Ada yang beranggapan UMNo memperalatkan setiausaha Sultan membuat kerja-kerja keji ini dan eloklah polis siasat perkara ini. Rakyat dah semakin muak dengan budaya samseng UMNO sekarang yang cuba menghuru-harakan negara ini dah sudah sampai masanya mereka pula ditahan ISA.rakyat dah ada persepsi UMNO semacam dah ada cawangannya di balai polis.UMNO pergi lanyak MP Pakatan Rakyat,seorang OKU dalam parlimen boleh tapi rakyat demo depan balai polis kena sembur dengan air pemedih mata dan lanyak dengan FRU. Tak pasal-pasal ada pulak rakyat hantar keldai,baghal atau lembu buat report polis.
Ingatlah UMNO....,Polis,SPR,SPRM,
Mahkamah dan Sultan bukan hak cipta terpelihara mereka sahaja.Usah bongkak dan sesuka hati melanggar undang-undang negara semata-mata gilakan kuasa.
dikemaskini Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdullah Antong Sabri kata cadangan Speaker V Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar Selasa ini adalah tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Tetapi Sivakumar berkata ia akan diteruskan juga.LAGI